Thursday, July 30, 2015

1st Solid Food for Darwish

Assalam.

Dua hari sebelum raya aritu genap la Darwish 6 bulan. Mak dah tak sabau nak bagi makan. Nak tengok respon dia. Google punya google mencari makanan apa yang nak bagi. Siap google kaw! Macam anak 1st tu dah besau sangatt. Padahal dulu makanan macam tu jugak yang bagi. Haha! Antara resepi yang penah aku update utk Danish klik sini

Ahad sebelum tu aku dah prepare siap2 food dia. Senang sebab Darwish genap 6 bulan ari Rabu so tak yah la susah payah balik keje baru nak buat. Aku buat siap2 letak dalam freezer je. Nak makan baru panaskan. Tapi hari Rabu tu aku buatkan puree kurma (fresh) terus bagi makan. Kukus dulu kurma tu, buang kulit, lenyekkan n tapis. 

 Mula2 makan macam pelik, siap keluar meleleh balik dari mulut. Darwish macam tak reti nak telan. Pelik agaknya+manis. Haha! Tapi makan jugak. Abis dalam satu sudu besar. Jadik la untuk permulaan. Esok pagi pun aku repeat lagi puree kurma. Abis lagi dalam satu sudu besar.

 Puree epal.

 Puree brokoli.

Masa balik kg tuari, boleh pulak aku tetinggal makanan Darwish kat kg uwan papa d (sebelah FIL)-singgah utk berbuka kt sana. Bila sampai kg sebelah MIL aku terpaksa la buatkan puree lain untuk Darwish. Ngan blander takde (tak kan nak pakai yg blend cili kan?) Yang ada dalam otak aku cumaaa---pisang! Yes! Aku buatkan puree pisang.

Pisang aku kukus dulu, lenyekkan n tapis.

 Nasib baik boleh jgk jadi halus macam ni walaupun tak blend.

 Nampak muka terpaksa sangat tuu. Hahaha.

 Puree2 ni aku masukkan dalam bekas kiub macam ni. Senang kalau nak bagi makan amik je seketul dua ketul.

Minggu ni aku dah start bagi nasi kat Darwish untuk bekal kat taska. Taska memang tak sediakan makan sebab baby makanan tak sama. Ada yang makan buah je, ada yang makan sayur je. Tu kata penyelia kat situ la. So kita ikutkan aje. Aku pun memang lebih suka buat sendiri. Harap2 lepas ni makin rajin la nak masakkan utk Darwish. 




Tuesday, July 28, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436

Assalam.

Masih belum terlambat utk kami ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua. ;p

Baru 2 hari masuk keje lepas puaaasss cuti raya! Wahaha. Nampak macam seronok kan cuti panjannngg. Tapi aku bukan cuti sesaje. Taska tutup! Terpaksa la mak korbankan cuti mak! Huhu. Sebelum raya tak sempat nak buat ucapan raya sebab tghari dah ca-alif-"but" (hahah). Semalam pulak masuk je keje dah bizi ngan jamuan raya bahagian. I is pasrah~

Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kat korang pembaca blog ni. Maaf andai ada tulis aku yang menyakitkan hati korang. Tak lupe jugak andai ada komen2 aku kat blog korang yang menguris perasaan korang samada sengaja atau tak. Maaf maaf maaf. Harap korang dapat maafkan kekhilafan ini. Sedih pulak. Aiseyyy. Mekasih jugak kat korang yg sudi2 singgah n komen kat blog picisan ni wlupun aku jarang2 update. Lebiuuuu.

Till then.
xoxo


Tuesday, July 14, 2015

Macam~macam Cerita!

Assalam.

Siyes. 

Mood ke laut. Dah nak raya kan. So mood raya dh mula masuk sikit2. Banyak benda rasa nak share kita citer lump sum je la ye? Hohoho.

 Dapat d.i.y kad raya yang super cute dr fifi. Yeehuuuu. Tapi i dipaksa utk reply. Kejam. Dengan tangan yang kaku ni aku turutkan jugak. Haha! Ntah apa jadi tak tau la. Siap dapat pakej skali ngan bubur lambuk lagi. Yummyyy! TQ fifi ;')

 Bila tekak nak western, tapi nasik tak leh nak tinggal jadilah menu ni masa iftar ke 25. Lamb chop+nasik!

 Masa hari yang sama buat lamb chop, aku buat jugak masak lemak cili api telur itik+belimbing. Memang nampak pelik, tak kena! Tapi balunn je la. Ada aku kesah? Haha.

 Korang raya mana?Bila balik kampung? Tahun ni turn kampung papa d plak. Kami mengamalkan sistem gilir-gilir. Tahun lepas dah raya Perak tahun ni raya N9 la pulak. Khamis dah start cuti. Ok la. Aku malas nak leter panjang2, korang bukan baca pun kan? Sume dah mood raya tu. Ucapan raya esok la ye? Haha. Bai.

* Jumpa entry depan utk citer Solid Food utk Darwish.

Tuesday, July 7, 2015

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services


Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang



Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015

Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)


Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.

Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

[ Gambar Di Luar Kedai ]
[ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan.
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

3. Penghantaran Yang Fleksible
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :)
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.



Monday, July 6, 2015

Menang GA Mega Raya by AZhafizah

Assalam.

Bulan lepas aku ada join GA Mega Raya bu Azhafizah (klik). Isnin lepas fiza dah umumkan pemenang. Alhamdulillah, rezeki! Aku tersenarai dalam 13 orang yg menang tu. Rejeki..rejeki..rejeki Ramadhan.

 Link aku yang ke 74.

Yeayyy. Ni bukti aku menang. Hihi.

Ikutkan ni kali ke 2 aku menang GA yang penah aku join. Yang sebelum lagi belum ada entry lagi. Elok tersimpan dalam draft. Hiks! Semalam balik umah mak, tengok hadiah dari fiza dah sampai. Weee..suke sangatttt.

1 shawl, 1 tudung bawal, 2 brooch. Siap ada kad raya dari fiza. TQ fiza! Akak sukee sgt. Shawl santekkk. Tudung bawal RANIA, my peberet bawal ever! Sukee sebab tak lembik sgt mcm butterfly. 2 brooch tu kiutttt sgttt. Suke3! TQ lagi skali fiza!

Uols kalau nak hadiah bole ke blog azhafizahdotcom ok? Fiza ada sediakan hadiah utk top commentor tiap 2 bulan sekali.
 

Friday, July 3, 2015

Segmen : Saya Nak Design Kad Raya

Assalam.

Nak design kad raya FREE? Boleh print sendiri tak pun post kat media social.

Jom join!

http://www.azhafizah.com/2015/07/segmen-saya-nak-design-kad-raya.html
 Klik banner untuk join. 3 hari je tau ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah