Thursday, March 27, 2014

MH 370 | Masih Sedih

Assalam.

Sori korang. Entry sebelum ni entry auto publish. Karang ape pulak korang kata. "Orang dok sedih MH370 hilang dia bole plak wat entry jalan2". Aku tulis tu masa petang Isnin, sebelum pengumuman pesawat MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi oleh Najib. Sape tak sedih kan. Sebak. Walaupun takde pun family dalam tu, tapi kita rakyat Malaysia ni seolah2 dapat rasa perasaan keluarga mangsa. Al fatihah untuk mangsa yg beragama Islam.  

Pagi2 dengar radio pun sume citer pasal MH370. Syahdu betul. Masa 1st day tu aku langsung taknak dengar. Fb tak bukak. Aku bukak, sempat baca status cousin aku je. Sedih. Pastu trs ttp!

Pagi tadi aku dengar Sinar kuar plak lagu ni. Sedih sgttt. Aku tak tau penyanyi n tajuk lagu dia. Sampai opis aku gugel, jumpa! Ok, ni. Korang hayati ye. Sedih sgtt.

LARA HATI

Yang tersisa
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Diiringi dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku
Luka meruah
Semua telah berlalu
Yang tersisa
Rinai tawa mu
Di sudut benak ku
Seperti kau
Masih di sini
Larut di pelukku

Prahara menerjang
Kekasihku terhanyut
Menghilang
Ku semaikan duka 

Kau tak pernah kembali
Oh... angin malam
Bawa laguku
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Kerna kenangan

Yang tertinggal
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Ditemani dua puisi
Tentang lara hati

Engkau adalah
Yang terindah
Sepanjang hidupku
Luka meruah
Semua telah berlalu


Sama2 la kita berdoa pulak supaya operasi SAR berjalan lancar n moga semua yang terlibat dalam operasi pencarian ini dapat pergi dan pulang dgn selamat ke pangkuan keluarga. Moga Allah beri petunjuk dan satukan hati2 kita dan lindungi kita daripada fitnah dunia. Ammenn.

 

Tuesday, March 25, 2014

Jalan-jalan Cameron Highland

Assalam.

Perjalanan diteruskan. Pagi Ahad ktorg gerak balik KL. Singgah umah nenek. Sian nenek. Kali ni balik tak tido pun umah nenek. Takpe. Nenek rajin datang KL. Nanti kita jumpa ok?

Kalau korang termiss citer aku bole tengok sini balik ye,

7 Mac (Jumaat) - Akad Nikah
8 Mac (Sabtu) - Sanding
Citer nikah n sanding kat sini
Petang kenduri ada sukaneka, entry klik sini

Aku sebenarnya teringin betul nak singgah Cameron. Sebelum balik kg pun dah bgtau papa, tapiiii jawapan papa agak menghampakan. *SAD*. Last pegi masa hanimun, masa baru kawen dolo. Jawapan papa is, "Nak turun tuu.." Aku tau, nk ikut TAPAH tu memang sengsara sket. Ngan jalan sempit, belok2. Aku menanges dalam hati. Huhuhu.

Masa benti isi minyak i dah tengok papa ngan my BIL dah semacam. Time kete nak jalan tu, dorng macam, 'Dia-suruh-dia'. Camtu la! Last2 kete ktorg jalan dulu. Papa drive macam biasa. Dalam kete aku takde pun nak ungkit ke nak desak2 ke, nak ingat2kan balik ke. Sampai persimpangan Simpang Pulai, aku macam toleh lain, tak nak tengok langsung jalan nak kuar tu. I is merajuk. Hakhakhak!

Skali papa terus belok kiri. Huwwaaaa. Nak nanges rasa. Sambil tanya "Betul ke ni?" "Betul ke ni?" Gedik kan i? Haha! Sambil toleh belakang, tengok kete my sis pun ikut skali. Papa dah senyum2. *Hatiku menyanyi* Lalalala. Ceeewwaahh. Ngada sangat!

 Budak ni tido menonggeng dh tak sedar. Nak dekat sampai baru terjaga.

Ktorg tak jalan mana pun. Pegi Kea Farm je, beli strawbery, sayur2, strawberry coklat ngan FM je. Time ni kat sana panas terik tp ada la jgk rasa sejuk2 tu. Aku beli strawberry selonggok RM10 je. Banyak jugak. Tapiii hampeh! Baru sehari aku tgk dh itam2. Aku tak tau la, salah pilih ke apa. Tapi memang, kalau musim panas dorg tak leh nak jual sangat. Tu yang dapat jual murah je tu. 

 Strawberry chocolate. Tapi aku rasa coklat dia tu pahit sket. Dulu cam sedapp.

Gambar aku amik tak banyak pun. Bila cakap kat papa, "Ala..tak amik gambar pun singgah sini" Papa jawab "Ni bukan singgah..ni lalu je" Aku macam, oo..okk. Nak balik tu turun ikut Tapah. Memang betul mencabar la. Nasib tak mabuk. Pastu singgah kat Lata Iskandar. Bagi Danish n Nopal mandi. 
 

 



Tuan tanah. ;D

Auww.. Sepsi yuu..

Sebelum singgah mandi sini, ktorg ada singgah makan kat satu kedai. Kedai ni wat makan tghari secara buffet RM10 sorang. Aku tak recommend sangat sebab tak la sedap sangat. Kedai ni baru bukak lagi. Banyak lagi yang perlu dibaiki. Aku bagi contoh, AIR. Dah kau dok kat cameron, bg la air teh ke, strawberi ke. Ni tak, kopi! Buah pun bg la yang fresh, ni tidakk. TEMBIKAI. Aduhh. FAILED sgtt!

Kat kedai ni la ktorg lunch.

Ok, terima kasih papa untuk 'perjalanan' kali ni. Balik kg pun dah cukup manis bagi mama. Dapat pulak pegi Cameron, lagi la extra manis. Ngeh2. Ok, next kita pegi belah Selatan pulak ye. Dah ada plan dah ni. Tunggguuu.

Monday, March 24, 2014

Pregnancy, Children and Baby Expo Putrajaya 2014

Assalam.


Semalam aku sempat gi sini. Tapiiii tak meriah seperti yang disangka. Mayb tak gaji lagi kot. Booth pun tak banyak sangat. Kalau nak jalan2 cuci mata tu ok la. Barang baby banyak la. Tapi umur2 cam Danish kureng.

Expo berjalan sampai esok.

Bukan la nak kata tak best tapi tak la se'havoc' kat MidValley tu. Hall ni pun kecik je. Kena panda survey. Ada yang murah, ada yang sama harga je ngan kat luar. Sebelum masuk bole daftar dulu, dapatla 1 beg yang isi belon. Macam kat MidValley kan macam2 dia isik dalam tu.


Suke kanmahen dapat belon. Belon ni la yang dapat dalam beg tu.

Masa nak balik tu, lalu kat belon besar ni. Danish tengok je. Sian plak sampai toleh belakang tengok lagi. Singgah la kejap.

Mula2 takut2 lagi nak main. Tengok je orang.

Dah mula warmup. Bergegar gambar, excitednya anak haku! Hahah.

Pengsan. Haha. Dah penat lompat2 baring pulak. Ni yang wat aku risau. Takut orang lain lompat terpijak ke.. Huhhh.. Kusssemangat. Sampai ajak balik pun tak nak. Haihh la. -__-

Friday, March 21, 2014

Cousin's Wedding | Kulaan Fun Day

Assalam.

Entry bersambung dari entry lepas. Klik sini

Sebelum aku pergi lebih jauh (ayat memang nak kena skema ok?) Hahah!  KULAAN means saudara dalam bahasa banjar. Jangan tanya aku lain2 perkataan sebab aku tak power. Bukan setakat tak power, tak reti langsung pun! Haha. Mak abah yang banjar. Tapi ktorg kat kg tak guna sangat bahasa banjar, lebih pada utara.

Lepas kenduri balik kg abah, siap2 prepare barang2, hadiah2 untuk sukaneka. Game start lepas Asar, wat kat umah pengantin. Aku mula risau jugak, sebab takut ramai yang tak nak join n malas nak datang. Tapi alhamdulillah sgt MEMBERANGSANGKAN. Sampai mintak nak wat lagi raya ni. In sha Allah2. Sukaneka ni pun ktorg plan dah lambat. Lebih kurang seminggu sebelum kot. Tu pun dok bincang dalam group wasap KULAAN. Sepupu i punya idea-->Ina, kakak Izzati. 

Antara game yang BERJAYA dengan JAYANYA:

- Isi air dalam botol guna span (7-12 tahun)
- Bawak bola pingpong dalam sudu (3-6 tahun)
- Musical Chair (bawah 12 tahun)
- Lari ikat kaki bersama pasangan (Dewasa)
- Cari barang (TERBUKA)
- Lari rebut gula2 (bawah 12 tahun)
 
 Preparation for Musical Chairs

Calling for registration

Iols memang suka sebok2 dalam aktiviti ni. Suka sangatt..tak kesah pun penat ke hape. Asalkan happy. N yang bestnye, matlamat TERCAPAI!

Acara pertama-isi air dalam botol guna span. Ni game yang dapat lebih permintaan. Terpaksa buat 2 round sebab botol tak cukup. Nasib hadiah ada sediakan lebih.

 Bersemangat gilos dorang ni. Tapi sayang, salah teknik. Haha! Tak pe la, kita dulu pun camtu jugak kan.

Ni yang 2nd round. Hebat2 jugak dorang ni. Yang tengah2 tu makcik aku, tukang bg semangat.

Acara kedua-bawak bola pingpong dalam sudu.

Hahaha. Kelakar gila tengok gelagat dorang ni. Sampai 1st game terpaksa batal sebab ada yang pegang sudu. Kali ke 2, bila suruh tangan letak belakang baru ok. Ada pulak dewasa yang nak join!! Siap main tipu lagii. Cisss! Hahaha.

Tengok la semangatnya aku. Gila mic dah. Wahaha.

Acara ketiga-Musical chair. Ni sampai ada yang nanges tak puas hati. Hahah.


DANISH
Sian budak ni. Tak de game pun untuk dia. -__-

AKHIRnya, dah dapat pemenang!

Acara ke empat-berjalan ikat kaki bersama pasangan. Game yang ditunggu2. Ni pun dapat sambutan hebat. Kena 2 round. Asalnya game ni untuk mak ayah ktorg, tapi tak ramai yang nak join. So, aku ngan spupu2 diWAJIBKAN masuk.

Tuan tanah. Peace yaw!

Macam2 aksi. Nampak yang baju hijau tu? Tu pakcik ngan makcik aku. Pakcik aku bole angkat makcik aku sampai ujung. Memang la menang! Haha

Ini la tragedi nya. Nak sampai garisan penamat aku TEWAS! Hahah. Sakit gila kaki kaw! Baru aku tau game ni paling sensara. Kahkahkah!

Acara ke lima-cari barang.

 Ada yang kena serbu sebab nak dapatkan SUBANG. Aku? Mestila CERMIN MATA! Haha


Game yang last je takde gambar. Aku cuma letakkan gula2, jelly etc kat hujung garisan. Bagi dorang pilih sendiri nak apa. Game ni Danish pun join, dia tengok orang lari, dia pun lari tapi ntah ke mana hala. 

 KAMI

Last but not least,


Ni baru suku kot. Ada ramai lagi yang takde dalam gambar.

Kalah memang adat bertanding. Yang penting kita happy2 je. Hadiah (yes, gambar hadiah pun aku lupa amik) ktorg bagi masa malam tu, ada 2 hadiah istimewa yang last minute ktorg plan "Opah paling ceria" n "Pasangan paling sporting". Gambar opah paling ceria takde pasangan paling sporting tu, makcik n pakcik aku yang angkat bini dia tu. Harap semua family members happy untuk program kali ni. Harap apa yang terlebih terkurang tu nanti kita sama perbetulkan.
 



Thursday, March 20, 2014

Cousin's Wedding | Izzati & Farid

Assalam.

Pfffttttt... *lap peluh sket*

Kembang kempis kembang kempis idung nak taip entry. Haha. Alhamdulillah. Selesai dah majlis perkahwinan sepupu aku. Ahad lepas kat belah lelaki plak kat Taman Sentosa. 

Macam yang aku ada cerita sebelum ni, Jumaat pagi aku balik kampung. Alhamdulillah selamat sampai kul 2 camtu. Sempat la tengoh Izzati nikah lepas Asar tu. Umah pengantin dekat je ngan kg mak n abah. Satu kg je sume. 

7 Mac 2014 - Akad Nikah


Tema kaler nikah, putih turqoise. Last minute majlis nikah terpaksa buat kat surau sebab pelamin makyang dh separuh rumah. ;')))


Debaran sang suami, Farid.

Izzati tantekk ngatt.

Batal air sembahyang.

Mama nopal n pengantin.


Kaler pelamin ngan kaler baju ahkak nak sama yu. Wewee.

8 Mac 2014 - Sanding

Pepagi ktorg kuar gi makan kat kedai, kat Simpang 3. Bukan takde makanan kat umah. Aku je yang ngidam nak makan kat situ. Ok yg pemes emes kat sini Nasi Kari Ikan Sembilang. Memang power. Sori gambar takde. Kitorg orang banjar dah biasa makan nasik pagi2. Hehe. Lepas makan pegi umah pengantin tolong apa yang patut.

 Mamat ni dtg pepagi dah bersilat. Haihh. -__-

Poyo kan anak i. Hahah. Peace yaw!

Pelamin macam kat istana kayangan. Mihmihmih.

Meja makan beradab

Makyang n ME.

Bab bergambar bagi jelahh kat dia. Macam2 aksi skang!

Putu piring Corner

Cendol Corner

Selfie Corner. Lariiii. Hahaha



Tengah siyokk makan pengantin datang.

Danish n Naufal with atok, selaku pengurus pasukan kompang. Ececece.

Korang kalau la khidmat pasukan kompang ni bole PM aku ye. Kekeke!



I pun tak nak lepaskan peluang. Ngeee

Sian kat pengantin. Lapar sgt sampai mintak kat cameraman stop jap nak makan. Hihi.

Sementara tggu pengantin makan, ktorg pinjam pelamin jap. Danish boleh tido plak time ni.

Verangan pengantin. Hakhak!

KAMI

~Kiddos~

Ok lah korang. Entry esok sambung ngan sukaneka plak! Bai!

Till then, xoxo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah