Tuesday, July 30, 2013

IFTAR @ Ana Ikan Bakar Petai

SALAM..

Jumaat lps ktorg sempat berbuka puasa kt luar buat pertama kalinya utk Ramadhan kali ni. Tempat yg jadi pilihan kt Bangi, Ana Ikan Bakar Petai. Aku memang dh lame dgr org kate tempat tu cedap tp xpernah lg pegi. Ktorg gerak gi sana lps berbuka. Berbuka dulu kt umah minum jer then semayang baru gi. Sebab tau, kalau time posa ni kalo xbook dulu jgn harap la nak dapat makan. Memang selalunya fullhouse.

Sampai jer parking PENUH okeh. Tapi ade jgk yg dh mula beransur blk. Memang tepat la pilihan ktorg utk berbuka kt umah dulu. Sampai sana pun dekat 8 setengah kot.

 Taddaa.. Ni la die.. Ktorg parking kt luar je. Luar tu pun penuh. Ana Ikan BAkar Petai terletak betul2 bersebelahan Balai Bomba 

 Ni kaunter makanan laut @ pasar. Heheh. Korg akan jumpe ni dulu masa masuk. So bole la trs pilih. Tapii pastikan dapatkan nombor meja terlebih dulu.

Bile dh pilih bole letakkan kt kaunter timbang (kt abg yg pakai cap blueblack tu) n bgtau masakan ape yg kite nak. Dorg terus siang n bakar kt ctu jgk. Kalau bakar la.

Hamboii kaw.. Dah macam tutorial dh. Hahaha. Same je kot mcm kt tempat2 lain. Lepas dh settle duduk je kt kerusi diam2 sampai pekerja die dtg amik order air plak. Lame gak la tunggu mlm tu. Sebab org dh mula ramai blk kot. Menu pilihan ktorg mlm tu,

 Ketam masak pedas. Sket punya besar lengan ketam tu. Sedapp. Cuma pinggan je comot. Ciss. Puas aku pusing2 pinggan nak amik gambar. Nampak jgk comot tu!

Sotong goreng tepung. Memang terbaekk. Tapi ktorg pilih sotong yg xbesar sgt. Cukup la utk makan 2 org.

N ni la menu spesel kt cni. Ikan bakar petai. Terbaekkk. Mula2 ingt xnak letak petai, sbb aku bkn makai petai pun. Tapi sbb nak rasa jgk, kami 'PILIH' jgk. Memang xmenghampakan sesuai btl nama kedai ni dipilih dr menu yg spesel ni. Thumb up! Total makan+air RM60. Ok kan??

Danish yg dh mula menampakkan tanda2 nak demam. Mata berair.

Bila perut dh kenyang, hati riang, bole la pulang. Ahhaa. Time ktorg nak blk tu pun ade lg yg br sampai. Masa tu jam dh dekat2 kul 10 dah. Aku xtau la dorg ni nak berbuka ke sahur kt cni. ;D

Last but not least, Terima Kasih Ana! Ktorg 'PASTI' dtg lagi!


 

Thursday, July 25, 2013

ROH YANG KEMBALI DIBULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
 

Wednesday, July 24, 2013

Biskut Mazola yang lain dr yang lain..

SALAM uolz..

Tajuk nak hebat je kann. Ngee. Xde ape resepi rahsia pun. Cuma, biasa biskut mazola org wat bulat2 comei2..bunga2 la kann..

Tapiii aku...


Taaddaaa

  Besar gedabak. Panjang mcm gerabak keretapi je kan.
Miahahaha.

Mula2 aku nak wat bulat2..bile uli2 ade yg besau ade yg kecik. Nak pakai acuan payah sket sbb adunan lembut. Jadi xcomei kt tepi nanti sbb acuan aku jenis yg zig zag. Paham ke idok? Hee..

Resepi turun temurun dari mak aku. Kali ni resepi mesti kene tulis. Kalau x, tahun depan confirm aku tepon mak blk tanya resepi. Hahaha. Banyak je aku tgk resepi mazola ni. Google je. Tapi aku nak yg rasa same mcm mak aku wat. Lembut je. Ade resepi yg guna tepung jagung. Aku pun xtau fuungsi die ape utk biskut ni. Aku xletak pun.

600gm tepung gandum
600gm kacang tanah
3 cawan gula
Minyak mazola ikut lembut

Kacang disangai sampai masak bukan sampai hangit. Blend halus n campur ngan gula & tepung. Masukkan minyak mazola sket2. Jangan jadi mcm aku, dh terlampau 'pro' sgttt, gi tuang byk2 last2 kene tambah tepung n gula blk. Haha. Payah jgk sebenarnya nak adun tepung tu. Kene pandai agak2. Kalau kental sgt kang pengsan plak korg nak gigit. Hahaha. Lagi satu, jgn plak korg guna acuan mcm aku guna tu. Xcomeii. Hihi.

Ok la..pjg plak entry arini. Patutnya post smlm. Bye~

# Wordless Wednesday #

SALAM uolz..


Sekadar perkongsian.. Untuk ingatan diri sendiri juga.. Selamat Berpuasa Semua ;')

Thursday, July 18, 2013

Resepi Puding Jagung Simple

SALAM uolz..

Selamat berpuasa sume. Sekejap je dah berganjak ke Ramadhan yg ke-9. Dah pikir menu berbuka ptg ni? Beli ke masak? Ngee. Ala aku pun ade je bli jgk. Sahur je masak. Ari2 wat nasik goreng. Masak utk Danish skali utk bawak bekal. Arini aku nk share resepi Puding Jagung yg teramat la simple, mudah dan senang. Terus ngap je. Kekeke. Resepi ni aku dapat dr ex-opismate, Kak Ieyna. TQ kak, resepi tu digunakan sehingga kini. Kegemaran MIL.

Aku dah lama sgtt xwat. Ade kot lebih setahun. Ehh.. bukan2. Last wat masa mertua nak gi umrah 2 tahun lps. MIL nak sgt mkn ms tu. Resepi xde tulis. Ingat dalam kepala otak. Tapi bila dh bertahun2 xwat, resepi jadi samar2 gitu. Tu yang Ahad lps bile wat jadi terkeras sket. Haru biru tau! Nasib rasa dan kesedapan masih sama ! Ngeee. Sila muntah ijau. Haha




 **Puding Jagung Simple**

1 tin jagung cap Ayam Brand.
1/3 tin gula.
3 tin santan.
1/3 paket tepung castard brand 'Bird Castard' yg 300gm tu.
Secubit garam.

Masukkan semua dalam periuk. Aku guna periuk nasik je sebab xnak melekat kt tepi2.
Hati2 masa masukkan tepung castard kalau xnak berketul2. Masukkan sket2 n kacau.
Hidupkan api dan kacau sampai tangan lengoh. Api kecik je ye. Kalau hangit aku xjamin. Lagipun kalau bukak api kuat, adunan memang cepat likat tp santan xmasak. Jadi cepat basi. Sape nak jawapp??

#Petua dr mak aku, kacau sampai kuning keorenan. Ehh betul ke bahasa aku? Ermm..lebih kurang mcm tu la. Aku kacau dekat 1 jam kott. Jadi jgn lahh mengeluh kerana kesedapannya akan terbalas bila anda makan nanti. Ngee. Berbaloi2.

#Sori kalau sukatan sume 1/3 sebab aku dapat resepi dr kak ina guna 3 tin jagung. Jadi jenohh jgk la makk pkir xnak wat banyak sgt. Tu yg resepinya jadi mcm tu. 

#Puding jagung kali ni terkeras sket sebab terlebih tepung sket. Sebab dolu2 aku wat xsukat pun. Main agak2 je 1/3 paket tu. Nape ntah kali ni wat siap ngengade pakai timbang bagaii. Puding jagung tu pun ngegade la jgk jadi keras!

#Sebenarnye xde la keras mana pun. Papa tu je ngengade kate macam makan Nata de Coco. Rasa die sama je mcm yg jual kt pasarmalam/bazar. Tapi sebab dulu slalu wat lembut je tu yang 'tukang makan' dh terkeliru. Bole guna ayat tu? Heheh. Ye la. Xkan puding jagung dah rupa mcm Dadih pulakk. Aiiseeyyhh. Ok la. Bagi yg suke lembut2 tu korg bole guna 90/95gm tepung je.

Ok la. Penat dah makk menaipp. Kalau xde yg nak try memang penat je la taip. Miahahaha. Tapiii serius weyhh xrugi cuba. Sedap pun sedap. Kenyang lagik. Hahaha. Ok la nak naik lif, tekan sendiri ni. Kekeke. Bye.
 

Monday, July 15, 2013

Penyebab Rambut Gugur

Update dr entry ini.

SALAM uolz..

Tadi ms bukak yahoo terbaca something quite important. So nak share kt cni. Disebabkan ramai yg tersesat masuk ke blog ni mencari2 petua mengurangkan rambut gugur, so kat cni sy dengan rasminya ingin berkongsi dgn anda2 semua ape yg sy baca tadi. Saya?? Ya! Saya!! (Pelik pulak bila guna 'saya' ni) Ngeee..


** Penyebab Rambut Gugur **


Rambut gugur memang normal. Namun jika rambut anda gugur lebih daripada 50 hingga 100 helai sehari, itu petanda anda mengalami masalah rambut gugur. Mengapakah rambut gugur kebanyakannya terjadi dalam kalangan wanita? Ia terjadi mungkin disebabkan hormon di dalam badan yang tidak seimbang, penggunaan produk yang salah dan kurang vitamin pada akar rambut. 

Hormon
Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat. Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan. Ini menyebabkan rambut anda mudah gugur. Jadi, untuk melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.

Produk
Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan, jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan stail rambut.

Kurang vitamin
Untuk mengelakkan rambut anda daripada gugur, pengamalan makanan berkhasiat seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat. Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.


Memang masa lps bsalin dulu rambut aku byk sgt gugur. Tapii bile dh sampai sekarang (1 tahun setengah), memang harus lah cari penyelesaiannya. Xkan nk tggu botak dulu kot. Gegegege. Ok, wat masa skang ni aku tgh amik satu produk ni. Aku bukanlah agent kpd produk tersebut. Jadi anda bole dapatkan di toko2 jamu yang berhampiran ;B



Tadddaa..ini la dia kapsul minyak zaitun dari Minsyam.

Softgel yang lembut lg kenyal. Bole trs ditelan bersama air atau dipicit di dlm mulut. Nyamm nyamm. Haha.


Bagus tau supliment ni. Untuk keterangan produk bole klik sini. Tapi, tau la kan. Aku ni payah sket nk telan ubat. Bile teringat baru nak makan. Tambah2 plak bulan pose ni. Lagi la makk xingt. Menci tau. Tapi try la. In Shaa Allah berkesan sebab aku rs rambut dh kurang gugur walaupun ade la jgk beberapa helai. Ok, itu saja utk arini. Aii nak blk dh ni. Bye ~

Friday, July 5, 2013

Danish confused!

SALAM uolz..

Kihkihkih. Masa tulis tajuk dah tersengeh2 mengingatkan keletah si manja tu skang. Makin besar makin cerdik. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Dah byk perkataan yang Danish 'dapat' skang. Ape yg mama n papa cakap sibuk nak ulang balik. Xpe la. Dari situ jgk la Danish banyak blajar ckp. Walaupun kdg ade jgk yg tersasar. Jauh dr maksud sebenar. Xpaham?? Cmana aku nak mulakan ye.

Ok la, slalunya bila nak basuhkan tangan Danish, aku mulakan dgn kanan, then aku ckp "one more" Danish akan ikut "wa'mor" sambil hulur tangan kiri. Macam tu la jadi tiap kali nak basuh tangan. Akibat daripd tu, sampai skarang kalau nak basuh tgn, Danish akan cakap "wamor". Sama jgk kalau Danish nmpk sinki kt mana2 (termasuk la kt kedai makan) Danish memang suke sgt basuh tangan. Hihihi. Kekeliruan disitu. 

Lagi satu, kalau nak pakaikan kasut mesti la aku ckp "kaki" (nak suruh dia hulur kaki). Sampai sekarang bila mama ckp "kasut" atau tunjuk kasut, Danish ulang tapii cakap "kaki". Acaner tu? Kekeliruan kali ke 2.  Kalau selipar pandai lak die ikut. Ngee. Danish2. Mintak2 la sume ni xberpanjangan. Jangan sampai besar dipanggilnya kasut tu kaki udah lerr. Haru mama.

#Sayang, andai kamu besar n kamu baca nota ni, ingatla.. mama sentiasa syg kamu dunia akhirat. Melahirkan & membesarkan kamu merupakan antara pengalaman paling indah mama pernah lalui. Syukur Ya Allah. Aku telah diberi peluang utk merasai semua ni.


*touching*

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah