Showing posts with label Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label Raya 2015. Show all posts

Monday, August 24, 2015

Final Raya

Assalam.

Raya dah habis. Tapi harini nak habiskan citer raya terus, sebab tu tajuk "Final Raya". Hahaha. Tajuk tak hengatt kan. So kita sambung kisah raya ok?

 Ini la cucu2 mak ngan abah saya. Sekuntum je bunga yang lain sume kumbang!
Dari kiri kakak nazurah, naufal, haiqal, darwish, danish n zharfan.

Ni gambar masa dorang (family n sepupu2) aku datang beraya kat umah.

 1st time pegang monopod ni. Menggigil tangan. Lol!

 Tuan rumah~

Kesayangan2 beta. Yang kecik dah tido.

Darwish & Arrissa (anak sepupu) masa open house umah mak.

Ni je gambar yang sempat amik.

Ni pulak gambar masa Jamuan Hari Raya Kompleks C. Tahun ni gabung ngan JPA, SPA, JKR, SPR, Peguam n MOSTI buat kat tengah2 parcel C. Meriaahhhh. Macam2 makanan ada.

 Cantik x?Hahaha. Maksud aku camera nye. Ni pakai camera kak ra (kanan). Comei kan? -Sponsored by Oppo-. Lol

Bukan kebetulan..Ngeh2.

Oklah. tu je gambar raya yang ada. Dah boleh clear kat nset. Tahun depan in sha Allah klu dipanjangkan umur kita jumpa lagi. Tak sempat amik gambar ngan fifi masa ni pdhal meja dia belakang meja aku je. Toleh2 dah hilang! Dah la minggu terakhir kt HQ ms tu :(


Wednesday, August 5, 2015

Raya Lagi

- Sambutan Hari Raya Bahagian -

Raya tak habis lagi kan? Aku nak sambung kisah raya aku pulak. Sambutan raya kat ofis buat awal sikit tahun ni sebab ada pegawai nak pegi India 10 bulan. Jadi boss nak buat sebelum dia berangkat. Cadangan majlis 27hb masa hari aku naik keje. Memang kelam kabut. Bos pulak bgtau masa Jumaat petang, masa tu dah pukul 4 lebih. Tak sempat nak email apa, bgtau pun dalam whatsapp group bahagian. Pffttt! APTB! Kami yang AJK ni la 'lap peluh' jap.

Cadangan awalnya, nak buat kat luar tapi tak kesampaian. Takpe la. Buat sesederhana yang boleh. GST kan? Wahahaa. Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar jugak, makanan cukup jugak, dalam dok kelam kabut tuu. Taknak la tayang gambar makanan. Menu2 biasa je yang ada masa raya.Lagipun konsep ktorg 'portluck'. Main2 menu bahagikan ikut 'seksyen'. Menu2 sampingan ada yang bawak dr rumah, masak sendiri. Macam seksyen aku, buat laksa penang, mintak mak pegawai kat ofis ni buatkan. Menu2 lain, nasi tomato, laksam, lontong, lemang, rendang, ketupat, kuah kacang, abc, ais krim, buah2an tempatan (termasuk durian) n dessert2.


Papepun, kita wefie dulu okies? :D
 
Boring! Sementara tunggu bos habis meeting, ni la keje ktorg, Perut dah lapau!

 Freestyle!
 
Wefie ngan zue

 tt - tuan tanah

Ngan Kak Liza

Ngan Farah

Dah puas begambar, bos tak habis2 meeting lagi.

 Trend gambar mcm ni dah femes thn lps kan? --Wefie n orang amik gambar dr jauh. Tahun ni nak jugakkk!

Bila majlis mula, ktorg tuju ke satay dulu. Nampak tak kebulur disitu? Hahaha!

Lepas satay, nasi tomato plak. Ni bos yang buat, memang kena rase. Hekhekhek.

Overall, makanan sume sedap2 wlupun ktorg buat dalam kelam kabut. Makan cukup, siap ada yang lebih tapi takde la membazir sebab lebih tu orang tapau bawak balik. Cmane citer jamuan raya kat ofis korg? Best?


Monday, August 3, 2015

Raya 2015

Assalam.

Syawal dah masuk hari ke 18, tapi aku baru nak update pasal 1 Syawal. Melampau tak? Hahaha. Tak pe la. Yang penting ada kan? Macam yang aku penah citer sebelum ni, tahun ni turn beraya kg papa d. Jadi ke nogori la kito! Balik kg sehari sebelum raya. Tak jem pun sebab ikut jalan dalam. Petang berbuka kat Jelebu (kg FIL). Lepas berbuka baru gi kg MIL-Palong 1. 

Siyes! Tahun ni tak banyak gambar pun sebab raya petama aku sempat pakai baju raya tak sampai setengah jam pun. Mihmihmih. Lepas amik gambar yang aku tepek sebelum ni tu, terus salin baju lain. Sebab nak pakai balik raya ke 3. Ada perjumpaan family besar FIL n waris2. Nak sedondon kekdahnya!

 Banner program.

Gambar dipagi raya ke 3.

Family in law

 Yang depan skali uwan papa d.

Kira raya petama, kedua, ketiga aku kat Palong 1. Pagi raya ketiga tu baru gi Jelebu balik. Perjumpaan family tu kat depan rumah uwan papa d je. Agak meriah, siap ada lucky draw bagai. Tapi satu gambar pun aku takde sebab kejap je aku kat ctu. Pastu dok umah uwan papa d, bagi Darwish makan, tidokan dia.

Alhamdulillah. Sepanjang kat kg Darwish ok sangatttt. Tak meragam pun walaupun agak panass sket. Sampai orang pelik, takde dengar nangis pun. Haa...itulah Darwish. Tak banyak ragam. Abang Danish pulak yang manja kemain. 

Raya ke 4 aku ngan family in law ke PD stay kat Glory Beach Resort. Saja bawak budak2 seronok2. Ramai jugak kan yang beraya kat sana. Swimming pool pun penuh. Aku tengok dari atas balkoni je. Takde turun pun. Ktorg stay kat apartment 3 bilik MIL sponsor. Best, besar, selesa. Kalau pegi ramai2 memang berbaloi sangat. Siap ada voucher bfast utk 6 orang. Sori takde gambar jugak. Korang blh google je review Glory Beach Resort ye. Sume apartment sama je aku rasa.

Ada lagi cerita raya nanti aku update Jamuan Raya Bahagian ktorang pulak. Nak letak dalam ni skali panjang lebar pulak nanti. Cukup la setakat ni dulu. Nahh banje 1 gambar adik beradik ni.

 Abang selalu kena buli ngan adik. =D

Tuesday, July 28, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436

Assalam.

Masih belum terlambat utk kami ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua. ;p

Baru 2 hari masuk keje lepas puaaasss cuti raya! Wahaha. Nampak macam seronok kan cuti panjannngg. Tapi aku bukan cuti sesaje. Taska tutup! Terpaksa la mak korbankan cuti mak! Huhu. Sebelum raya tak sempat nak buat ucapan raya sebab tghari dah ca-alif-"but" (hahah). Semalam pulak masuk je keje dah bizi ngan jamuan raya bahagian. I is pasrah~

Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kat korang pembaca blog ni. Maaf andai ada tulis aku yang menyakitkan hati korang. Tak lupe jugak andai ada komen2 aku kat blog korang yang menguris perasaan korang samada sengaja atau tak. Maaf maaf maaf. Harap korang dapat maafkan kekhilafan ini. Sedih pulak. Aiseyyy. Mekasih jugak kat korang yg sudi2 singgah n komen kat blog picisan ni wlupun aku jarang2 update. Lebiuuuu.

Till then.
xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah