Thursday, May 21, 2015

Testimoni Set Bersalin Danita

Assalam.

Eh eh! Entry bersalin belum ada tau-tau dah ada entry Set Bersalin pulak. Memang jenoh nak recall balik! Nanti-nanti la ye! Kalau tak pun biar la aku simpan sendiri. Ada banyak pahit manisnya. Sobs!

Macam masa pantang Danish dulu, aku pakai Set Berpantang Nonaroguy. Bagi aku, ok la. Tapi agak pricey. Tak cakap menyesal amik, tapi macam rugi sebab aku tak pakai pun semua yang ada dalam set tu. Phytonatal tu memang terbaekk, tapi lepas masuk keje aku stop sebab tak sanggup pulak nak ulang alik toilet. Lagi satu, satu toilet boleh dengar ko membuang. Dah macam bom! Hahaha. Sori bahasa kotor sket. Tapi siyess weh tu yang aku rasa. Hahaha. Boleh google ye apa yang ada dalam set ni. Kalau korang jenis yang pantang habis~habisan boleh la try yer.


 

Untuk pantang Darwish kali ni aku beli Set Bersalin Danita. Tapi aku beli loose je n tambah apa yang perlu. Tengok set atas ni, aku tak amik pun tungku besi n bengkung sebab dah ada. Antara yang aku amik:


Minyak Serai Wangi

- Sesuai digunakan untuk mengurut badan ibu selepas bersalin.
- Melegakan sengal2 otot dan sakit sendi, urat dan sakit belakang, perut kembung,  senggugut,gigitan binatang berbisa dan lain2.
Aku suka sangat bau minyak ni. Wangi. Dalam pantang rajin sapu. Kalau bole hari2 nak sapu. Mihmihmih. Minyak ni tak panas pun tapi berangin. Eh! Cmana tu? Haha. Yang penting wangi, tak melekit n menyerap! I love!

Mandian Herba Aura

- untuk mengembalikan kesegaran badan
- menghilangkan bau badan
- merawat penyakit kulit
- memberi kelegaan pada pesakit urat, sengal2 tulang dalam badan
Mandian herba aura ni dapat 3 bunjut (BESAR). Bole rebus banyak2 kali sampai bila rebus tu warna n bau dah takde. Wangi, segarkan badan & hilangkan bau badan. Tau la kan kalau dalam pantang, darah nifas kuar, so maciamm2 bau yang tak menyenangkan ada.

 Sabun Aura Terapi 

-membantu membuang angin badan
-mengatasi kelesuan badan
-mengelakkan bau badan
-mudah tidak perlu merebus herba tetapi hasil sama macam bunjut mandian herba
-merawat kulit sensitif
-agen anti kulat dan bakteria pada kulit
-melembutkan kulit serta urat
-meratakan rona kulit
Lepas mandian herba aura dah habis, aku just pakai sabun ni je. Sama jugak fungsinya. Best!

 Boreh Panas
  -boleh dibuat lulur,param,pilis
-mujarab khasiatnya untuk ibu2 selepas bersalin dalam mencegah penyakit angin, menyegarkan badan, membantu menutup roma pada badan dari dimasuki angin
-menghilangkan bau hanyir badan selepas bersalin
-menegangkan dan melicinkan serta mengilangkan bintik hitam pada muka

Secara jujurnya, aku tak pakai pun yang ni. Tak sempat. Haha. Tapi ni bila2 pun bole pakai kan? Hekhek.

Selain tu, aku tambah 2 produk ni,

 Vene Slimming Lotion
  
-memecahkan lemak
-menghilangkan selulit
-menurunkan berat badan
-melangsing dan mencantikkan bentuk badan
-melembut dan menyegarkan kulit
-membuang lebihan angin dalam badan
-mengurangkan rasa sakit senggugut/ sakit sendi
Ni pun aku rajin sapu. Nak kurus konon! Hahaha. Masa pantang rajin la! Skang ni nan hado. Kena usaha balik ni. Target 40kg. Eh?!
 
 Jus Sengat Dara
 
-Memperbanyakkan susu badan
-Menstabilkan hormon
-Memberi tenaga dalaman yang luar biasa
-Menghilangkan stress
-Menguatkan rahim (kepada yang selalu keguguran dan rahim jatuh)
-Mempercepatkan luka bersalin dan luka pembedahan sembuh
-Mengecutkan peranakan
-Memberi rasa ghairah kepada isteri yang ‘kurang berselera’
-Memantapkan vagina wanita
-Vagina Lebih ‘grip’ dan tidak kering
-Menegangkan payudara (lebih anjal)
-Mencerahkan dan menghaluskan kulit (Serbuk Mutiara)
-Menaikkan seri wajah
-Mengurangkan sakit senggugut
-Memperbetulkan kitaran haid
-Mengurangkan keputihan
-Melancarkan perjalanan darah
-Meningkatkan imunisasi badan
-Membantu mengangkat punggung
-Menghilangkan lesu dan sakit badan
-Melegakan sakit tumit dan sendi
Ehem. Baca khasiat dah tau fungsi kan? Hahah. Tapi rasa memang sedap korang takkan rasa nak termuntah ke apa. Boleh google apa ramuan yang ada dalam dia. Tapi sumenya terbaekk.
 
Harga boleh google je sebab aku beli loose n tak ingat dah berapa semua. Bagi aku, ok la set ni. Tak membazir sebab sume bole pakai wlupun dah habis pantang. Tak rugi. Sila dapatkan dari pengedar yang sah. Ewah! Hohoho  

 


4 comments:

Anum said...

THANKS FOR SHARING

arysha_fayyadh said...

Assalam dalila,
waaaaaaaaaaa
nice entry
sok beranak 2nd kena bukak lek link ni he3

saly said...

Danita..first dengar ni.nampak cam menarik je.. haiss.. nnti leh try kalu next time berpantang..alamak nak tambah lagi ke kak saly..hahaa

safurara said...

next baby leh cuba ni! hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah