Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Monday, November 16, 2015

2D 1N Melaka | Makan Tengahari Sedap di Melaka

Assalam.

Okok. Kali ni takde teaser2 dah. Ktorang pegi Ahad-Isnin minggu lepas. Lajak skali cuti Deepavali. Alhamdulillah. Highway tak jammed pun. Sampai Melaka dalam kul 12 terus carik nak makan mana. Mula ingat nak makan kat MITC tapi carik kedai yang sedap tu tak jumpa. Terus papa d ajak makan kat tempat biasa. Penah review kat sini dulu. Ni kira kali ke 3 aku makan sini.

  On our way to Melaka ;D

Gerai Makanan Perhentian Kuih Kampung, Ujung Pasir.

Kalau gi Melaka mesti nak singgah makan sini. Masak asam pedas dia kawwww gila!! Memang kena la ngan selera ktorang. Masa ktorang sampai, penuh meja sampai kena tunggu orang bangun. Tapi tak lama pun tunggu. Memang tengah lunch hour pun. Bertabahlah!

 Asam pedas telur ikan

Asam pedas ikan pari

 Asam pedas ikan semilang

Yummyyy

 Semua set didatangkan dgn nasi macam ni. Telur masin + ulam timun

 Untuk senarai harga. Kalau tak nak amik set nak amik ikan je pun bole.

 Mama n anak2 ;P

Perut dah kenyang, hati dah senang terus gi check in hotel. Next entry ok.



Thursday, November 5, 2015

Gerai Ikan Bakar Seri Melaka, Jalan Bellamy KL

Tertunai dah hajat di hati nak makan ikan bakar kat sini. 1st time sampai sini, baru tau camni ghupenya gerai kat sini. Ingatkan ada satu kedai je rupanya ada banyak gerai (jangan gelak, siyes aku tak tau), pilih je yang mana nak. Sabtu aritu ktorang makan kat Ikan Bakar (Seri Melaka) sebab tengok macam ramai orang, kot sedap!

Gerai Ikan Bakar (Seri Melaka)

 Macam-macam ikan ada, kembung, cencaru, terubuk, pari, termasuk la ikan2 air tawar. Sotong pun ada. Selain ikan bakar, ada jugak lauk2 lain kalau nak tambah.

Ktorang ambik Ikan Talapia, Cencaru n Sotong Bakar cicah ngan kuah kicap n sambal belacan. Bagi aku, rasa dia so-so aje! Sotong tu liat sket. Sedap lagi dekat D'Limau Nipis, Bangi. Sotong lembuttt, air asam sedappp. Memang rasa nak tambah2 kalau makan. Hehe. Total lost aritu tak tau bape sebab orang banjerr! Haha. Ni sekadar review ye. Tekak masing2. Korang penah makan sini? Cer citer cer citer.

Tuesday, September 22, 2015

Part 3 - Makan-makan @ Langkawi

Alhamdulillah.

Malam ke 2 ktorang makan kat luar sebab tak hujan. Papa d cadangkan makan kat Wan Thai. Penah makan kat sini sebelum ni. Entry klik sini.

 Wan Thai Langkawi Restaurant

Tak banyak perubahan pun kat sini macam 2 tahun lepas. Cuma pekerja ramai dah melayu. Masa pegi 2 tahun lepas ramai pekerja thai n becakap pun dah macam ayam n itik laa. Harga of coz laa mahal sikit bila dah termasuk GST ni. 

 Tomyam campur. Very the mabelessss!! ;D
 
 Sotong goreng tepung. Mabelesss jugak!
 
 Paprik campur yang so-so je. Dah la harga macam ni RM20. Macam tak berbaloi pulak. Baik amik siakap.
 
 Budak ni gud boy sangat! Senang hati mama makan! ;D

Danish n PIL.

Masa tengah makan, Dato' Seri Mukhriz sampai bersama orang2 kuatnya. Aku? Teruskan makan, orang lain sibuk dok amik2 gambar. Aku rileks je dulu. Nak balik tu, aku lalu tepi meja dia sambil kuar nset nak amik gambar. Lepas dapat sekeping, pegawai dia yang belah kiri tu suruh bagi nset kat orang depan suruh masuk, amik gambar skali. Aku pun?! Wahhhh..teruja kaw! Papa d n FIL pun terus masuk skali. 

Anak Idola sy! Dulu kini dan selamanya! Pemalu orangnya.

 Bertuah dapat jumpa Menteri Besar Kedah ni. Nampak humble.

 Siap dapat bergambar kat kete YB lagi.

Pagi tu ktorg bfast kat bilik, macam biasa. Lepas bfast siap2 terus ke airport hantar mertua. Mertua balik tghari tu. Ktorg pulak flight malam. So kami terus menghala ke Padang Matsirat utk mengenyangkan perut. "Jom Ikan Bakar" laaaa..ape lagi! Hihuuu.

 Makan tengahari yang sedappppp n muraaahhhh @ Jom Ikan Bakar, Padang Matsirat.

 Cer korang teka berapa harga makanan ni? Cencaru bakar, ikan keli bakar, sotong bakar, nasi putih 2, telur mata 1, air oren n sirap.

Aku 'zoom'kan lagi ye. Memang nampak simple tapi percayaaalahhh..Sedap gila! Hadoiiii. teringat2 ngan kesedapan dia. Perghhhh..confirm tak menyesal wa cakap lu! Untuk sume makanan n air kat atas tu cuma RM17 je. YESSSS..RM17. Danish nasi putih ngan sup, FREE je. Agak2 bole dapat tak kat KL harga camni? Gulp *telan ailio*

Ada banyaaaakkk sangat lauk2 lain. Lauk2 kampung, tapi masa tu aku tak rasa nak amik pun. Amik kuah je. Memang recommended lah! Kalau dari Bulatan kt Airport tu amik pukul 9. Lebih kurang 200meter kot, kedai belah kanan. Betul2 depan Medan Selera.

 Eh..ehh? Ada kek untuk kite la. TQ papa utk kek ni. Tapi kan, Danish yang excited tau! Siap nyanyi "Happy birthday to Adam Danish". Hahhhh?? Sume besday pun besday dia. Gegege.

Auwww..cuwid sgtt abg danish ni.

Lepas habis makan, dekat2 kul 1, flight 8.20 malam. Lambat lagi. Ktorang ke Kuah balik. Pusing2 pekan kuah, tunggu depan Rams sementara nak tunggu petang, sebab petang nak gi Pantai Airport pulak makan laksa. Kehkehkeh. Mengenyangkan perut je! Sementara makanan tghari nak turun tu, solat jamak dulu. Petang, kami meneruskan 'Misi Makan" kami ke Laksa Ikan Sekoq.

 Yesszaa..orang tak ramai.
 
 Laksa ikan sekoq. Tapiii time ktorang datang ni takde ikan. Aku rase camtu je. Pantang lagi kan. Cehh!
 
 Rojak ni paling win! Sedap gilos! Ngan ada sotong 2 ekor tu. Sotong bertelo plak tu.
 
 Anak bujang tu fefeling sangat dok tepi pantai sambil rambut terbang2. Lol.

 Makan tak toleh kiri kanan dah. Ahaks!

 Total makan ptg ni RM18. Papa d kata, makan tengahari lagi murah! Kekeke!

Makan sambil tengok kapalterbang landing.

Ok, setakat tu je entry makan untuk kali ni. Nanti korang try ye tempat2 yang aku bgtau tadi. Hihi. Tapiii siyesss sume sedap2 tau! Aku cuma tak dapat pegi Tosei Telur Kari Kambing (kat Ulu Melaka), Nasi Dagang Pak Malau (kat Kg Bukit Temin), EE Burger n Nasi Campur Top BBQ (Pekan Kuah). Kalau ikutkan sume nak tapi cuaca tak mengizinkan.

Till then,






 

 

Thursday, May 7, 2015

Dip n Dip @ Ioi City Mall for Chocolate Lover

Assalam. - gambar berunsurkan makanan, kalau korang pose pelisss jgn tgk!

24 hb April.

Bape hari lepas masuk keje, Jumaat time lunch pjg so sempat la lari gi ioi city mall. Ngidam nak makan dip n dip. Masa peknen aritu lagi teringin sangatt nak makan. Tapi sebab jauh, nun kat Bangsar. Ok, lupakan hasrat dulu. Tapi bila dengar dah ada kat ioi city tak sabau rasa nak abis pantang. Hahaha. Dah masuk keje baru dapat merasa. Aku pegi ramai2 ngan offisemate.


Tak susah sangat nak carik. Kena kluar dekat pintu ni, dari dalam kena cari information kaunter. Pintu ni dekat ngan information kaunter. Cafe dip n dip kat belah luar.

 Dip n dip ioi City Mall
Masa ktorg datang orang tak ramai lagi. Tapi kejap je dah full house.

The Menu: - klik utk besarkan image









Pfftttt. Lap peluh kan tgk menu2 dia. Siyesss sume nampak sedappp. Yelah sume cokelat kan mesti la sedap. Sementara tunggu makanan sampai kita wefie dulu. Hiks!

With Farah.

With Kak Ida. Dah nak pindah dah kakak sorg ni. Nanti nak kena wat farewell pulak kat dia.

 -WE-

Tengah tunggu makanan, satu group lg sampai. Dari kiri Kak Baizura n anak, Kak Liza n Ezi.

Fettuccini Crepe (R) RM 28.50
Aku order ni share ngan Farah. Nasib share portion besar ok. Tapi ada yang small size jugak.

Ni kak ida punye Banana Wrap Crepe RM 20.50

 Ni kak bai punye Triple Chocolate Crepe RM 17.00

Overall, sume sedapppp ya ampunnnn! Tak puas rasa. Memang kena repeat lagi dan lagi! Hahah. Aritu ktorg order air mineral je sebab takut muak kalau dah makan cokelat, minum pun air cokelat, pitam la lepas tu. Hahaha! Tapi kafe ni ade GST yer tuan puan. Servis cas 10%.

Dah settle dip n dip simpat lagi nyingah  beli takoyaki. Ni pun 1 benda lagi aku teringin nak makan aritu. Nak beli, tapi macam.....eh.. tak tau pulak nak order ape. Hahaha. Jakun kejap. Tapi siyesss sedap jugak. Nyesal tak beli masa peknen aritu. Kalau tak, tak de la ailio Darwish meleleh je. Sian anak mama! Sobs!


 1 boat RM 4.00 je. Kalau set ngan air RM 6.00 include GST. Air manggo dia sedappp hoi. Must try!

Sekian, entry makan-makan utk arini.

Till then,

Bai.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah