Wednesday, February 27, 2013

Roti Pisang + Cheese

SALAM uolz..

Ok, satu lg resepi makanan Danish yg aku nk share kt cni.

Bahan2:
1 biji pisang
2 keping roti
Mozarella Cheese - aku gune Bega chesse je. potong/cincang kecik2.

Cara2:
Potong nipis pisang ikut kesesuaian anak - klu dh byk gigi bole la tebal sket kot
Susun atas roti
Taburkan cheese atas roti n kapitkan dgn roti satu lg
Bakar atas non stick pan

SIAP !! Tengok Big Boss mkn!! Hahaha


**Kandungan hidangan - karbohidrat, lemak, serat n vitamin dan segala khasiat dr pisang. Jgn xtau pisang antara buah yg mempunyai byk khasiat selain memberi tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. aku pun br tau jgk ni. Patut la ms treasure hunt aritu ktorg dibekalkan sebiji pisang ngn kuih. So teka teki aku ngan ain dh terjawab. Ngee.


BYE~~



Tuesday, February 26, 2013

Chicken Cheese Pasta Baked


Aci dokk aku amik gambar dr entry yg lepas?? Hee..aku kesuntukkan masa. Skang ni tgh berkursus lagik. Dapat taip sket je resepi kt cni. Jadik la. Untuk yg bertanya tu sila la ye. Hehehe. (Gelak gataii). Aku amik resepi ni pun dr fb Solid Food for My Baby resepi dr kak Nidel RoSe.

Bahan2:
Isi ayam dicincang
Bawang Holland dicincang
Bawang Putih dicincang
Pasta (Spiral) direbus sehingga lembut
Puri lobak - aku guna lobak yg disagat
Minyak zaitun (utk menumis)
Susu FM/EBM/Formula - aku guna air masak jee

Cara2:
1. Tumiskan bawang sehingga naik bau
2. Masukkan isi ayam biar sehingga half cook
3. Masukkan pasta yg direbus dan masukkan stok ayam (homemade) atau air
4. Masukkan lobak atau puri sayuran lain
5. Biarkan sehingga masak kemudian masukkan susu FM/EBM/Fresh Milk. EBM susu masukkan akhir sebab tak hilangkan nutrisinya.
6. Masukkan ke dalam remekin atau apa2 bekas yg bole dibakar. Taburkan cheese dan daun sup.
7. Bakar selama lebih kurang 20minit 

SIAP!!

Monday, February 25, 2013

Danish Foods @ 8 Months Above

Hai..haii..haiii..

Entry ke-2 utk harini. Time xbz bole la wat entry bebanyakk. 10 pun xpe. Hee. Ni aku nk masukkan makanan yg Danish penah makan setakat ni. Aku xde la rajin sgt. Tapi klu rajin tu, dapat la Danish rasa macam2. Kalo x, makan bubur je lahh. Makanan ni dh lame wat cume xmasukkan kt cni je ;)

 Ni aku wat Roti Telur Bakar + Cheese. Masa ni Danish baru blaja2 nk makan cheese. Tengok reaction die, ok. So BERJAYA!

Creamy Pasta. Tapi ni aku baked atas non stick pan. Danish ok je. Sebab die jenis yg suap la ape pun, die ok je.

 Chezzy Banana Sandwish. Tengokk tu die makann. Habis sekeping roti. =)

 Chicken Cheese Pasta Baked. Licin 1 remekin skali makann. Alhamdulillahh...



Treasure Hunt anjuran Jabatan Perdana Menteri

SALAM uolz..

Semalam bukak pakai nset. Susah betul nak bercerita! Dah upload gmbr, xleh plak nk enter ke bawah. Aduss.

Aku nak citer pasal treasure hunt yg aku join Sabtu lps. Kami BERJAYA. Group ktorg kannn....dapat nombor.... Nombor....
.

.

.

 .

 .

 .

 .

.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
YEAH....
 
 
NOMBOR
 
 
Yeah...10! Tape ok, at least ktorg Top 10 dr 62 group yang join tu. 4 group dr Perangkaan dpt Top 10. 3 group lg dapat no 9, 4 n 3. Hebat x? Hebat x?? Hebat kan??? Ngee.. Mesti la nk puji group sendiri. Sape lagi yg nak puji klu bkn sendiri. Group ktorg n yg dpt no 9 dapat hamper. Yang no 4 dpt RM500 n no 3 dpt RM700.
 
2 hamper + RM1200. Tapi bukan itu yang jadi ukurannya. Semangat berpasukan tu yg penting. Ktorg memang bincang sesame ape yg ktorg dapat. Soalan memang dasyat la. Memang betul2 menguji minda. Haha. Ok la. Next time aku citer pasal treasure hunt ktorg. Gambar pun xtgk lagi. Lps Zohor ni nk gerak ke ILSM Sungkai pulak. Aku kursus kt sana smpai Khamis. Tengok la. Klu aku rajin bukak pakai nset aku apdet ler. Kat sn ade wifi. Ngee.
 
I'll miss these TWO GUYS for a few days.
 
 
 
Sob. Sob. Sobs.  

 

Sunday, February 24, 2013

Happy Weekend All

SALAM uolz..

Selamat berhujung minggu. Korang dh lunch? Mesti la dah kan? Harini mood rajin datang. Lunch td aku wat ayam panggang rosemary. Acelli dh lame nk wat tp asik cancel je. Ye la. Kalo nk wat pun kene tggu weekend je la. Weekdays mmg xsmpt la.

Tengok ni.. Ni la hasilnya lps sejam dibakar..

Ayam Panggang Rosemary

Resepi?? Sorii.. Disebabkan aku bukak pakai nset je, aku xdpt nk copy paste kt cni. Aku bg link je la ok? Klik link je ye.. ;)

Ok la.. amcm susah je nk tulis entry pakai nset ni. Bye. Frust~~

Friday, February 22, 2013

Salam Jumaat Blogger..

SALAM uolz..

Xdinafikan aku memang malas nk update blog. Tapi bile sampai tahap rajin. Jadi rajin la sgtt. Ngee. Blog ni ari2 aku bukak cume xupdate je. Sibok ngan fb je tu lahh. Tapi kann. Aku dh lame xupload gambar kt fb. Kalo upload pun sekadar sekeping2 bkn sealbum2. Tu pun gmbq Danish je. I dh tawar ati ngan fb uolz. Usah ditanya kenapa kerana aku sendiri tiada jawapannya. Heee.. Acah je tuhh. 

Psstt.. Esok aku join treasure hunt anjuran JPM. Fuhh.. Semangat..semangatt.. semangattt.. Nama group ktorg I dai na. Pelik kan. Mesti korg ingt ni gabungan nama2 ktorg kan. Tp sebenarnya bukan. Tidak sama skali. Maksud idaina tu HEBAT dlm bahasa jepun. ;')

Kami sebagai wakil dr Jabatan Perangkaan antar 5 team. 1 team ada 4 org. Team aku, mestilah aku sendiri, wan ghazali, ain n kak shida. Aku sebenarnya dh pencen dr terlibat ngan aktiviti2 ni. Cis. Macam la sebelum ni aktif sgtt. Dulu masa skolah penah la join tresure hunt ni anjuran Kelab Sains &Matematik. Kt Bukit Cerakah, Shah Alam. Best. Sebab tu kali ni rasa nk join. Doakan kami yer. Untung2 bole menang, nnt aku banje la korg. Ngee.

Oh ya. Anak kesayanganku dilanda cirit birit smlm. Tgk mlm td mcm dh ok sket. So arini bole la keje mcm biasa. Klu x kene la EL. 

Tengokk ni..sian anak mama. Ni ms tgh wat 'keje' la ni. Alhmdlh. Skang dh ok. Tp malam td punye la susah nk suh tdo. Danish kul 8 lbh mmg dh tdo tp mlm td aku suh tdo die bole senyum2 plak. Pastu wat aksi kt bwh ni.


Memang cair la kan. Terus aku amik nset snap bebyk. Manje la kunun. Kunun kunun. Kekeke.


Danishhh.. Mama suruh tido. Bukan suruh mengemas ok. Sibuk diusungnye bantal tu. Mama pengsan~~~

Thursday, February 21, 2013

2D 1N @ Gold Coast Morib

SALAM uolz..

Entry ini terpaksa ditaip lelaju kerana saya kesuntukkan masa. Xpe. Nnti bole edit sket2. At least ade jgk entry percutian kali ni. Aku pegi dgn family sebelah husband. MIL, FIL n family abg ipar. Paksu Danish je yg xde sebab blaja lg kt UITM Kuantan. harap bile Danish dh besar, die bace entry ni *mamaperasan* die bole tau kenapa paksu xdpt turut serta. Next time ok paksu. Nnti kite gi lagi. ;)

Kami disana cuma 2hari 1mlm je. Aku beli voucher kt StreetDeal. Guys, u should go to this link to see any other promo. Banyak sgt promotion yg mulahh2. Hee. Promotion Goldcoast ni termasuk studio room yg ade jacuzzi, dinner, breakfast n unlimited entry to water theme park. Xcaya?? Tgk ni...

Haa.. Betapa baiknya aku. Siap tunjukkan voucher lg. Bsr plak tu. Kekeke.

Tapi kan, korg kene la daftar dulu. Xde kene byr ape pun. Cuma, nnt inbox email korg akan penuh dgn promo2 yg die antar. Sekian~~

Tajuk entry dh tersasar jauh ni. Sepatutnye aku kene tukar tajuk entry ni jadi 'Pengenalan kepada StreetDeal'. Hahaha. Sebelum aku melalut lebih jauh, jom tgk gmbr. 

K.A.M.I sebelum bertolak. Lihat.. si kecik sudah kelihatan excited.

Ni bilik kami. Besar ok bilik ni. Sgt selesa.






Jacuzzi

Sambil mama kemas2 barang, budak ni sibok dok menulis. Ntah ape yg die tulis ntah. Macam reti sgtt!

 Dah kemas2 aktiviti lepakss diblk mertua.

Xsampai 5 minit duduk. Danish! Sila behave ok!!


Petang tu, masa utk mandi! Yeahh. Tapi Danish kami terpaksa tinggalkan dgn MIL sebab cuaca ptg tu panas sket. Ok ni antara gmbr ptg tu. Tp xbyk sgt sbb aku dh excited nk mandi. Mihahaha.


Ni gambar si tenit mandi dlm bathroom je. Ok la tu nakk dr xde ;')


Ni malam nk gi makan. Dah kukatakan tadi, dinner kami di sponsor en StreetDeal. Xrugi kan. Hehehe.


Tempat makan yg open. Korg bole makan ape yg korang mau. Tp kenn, makanan die so2 je lahh..2/5 bintang je. Asal boleh telan. ;'(


Suasana tmpt mkn. ktorg gi dekat2 nk CNY, so environment pun harap maklum la.




Ni turun utk bfast. Skali lagi ditaja StreetDeal. Ngeh3. Yang aku pegang tu bubur utk Danish. Xde la nnt org mkn die pun sibuk nk mkn. Bfast kali ni ok sket dr dinner mlm td. tp aku xamik gambar pun. Korg tau dim sum?Meh cni aku tepek gambar sket.


*google*

Ha.. mknan yg 'must try' kalo korg ke cni. Tp aku xsure die ade sbb CNY ke atau mmg ade. Jgn risau dim sum disini HALAL ok. Lps mkn Danish ikut umi die(MIL) naik atas. Aku n papa jenjalan kt pantai. Ala2 nk peeling Setia Hujung Nyawa la kunun. Opss ya. FYI, drama SHNyawa yg pernah aku wat entry nya tu belakon kt cni la. Ms time dorg gi honeymoon tu.

Xcaya?? Sume aku citer korg xcaya. Hahaha.

Ok, nmpk penthouse yg atas skali tu? Ha kt ctu la shooting drama tu.

Ha..kt cni mase dialog "lakonann..mestilah real" by EL. Ingat x?? Tepek gmbr papa je. Gmbr aku agak kelihatan burok di ctu. Kekeke.

The Pier. Tempat EL merajok ngan Zain.



Lepas amik2 gmbr naik atas siap2 utk trn mandi plak. Kali ni kene la bwk Danish. Sian plak ank mama. Mandi dlm jacuzzi jer.

Aku xpasti siapah si patung merah ni. Aku agak owner resort ni. Hai la si patung merah. Napela ko kaye sgtt. Muke Danish macam pelik je. Haha.



Oklah. Tu je kot nk share kali ni. Last but not least, gambar ank bujang ni tertido kepenatan masa ktorg benti makan kt KFC Dengkil. Siannn...











Friday, February 15, 2013

Oatmeal With Prune

SALAM uolz..

Ok, aku ngaku aku lambat bg Danish makan oat. Oat bole diberi kpd bayi seawal usia 9 bulan. Tapi anak aku dapat makan oat diusia 1 tahun 1 bulan. Hebat bukan keMALASan mamanye? Miahahaha.

Untuk bfast Danish ujung minggu yg lepas, dgn sifat RAJIN yg sangat menebal aku watkan Danish bubur oat+prune. Abis lebih dr separuh jgk la Danish makan. Aku guna Rolled Oat bukan Instant Oat. Rolled oat kene masak dulu n sebelum masak aku basuh n hancur2kan sket pakai sudu. Nak senangkan Danish makan. Gigi pun xbanyak lagi. Sob sob sobs.

 Pesal aku xleh rotate gambau ni ha??pdhal original file ok je kott. Huhh~

Friday, February 8, 2013

Jangan Goncang Bayi (Awas Syndrome SBS)

Arini aku nk share satu lg artikel ngan korg. Aku amik dr fb. Sebelum ni penah bace di share the love tp ade problem ngan blog ni *maksud aku blog aku ni bkn blog yg aku link tu. ya ampun fie~haha*. So xleh nk copy. Blog tu blog kwn aku. Nnt rerajin singgah la yer. Byk info n catatan kenangan dlm die membesarkan anak perempuannya, Ufairah. Resepi utk baby pun ade. Die rajin xmacam aku ni. Ngee.

Apa itu SBS?
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi..

Bagaimana ianya terjadi
Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.

Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis.

Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi…..


Tanda2 Fizikal Atau Gejala SBS

Kelesuan / lemah otot
cepat marah
Nafsu makan berkurang, muntah tiba-tiba tanpa sebab
Tidak mahu tersenyum atau murung
Sukar menghisap atau menelan
Perubahan sikap
Sukar bernafas
Kejang
Kepala atau dahi nampak lebih besar dari biasa atau titik lemah didahi atau kepala menonjol
tidak mampu mengangkat kepala
Ketidakmampuan mata untuk fokus atau menjejaki perpindahan atau saiz anak mata yang tidak sama

P/S : Jika anak anda tanda2 seperti diatas, bawa terus berjumpa doktor supaya kita dapat menyelamatkan nyawa anak kita. Syndrome SBS boleh menyebabkan kecacatan teruk atau kematian. Pesan kepada pengasuh anak supaya jangan mengoncang, menimang atau melambung anak anda..biar kita beringat jangan kita menyesal kemudian hari nanti...


PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kpd orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, adalah sangat diharapkan agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Baby Shaken Syndrome ini bukanlah kes terpencil jadi sentiasalah berwaspada.

Thursday, February 7, 2013

Sejarah Valentine's Day & Maksud di Sebaliknya

SALAM uolz..

Arini i nk share artikel pasal Valentine's Day. Hari yg ditunggu2 pasangan kekasih. Tggl  seminggu lg. Moga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua umat Islam. Selamat Membaca =)


Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.
 
To be my Valentine?
 
     Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
 
     Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang end typing
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

 
Mengapa Mawar Merah?
 
     Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
 
     Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
 
Hukum Menyambut Valentine’s Day
 
     Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
 
      Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
 
     Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.
 
 Sejarah Valentine’s Day
 
     Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.
 
Pendapat Pertama
 
     Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom, mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.
 
Pendapat Kedua
 
     Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua (2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
 
     Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
 
     Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
 
Pendapat Ketiga
 
     Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
 
Pendapat Keempat
 
     Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya.  Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
 
     Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.
 
Kebejatan Acara Valentine’s Day
 
     Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
 
     Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
 
     Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
 
     Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
 
      Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
 
Islam Ada Cara
   
     Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
 
     Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
 
     Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
 
Penutup
 
 
     Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.
Credit : darulruqiyyah


Tuesday, February 5, 2013

Adam Danish First Birthday Party

SALAM

Ok, harini genap la sebulan aku wat birthday party Danish. Memang nk cukupkan sebulan br masukkan dlm blog. Motif - Senang nk kira. Ngee. Maaf yer tuan2 dan puan2. Majlis ni hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat. Kami wat kecil-kecilan aje. *sorisorisori*

Seawal 2 minggu awal aku create event kt FB utk invite all the VVIP guest ;). Which is my siblings, cousin n cousins. Heee.. Cousin sy ramaii tauu. 


Tengok tuu..xramai sgt la aku invite. Family terdekat je.

 Tengokk ni. Cute kan banner ni *sambil kelip2 mata*. Hihi. Hasil kerja tangan mama. Simple je. Asal ada angry bird sudehh. Si tenit ni minat bebenar ngan ANGRY BIRD. Sebab die belum penah tgk lg ANGRY MAMA. Hhuuuu.. *.~

Kek for baby boy
Cuppies yg juga mengikut tema. Tahun depan mama kena pikirkan tema Boboiboy plak. Si tenit dh mula berminat dgn Boboiboy pule. Haishhh~~
Ala-ala Candy Buffet gituu. Hasil kerja mama jgk.

  
  Me with King of The Day

Pak Long sebagai model.
Antara menu :
Mee Goreng
Nasi putih
Udang Sambal
Paru Sambal
Sayur campur
Ulam-ulaman
Sausage
Buah

The Cake



 **WE**

 

Jemput makan sume. Sori andai layanan x seperti yg anda harapkan. Sy hanya lah insan biasa. :')




KAMI dengan anak masing-masing.

Kehsiann..si penangkap gambar xdpt turut serta. Nanti aku tampal gambar ko tau. Hee

 


Nopal badmood masa ni. *baru bangun tido*. Haa..kan dh kene tampau ngan Danish. *acah je*

 Ha..kan dh bebaik. Kejap je gado-gado, tampau menampau. Lps tu ok lerr. Siap peluk2 lg.

Danish ngan kakak. Nopal ngan mamanya yg terselit.

Antara hadiah yg Danish dapat.
TQ Sume jumpe lg thn dpn ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah