Wednesday, December 21, 2016

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2017

Salam.

Sebelum berganjak ke tahun baru, iols nak share ngan uols Jadual Pembayaran Gaji Bulanan bagi penjawat awam untuk Tahun 2017. So that, bole la uols nk plan/buat bajet sendiri. Harap membantu.


Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 30, 2016

Resepi Nasi Goreng Daging Mabelessss


Nasi Goreng Daging yang meriah dengan sayur.. Yummyyyy!

Resepi Nasi Daging (anggaran 3-4 orang makan)
4-5 cawan nasi
Daging
*Segenggam ikan bilis
*10 batang cili api kampung (nak pedas letak lebih)
*Bawang merah+bawang putih
Telur
Sayur (aku letak carrot, kobis n sawi)
Sedikit belacan

Bahan * ditumbuk lumat

Cara-cara:
Rebus sekejap daging dengan sedikit air (aku rebus sekejap walaupun guna daging batang pinang utk bagi lagi lembut)
Bila air dah kering, masukkan minyak. Goreng daging sekejap n masukkan bahan tumbuk.
Tumis bahan yang ditumbuk sampai garing.
Masukkan garam n belacan. Pecahkan telur, kacaukan.
Masukkan sayur n nasi.
Siap!

Takyah letak perasa pun dah sedap. Aku jarang gunakan perasa masa masak sebab sekali masak untuk anak2. 

Sekian.

Selamat Mencuba!
 



Tuesday, November 29, 2016

Adam Danish : Majlis Graduasi & Konsert Tahunan Si Comel 2016

Salam

26 November 2016
2.00 ptg - 5.00 petang
Dewan Serbaguna Wisma Tani (MOA)

Alhamdulillah. All went very well even papa D takde masa majlis berlansung. Papa D terpaksa bergegas ke JB sebab Pak Teh (adik kepada ayah papa D) meninggal. Aku terpaksa bawa Danish sebab kesian kat dia. Dah berapa hari rehearsal (Selasa-Jumaat), and Danish dah excited sangat nak pegi. Bila mama kata, "abang tak yah la pegi ye?". "Alaaaa..abang nak pegi". Terus lembut hati mama. Aku bukan apa, takut sangat takleh nak handle yang kecik tu. Ikut perancangan awal, aku n papa D nak pegi n tinggalkan Darwish kat rumah MIL, sebab takut nanti sampai time 'meragam' dia taknak dok diam, tak dapat pulak nak concerntrate kt persembahan Danish.

Ni muka redho bila kena pakai seluar tight ;(

Mama dah agak, n mama risauuuu sangat bila teacher bg seluar ni utk pakai masa hari konsert. Mama tau Danish memang tak nak pakai seluar macam ni. Lepas siap2kan dua beradik ni, mama pulak siap2 n solat. Tengok dua2 dah lena kat depan. Bila nak keluar, kejutkan Danish terus menangis taknak pakai. Mama pujuk2, puas jugak. Sampai masuk lif, dalam kereta, kena cakap baik2. Sebab teacher memang suruh pakai siap2 dari rumah. Siap tunjuk lagi baju stand by, "Lepas abang menari tukar terus baju ni" Okeyy. *mama urut dada*

 Masa ni mama doa sangat adik tak banyak ragam.


Alhamdulillah selamat sampai dewan. Walaupun terpaksa gunakan waze. Hakhakhak. Ahkak nebesss tau! Ahkak takut lambat sampai kat dewan n ahkak taktau nak park kereta kat mana. Sana sini merata tau ahkak whatsapp kawan2 tanya mana nak park. Bila sorang kawan ahkak bagitau ada 2 blok moa, ok..ni buat ahkak lagi nebesss. Solution terbaik, waze! Hahaha. Tapi waze jahat sket! Dia bawak ahkak jalan jauh. Nasib baik ahkak tau jugak jalan. Sampai kat blok tu, anak sulung ahkak bagitau "Sini la mama". Okeyyyy. Nape tak bagitau mama awal2 abang tau! Grrrrrrr! Next time kena survey dulu tempat awal2 so bila jadi macam ni, takde la kelam kabut.

Untuk sesi petang ni taska yang terlibat Si Comel KETTHA, Si Comel Motac, Si Comel KPK n Si Comel KKMM. Ni kalau tak silap la. Kalau salah nanti iols update balik. Handphone tinggal kat rumah pulak arini. Sobs :(

 Cerita pasal anak yang sorang ni, mula2 je buat hal sikit. Budak2 memang tak boleh nak duduk satu tempat tu lama2. Dia mula bosan. Salah mama kot, awal2 dah keluarkan dari stroller, pastu Darwish tarik tangan ajak kuar. Siap jerit cakap "Jommmmmm". Timu tu tak mula lagi, so bole la mama layankan. Bawak keluar jalan2 kat luar. Nasib baik bila majlis nak start Darwish behave sangat.

 My unlucky number. Hahaha!

Ni masa nyanyi lagu Negaraku. Dari kejauhan mama nampak anak mama duduk depan skali ngan teacher. Sebelum tu perarakan masuk VIP diiringi pelajar cemerlang dari 3 cawangan Si Comel.

Lepas perasmian n tayangan video aktiviti taska sepanjang 2016, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Acara penyampian hadiah untuk pelajar cemerlang.

Ehemmm..dah tak sabar2 nak naik pentas tu.

Alhamdulillah..Danish terpilih sebagai pelajar cemerlang Si Comel KETTHA.

Untuk sesi petang ni, setiap cawangan taska ada 2 orang pelajar terbaik (sorang lelaki, sorang perempuan) untuk Playschool n Toddler. Means, setiap taska ada 4 orang la pelajar yang dapat hadiah.

 Toddler & Playschool yang dapat anugerah pelajar cemerlang bagi Taska Si Comel KETTHA.

 Danish ujung sekali paling kanan. Mama tak dapat nak amik gambar dekat2 sebab Parents Photo Area memang jauh dari pentas. Mama ni dah la pakai handphone cap hayam je. So gambar memang tak clear. Sobs :(((((

Persembahan pertama Danish. Danish berdiri depan sekali. Sebelah kanan tangga depan stage. Gambar goyang sikit sebab excited buat persembahan. Mama memang tak amik banyak gambar sebab mama banyak amik video. 

Persembahan kedua, Danish depan tangga stage. Yang duduk tinggi sikit tu. Nampak dahi sikit =)))

Persembahan terakhir dr semua pelajar lagu Jumblo Happy! Memang meriah sangat.

 Good job abang Danish! Teruskan kecemerlangan abang. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk abang! 

Siap ada badut.

 Adik Darwish pun nak jugak!! Haha

 Abang Danish & adik Darwish


Mama sayanggggg abang! 

 Danish ngan teachers Si Comel KETTHA

 Dengan kawan baik, Thaqif Ridha. Tahun depan dua2 dah takde kat taska tu. Tak tau bila dapat jumpa lagi. 

 Sijil Kecemerlangan Adam Danish
 
Habuan untuk Danish. Hihi.

Semoga abang Danish terus cemerlang dunia akhirat. Mama sentiasa doakan abang. Mama sayanggggg abang sangat3. Semoga abang jadi anak yang soleh, yang menyenangkan hati mama n papa!










 
 



Monday, November 28, 2016

Aquaria KLCC on My BIG Day!

Happy Monday uols.
10 Sept 2016
Its my birthday gais!
Iyee citer dah basi..Baru nak update. Sobs!

 Tiket aquaria untuk mama, papa n Danish. Darwish free.

Sikit info untuk harga tiket Aquaria KLCC:
With Mykad
Dewasa - RM46
Kanak-kanak - RM35
Warga emas - RM35
Without Mykad
Dewasa - RM64
Kanak-kanak - RM53
Warga emas - RM43

Free untuk 3 tahun ke bawah
Kanak-kanak : 3-12 tahun
Warga emas : 60 tahun dan ke atas      
 
Now..here we gooo..!

 Belum pape dak kecik ni dah tido.

Gambar tak pernah elok! Mesti ada yang wat hal ;'(

Muka happy! Iye laa..dah dapat lollipop.
 
Walaupun tak berapa nak clear, tapi jadi la..tanda kenangan penah datang sini.
 
Ni dalam Aqua Theater. Soriii..gambar memang semua malap2 sebab tak bole pakai flash. Aku guna henset cikai je so gambar memang tak memuaskan.
 
Mama with kiddos
 

Masa kat sana kitorang berkesempatan tengok ikan-ikan dibagi makan.

Info mengenai 'Feeding Schedule'
Setiap hari : 12.00 tengahari & 3.00 petang

 Kat sini la tempat tengok ikan makan. Kalau nak tengok dekat2 sila datang awal so that uols bole bersila depan2 aquarium. Hihi.

Lepas berseronok kat Aquaria, kitorang gerak gi IOI City Mall carik makan n sempat singgah sini.

Sangkaya yoo..! Mabelesss ;'))))

Terima kasih untuk papa n anak2 sebab bahagiakan mama. Mama syg korg sgt3! N now mama dah 3series!

Terima kasih jugak untuk kawan2 fb, ig yang wish. Mama is terharuuuu :'))
TQ gaiss. 


Tuesday, November 22, 2016

Pencapaian Akademik Adam Danish

*Ni cerita awal bulan haritu*

14 Oktober 2016-Hari Bicara Akademik 2016

Masuk tahun ni dah 3 tahun Danish kat Taska Si Comel Cerdik (dari umur 5 bulan-pengurusan taska lama). Tahun ni tahun akhir Danish kat sana. Tahun terakhir jugak Danish exam kat sana. Hari ni, kena amik report card utk exam akhir tahun.

Muka nebess mak nak amik reportcard anak :/

 Alhamdulillah..bersyukur sgt. Walaupun selalu kena marah, tapi Danish tak pernah mengecewakan *sobs*

Danish dapat no 2 dalam kelas. Teacher kata ada 5 orang dapat no 1 dalam kelas (MasyaAllah, pandai2nya budak sekarang), Danish salah sorangnya. So teacher bagi student yang dapat no 1 dr exam awal tahun aritu utk dapat no 1 lg, Danish jadi no 2. Bukan no yang jadi taruhan, asalkan anak mama berjaya dunia akhirat, jadi anak yang taat perintah Allah, berakhlak mulia n suka tolong orang. Tu dah buat mama happy. Luv u deep2 syg!

#futuremessageforadamdanish

Sekian.



*Entry ni ditulis bukan utk riak, bukan jgk utk menunjuk2 tapi utk pahat kenangan anak2 bila dah besar nanti*

Wednesday, November 9, 2016

Apa itu IV MIST MAGIC OIL


PENGENALAN APA ITU IV MIST MAGIC OIL

IV Mist Magic Oil ini dicipta khusus untuk merawat penyakit seperti resdung, migrain, asma dan sebagainya hanya dengan 1 semburan yang mudah sahaja ke tempat tertentu.

Anda juga tidak perlu membazirkan masa dan wang semata untuk membuat rawatan atau membeli produk-produk tambahan yang lain kerana anda hanya memerlukan produk IV Mist
ini sahaja untuk kembali sihat.

Diformulasikan oleh herba-herba organik yang telah terbukti berkesan dan selamat digunakan, ia juga dikilangkan oleh pengilang Muslim dan produk ini dijamin halal untuk digunakan oleh semua golongan.

Ucapkan selamat tinggal kepada penyakit resdung yang membelenggu kehidupan anda selama ini kerana dengan hanya semburan mudah secara konsisten, penyakit anda akan mulai hilang sedikit demi sedikit dan anda akan kembali sihat & gembira.

KEBAIKAN/KHASIAT  IV MIST
 MAGIC OIL
*Resdung / Kerap bersin diwaktu pagi/ waktu sejuk,
*Sakit Kepala / Migrain berpanjangan,
*Kahak yang banyak dan berlendir
*Selsema yang berpanjangan
*Melegakan Asthma / Lelah
*Ketidakselesaan akibat tidur yang berdengkur
*Sengal –sengal badan, otot, sendi,
*Kegatalan pada mata, hidung dan muka,
*Membantu Mempercepatkan Perlangsingan badan,
*Gigitan Serangga, Bisul dan Sakit Gigi

CARA PENGGUNAAN IV MIST
MAGIC OIL

1.Resdung dan Selsema
Cara Rawatan : Sembur ditangan dulu dan sapu ditepi hidung, jolok dalam hidung sikit, sapu didahi, celah antara 2 kening, dan spray di leher dada dan sapu sampai rata dan spray atas
kepala untuk meringankan.

2.Jerawat
Cara Rawatan : Spray atau sapu di pipi yang ada jerawat hidup/baru/bernanah insyaALLAH dalam beberapa jam akan surut dan kering

3.Sakit Gigi
Cara Rawatan : Spray atau sapu di pipu kawasan sakit gigi dan jika gigi berlubang letakkan IV MIST pada putik kapas dan sapukan pada gusi atau dilubang gigi yang sakit.

4.Buasir Luaran
Cara Rawatan : Sapukan pada putik kapas dan sapukan pada buasir luaran atau masukkan sedikit putik kapas ke dalam lubang dubur

5.Stress,Pening Kepala dan Migrain
Cara Rawatan : Spray atau sapu di atas kepala keseluruhan insyaALLAH akan melegakan dan menyegarkan.

6.Sakit leher dan sakit bahu
Cara Rawatan : Spray di leher dan sapu keseluruhan leher dan bahu dan urutan ringan sedikit.

7.Astma, Semput, Hidung Tersumat & Selsema
Cara Rawatan : Sapu di dada, leher dan tepi hidung serta tapak kaki.

8.Sakit Sendi,terseliuh dan bengkak
Cara Rawatan : Spray dan sapu tempat sakit tersebut dan urutan ringan.

9.Gatal-gatal,kurap dan panau
Cara Rawatan : Spray dan sapu sapu di tempat gatal dan kurap dan jika panau pastikan kikis atau sapu dengan sesuatu yang kesat/kasar agar lapisan panau terkesan dan sapu IV MIST.
IVMIST AROMATIC NANO OIL 🌿🌿🌿

Kelebihan Ivmist sudah diakui ramai.. 😊👍
✔Resdung ✔Migrain ✔Sakit Kepala ✔Stress ✔Senggugut ✔Jerawat ✔Selesema ✔Sakit gigi ✔Sakit Mata ✔Sakit Pinggang ✔Gout ✔Kuku Cekam ✔Pelbagai guna

📄Kandungan & Khasiat🔎

#IVMistOil Rumusan Terhebat Nano Bio Teknologi menghasilkan zarah minyak yang lebih HALUS!!!Sehingga boleh disembur seperti air,dan kadar serapan kedalam kulit begitu pantas boleh dirasai!!!👍👍

Antaranya Bahan Dan Khasiat :

🔹Habbatus Sauda
antibakteri,melancarkan buang angin,sakit perut,batuk,asma DLL

🔹Esktrak Argan
Pelembab Kulit,Jerawat dan Bekas Jerawat,Anti Penuaan,serta pelbagai khasiat lain untuk kulit

🔹Serai
melegakan sendi dan saraf,merawat bengkak-bengkak,Melegakan senggugut,Mencantikkan kulit

🔹Eucalytus/Kayu Putih
melegakan sakit kepala,sakit gigi,meringankan penafasan,mengatasi kulit berminyak

🔹Halia
Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

🔹Halia Bara
Mencegah mabuk perjalanan,Melembutkan rambut,sel kulit mati.Pilihan Terbaik untuk buang angin diperut

🔹Kelapa dara
Terbukti bermanfaat bagi mereka yang mementingkan kesihatan rambut dan kulit

🔹Limau purut
Membantu mengekalkan kelembapan kulit. merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.TERBAIK UNTUK PENJAGAAN RAMBUT & KULIT KEPALA

🔹Pudina
Sangat membantu untuk meringakan pernafasan akibat selsema,hidung berair,paru-paru dan masalah lain yang melibatkan pernafasan.

Dengan pelbagai khasiat Herba-herba ini menjadikan IV Mist Oil sebagai minyak serba guna untuk pelbagai masalah anda,terutamanya masalah luaran.Jika nak senaraikan memang tak terbaca khasiat herba2 di bawah:

Kegunaan IVMIST

🔸Resdung & Selsema
-Sembur ditangan dahulu,kemudian sapu ditepi hidung,dahi,celah kening,letak dalam hidung sedikit/sedut bau.

🔹Masalah muka dan hidung sering gatal
-Sapu dibahagian yang anda sering rasa gatal,biarkan ia serap kedalam kulit.Perubahan akan dirasai dengan cepat sekali.

🔸Jerawat/Jeragat
-Sembur ditangan dan sapu dijerawat serta jeragat.
Mengikut testimoni yang kami ada jerawat boleh kecut dengan cepat.Jeragat akan beransur pudar.

🔹Migrain
-Sembur atas kepala dan picit-picit

🔸Sakit mata
-Sembur dahulu dibahagian tapak tangan,biarkan seketika untuk kurangkan rasa panas minyak ivmist,dan guna jari sapu keliling mata.

🔹Sakit Gigi
-Sembur dipipi kawasan yang sakit dan gunakan putik kapas untuk disapukan kegusi yang sakit

🔸Sengugut
-Sapu dibahagian perut bawah pusat dan kebawah

🔹Untuk masalah Lenguh/Gout/Sakit urat dan sendi
-Hanya perlu sembur dan sapu sahaja bagi sakit-sakit lain seperti sakit pinggang,lenguh2,sakit sendi.
*Lebih baik jika disertakan sedikit urutan kecil.

🔸Untuk masalah lain
-Gigitan serangga sapu sahaja.

🔹Panau/Kurap
-Sapu sekerap mungkin,bagi masalah panau kikis sedikit bahagian yang berpanau dan sapu minyak ivmist.Amalkan sehingga nampak perubahan.

🔸Bersin/Selsema
-Sembur ditapak tangan dan guna jari sapu keliling hidung dan bekas ditapak tangan buat sedutan kehidung.
*Untuk kanak 4 tahun kebawah seeloknya bagi hidu sahaja sebab minyak ini bersifat panas takut mereka tak tahan.

Untuk pengetahuan anda ivmist merupakan minyak pelbagai guna dengan kandungan 10 herba yang terkenal didalam perubatan sekian lama menjadikan ivmist ini amat mujaran untuk pelbagai masalah.


Nak share pengalaman? Nak try sendiri? 😊

WhatsApp ke 0192556353/ 0133564454
#ivmistputrajaya
#ivkids
#ivsoap

Tuesday, October 18, 2016

Temasya Sukan Si Comel Kali Ke-9

Temasya Sukan Tahunan Si Comel Kali Ke-7 (Klik sini)

Entry Temasya Sukan Tahunan Si Comel Kali Ke-8 terbengkalai kat draft! Untuk yang ke-9 ni, semoga mama diberi kekuatan untuk habiskan entry ni. Dah 2 bulan lebih dah! Sobs! 

Tarikh   :   6 Ogos 2016
Masa     :   8.00 pagi-12 tghari
Tempat :   Padang Kompleks Kejiranan Presint 16

 Are you ready?!

 Adik setia tunggu abang tepi padang.

Acara pertama, perbarisan dari setiap cawangan taska/tadika SiComel. Satu cawangan mewakili satu rumah sukan.








 Ehemmm..that's my boy! Haha..tahun ke 3 join sukan dapat pegang sepanduk.


 Bacaan ikrar dari pelajar Tadika SiComel.

 Yang ni pulak menari, macam senamrobik la lebih kurang.

Danish masuk beberapa acara. Tapi kalau tanya aku sekarang, memang ingat-ingat lupa dah (sindrom lepas bersalin). LOL. Antara yang ingat, game pertama, 'Boling Kelapa'. Kedua 'Blind ........' ape ke namanya, tapi tutup mata, masukkan bola dalam pintu gol, ketiga 'Lumba Lari 50m' and last 'Tarik Tali'.

Bersemangat nak tarik tali. Pusingan 1 dan kedua menang, tapi bila final kalah. Dapat NAIB JOHAN. Aku ada upload video kat fb, bila tgk balik sedih pulak. Bersungguh2 Danish. Takpe la abang, no 2 pun juara jugak.

Alhamdulillah..dinobatkan sebagai Olahragawan bagi Taska SiComel cawangan KETTHA!



 Selain dapat kulit yang gelap berkilat, Danish dapat ni. Haha!

JUARA hati mama <3

 Antara yang dapat untuk Temasya Sukan kali ni ;')

Tahniah Abang Danish! Mama bangga dengan pencapaian abang. Memang mama nampak minat abang memang ke arah tu, tapi jangan abaikan pelajaran jugak ok? #futuremessageforadamdanish

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah