Showing posts with label Review Hotel. Show all posts
Showing posts with label Review Hotel. Show all posts

Thursday, November 26, 2015

2D 1N Melaka | Bayou Lagoon Park Resort

Assalam.

Lama tak bukak blog. Aku pun xtau nape, ada sesetengah blog yg aku bukak xleh nk comment! Lama loading. Line tenet kah?MAMPU blocking kah? Last2 bape kali bukak xleh nak cmmnt, trs frust, lama tak bukak. Ngan blog sendiri tak berupdate. *Sigh*  
Straight to the point ye. Nak citer pasal Melaka aritu.

Kali ni ktorg menginap kat Bayou Lagoon Park Resort kat Bukit Katil. Papa d book kat booking.com 1 malam RM160. Ok sangatttt kan? Harga tu termasuk breakfast utk 2 orang n 2 wristband untuk masuk waterpark. Danish is free. Mama is sookaa. Haha. Jom tengok bilik!

2 single bed

Nak panggil hall bole? ;D

(Abaikan si kecik ittew)

Toilet ok je!



Jantung hati saya! Bilik ktorang ngadap Gold Coast Melaka (yang baru tu) yang ada open jacuzzi tu. Tapi tengok tak best! Iye2 je viral kat fb! Hak3~

Petang tu turun waterpark ada 4 section pool dia. Memang puas hati sangattt. Ngan mama skali turun mandi. Sume slide hakak try uols! Kah3. Tak sedor diri betul!

Kids pool 
Yang depan tu (tile petak2) sesuai sgt untuk Darwish. Air cetek so aku lepaskan je biar dia duduk kat ctu. Suke bukanmahen main tepuk2 air.
Main pool
Besar, luassss tapi air tak dalam pun memang sesuai untuk budak2.
 
Kolam ke 3 n slide yg palinggg best. Haha.

 Belah ujung skali ade monkey cross-ehh..betul ke tatau nama ni.

 Mama pun ober nak masuk jugak!


Precious time! *hughughug*

Last skali, terpengsan kepenatan kat tepi kolam ;D

Oh ya! Tadi aku kata ada 4 section kan pool dia? Satu lagi aku tak amik gambar pulak! Satu lagi pool petak biasa yang bole berenang tu. Untuk kids pun ada. Danish lepas mandi kat kolam besar, gi mandi kat ctu pulak ngan papa. Mama naik atas dulu settlekan Darwish.

Pagi tu breakfast ktorang turun awal sebab officemate aku penah pegi, katanye kalau turun lambat takut ramai orang (sebab ktorang pegi pun time cuti deepavali kan). Ktorang pun turun la awal, bukan sebab takut orang ramai, tapi takut makanan abis. LOLs! Tapi tak abis pun! Hahaha. Makanan memang banyakkkkkk n dorang memang topup aje kekdahnya! So takyah risau pun! Makanan pun maciam2 hado. Menu setiap hari lain2 kot. Tapi masa ktorang aritu (pagi Isnin) menu memang sume SUPERB! Memang berbaloi2 sangat! Memang kena repeat lagi pegi sini. Better than Gold Coast Morib (baca entry sini). Ok la, sekian untuk cerita cuti2 kami. Bakal bersambung untuk entry makan malam. Doakan i rajin! Ngeh3 ;)

Monday, November 2, 2015

2D 1N @ Avillion Legacy Melaka

Ini ialah entry throwback. Eh! Bila nak gi Melaka utk yang ke sekian kalinya, baru teringat..eh ehh..hotel review yang sebelum2 ni mn pegi? Hakhakhak! Mana aci tak buat. Kang anak2 kata tak penah pegi Melaka pulak. Kuikuikui. Ok2 selowww seloww. Setakat hari ni (2 Nov 2015), aku dah missed 2 hotel review kat Melaka iaitu, Avillion Legacy Hotel & Puteri Hotel (pegi bulan 5 tuari).

Ok, harini aku nak review Avillion Legacy Hotel di mana, di sini la tempatnya 'benih' Darwish tercipta. Kahkahkah. Tapi siyes hoi, masa pegi sini (bulan 5 2014) aku belum pregnant lagi. Balik dari cni, dah pregnant terusss jadik MALAS nak update blog. Tau kan penyakit aku masa pregnant dulu? Rasa nak muntah bila tengok blog. Tu yang tulis sket, masuk draft, tulis sket masuk draft. Udahnya masa pregnant dah jadi kurang entry. Lols!

Sebelum tu, entry yang ada kaitan ngan holiday kali ni ada kat link sini dan sini. Dua entry tu je aku sempat buat.

Lepas pegi Zoo Melaka n isi perut, terus check in Avillion Legacy Melaka. Harga siyesss dah tak ingat, papa d book through Agoda (hope so), eh! ke booking.com. Cehh! Ingatan tak dapat nak berfungsi dengan betul lepas dah ada 2 anak ni. Memang penyakit kot? Hiks! Tapi harga under 200 rasanya. Ok bole cek sendiri ye! Ampunnnn!

 Short Vacay - 3 & 4 Mei 2014

 Lobi hotel yang besau nau~nau.

 Alahaiii..rindunyaaa budak ini!

 One king bed size cukup untuk ktorg 3 beranak. Sekarang be 4 dah tak muat *ketuk kepala*.

 Kerusi bermalas-malasan!

 Tibi flat screen. Time ni masih setia ngan tibi tigasuku! Hakhak ;D

 Benda2 yang biasa ada.

 Toilet ada bath tub.

Swimming pool di atas bangunan. Dont expect more ok?

 Kolam budak pun kecik je. Tapi ok la. Anak aku bukan besar mana nak berenang bagaii.

 Acah-acah pandai floating! Hahaha!

 Wlupun kolam kecik, changing room hade tau! Hehe

 Dalam lif, turun utk bfast.
 
Read du'a before you eat ok? Alhamdulillah :)

Antara hotel yang BEST bfast nya, di sini laa. Maciamm maciamm hado! Sedapp pulak tu! Tapi aku tak banyak amik gambar masa ni. I is malu! 

Masa utk check out n nak sambung jalan2 kat Bandar Melaka.

Last but not least, Avillion Legacy Melaka is the best.
-dr 2 model tak berbayar- ;D

In sha Allah ujung minggu ni ktorang nak ke Melaka lagi, tapi stay hotel lain pulak. Saja nak bagi Danish seghonok2. Reward untuk dia sebab tolong jaga adik. #oktipu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah