Thursday, August 27, 2015

Solid Food Darwish | Beras Perang

Assalam.

Darwish dah 7 bulan lebih. Masa dah 7 bulan aritu aku dah introduce 'nasi' kat dia. Tapi aku bagi beras perang. Macam yang kita tau, kandungan zat dalam beras perang lebih tinggi berbanding beras putih. Korang boleh google ye untuk maklumat tu. Takpun boleh klik sini.

1st solid food aku bagi kurma, lepas tu bagi puree buah & sayur. Bole tengok entry sini . Alhamdulillah setakat ni Darwish cuma makan homemade food sahaja. Say no to processed food! Homemade food lebih sihat, lebih terjamin. Sedangkan kita yang besar pun tak elok amik fastfood kan.

Kat sini aku nak share cara buat bubur nasi guna beras perang pulak.


Beras perang aku rendam 8 jam atau lebih. Google untuk info ye.

Tapis.
Sangai dengan api slow, jangan sampai hangit pulak ye.

Then blend sampai halus camni, letak dalam bekas kedap udara simpan dalam freeze.

Kalau nak masak amik je sesudu dua. Macam aku, memang tak masak hari2. Aku buat stok bubur utk 4 5 hari, dalam 4 sudu besar beras yang dh blend ni. Kalau dah buat mcmni, nak rebus nasik nanti takyah amik masa lama dah. Setengah jam dah siap. Bubur ni nanti aku masukkan dalam kiub. Bila nak bagi Darwish makan aku panaskan, campurkan dengan sayur skali. Untuk cara buat puree sayur nanti aku update lain yer.


Tuesday, August 25, 2015

Selamat Hari Wanita 2015


"Selamat Hari Wanita untuk semua WANITA"



Monday, August 24, 2015

Final Raya

Assalam.

Raya dah habis. Tapi harini nak habiskan citer raya terus, sebab tu tajuk "Final Raya". Hahaha. Tajuk tak hengatt kan. So kita sambung kisah raya ok?

 Ini la cucu2 mak ngan abah saya. Sekuntum je bunga yang lain sume kumbang!
Dari kiri kakak nazurah, naufal, haiqal, darwish, danish n zharfan.

Ni gambar masa dorang (family n sepupu2) aku datang beraya kat umah.

 1st time pegang monopod ni. Menggigil tangan. Lol!

 Tuan rumah~

Kesayangan2 beta. Yang kecik dah tido.

Darwish & Arrissa (anak sepupu) masa open house umah mak.

Ni je gambar yang sempat amik.

Ni pulak gambar masa Jamuan Hari Raya Kompleks C. Tahun ni gabung ngan JPA, SPA, JKR, SPR, Peguam n MOSTI buat kat tengah2 parcel C. Meriaahhhh. Macam2 makanan ada.

 Cantik x?Hahaha. Maksud aku camera nye. Ni pakai camera kak ra (kanan). Comei kan? -Sponsored by Oppo-. Lol

Bukan kebetulan..Ngeh2.

Oklah. tu je gambar raya yang ada. Dah boleh clear kat nset. Tahun depan in sha Allah klu dipanjangkan umur kita jumpa lagi. Tak sempat amik gambar ngan fifi masa ni pdhal meja dia belakang meja aku je. Toleh2 dah hilang! Dah la minggu terakhir kt HQ ms tu :(


Friday, August 21, 2015

Solid Food Darwish | Finger Snack Baby

Darwish dah 7 bulan. So mama berbesar hati nak ngajor anak mama makan 'jajan'. Tapi ni yang homemade pny ok. Sayangnya mama tak berapa nak rajin sangat. Mama buat dari roti gardenia kosong je.

 Cookie cutter ni aku beli masa Danish kecik dulu. Konon nak buat kat dia. Nan hado! Terperam sampai kluar Darwish pulak.

 Ada yang panjang2 untuk senangkan Darwish pegang. Seeloknya pakai gardenia yang wholemeal tapi ni je yang ada kat rumah. Ok je la!

 Sapu dengan unsalted butter n bakar.

 Ready to ngap!

 Mula2. "Apa ni, macam pelik je"
 
 "Try rasa sikit la.."

 "Sedap pulakkk.."

Abang skarang slalu jelesz bila mama/papa amik gambar adik. Mesti dia nak menyelit. Tak pun cakap "Alaaa..asyik adik je..abang la pulak.." Kesian. Mama sayang anak2 mama la. Takde beza apa pun. 

Untuk finger snack Darwish ni aku kena pantau jugak. Kena tengok2 bila dia makan. Tambah2 bila buat bentuk bear macam tu. Mula2 makan diisap2nya biskut tu. Bila dah basah/lembik, biskut masuk mulut, bole tercekik. Bagi yang panjang2 tu selamat sikit. Nanti mama belajar buat biskut yang cair di mulut ye? *Hugs*

 

Monday, August 17, 2015

Solid Food Darwish | Puree Buah & Sayur

Assalam.

Bersambung daripada kisah 1st solid food for darwish(klik)

Antara puree-puree yang penah aku bagi Darwish makan sepanjang 6 bulan:

Untuk semua puree-puree ni aku kukus untuk kekalkan zat dia, blend n masukkan dalam bekas kiub ni. Then masukkan dalam freezer. Kalau nak bagi darwish baru panaskan. Kat taska memang bagi ni je. Taska memang tak sediakan makanan untuk baby sebab makanan baby lain-lain, "Ada yang makan buah aje, ada yang makan sayur je". Tu kata penyelia taska.


Friday, August 14, 2015

Sambal Gesek Negeri Sembilan

Ya Ampun!

Jabatan dah block blog2 ke? Sume blogspot takleh nak bukak. Pffftttt. Sume blog2 yang suka bukak takleh nak bukak! Sensaranya rasa. Time lunch ngan pepagi je dapat bukak. Kalau pepagi tu memang tak dapek la. 
 
Sape penah makan sambal gesek angkat tangan!

My peberet ever! Hohoho. Sebelum ni memang tak penah makan. Sejak kawin (tapi rasanya sebelum kawin), mula rasa kat kg papa d, uwan buat. Rasa2..eh2 sedap pulak! Kalau bagi ngan nasik panas2 memang aku makan ngan tu je!

Hamek kau. Ngan lesung batu haku amik! Muahahaha!

7 biji cili api
1-2 biji bawang kecik
Segenggam ikan bilis
Sebijik mangga muda
Garam

* Mangga blh tukar dgn asam limau.
* Soriiii kalau tak dapat nak nyinggah blog2 korang. Jap lagi aku datang terjah yer.

Wednesday, August 5, 2015

Raya Lagi

- Sambutan Hari Raya Bahagian -

Raya tak habis lagi kan? Aku nak sambung kisah raya aku pulak. Sambutan raya kat ofis buat awal sikit tahun ni sebab ada pegawai nak pegi India 10 bulan. Jadi boss nak buat sebelum dia berangkat. Cadangan majlis 27hb masa hari aku naik keje. Memang kelam kabut. Bos pulak bgtau masa Jumaat petang, masa tu dah pukul 4 lebih. Tak sempat nak email apa, bgtau pun dalam whatsapp group bahagian. Pffttt! APTB! Kami yang AJK ni la 'lap peluh' jap.

Cadangan awalnya, nak buat kat luar tapi tak kesampaian. Takpe la. Buat sesederhana yang boleh. GST kan? Wahahaa. Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar jugak, makanan cukup jugak, dalam dok kelam kabut tuu. Taknak la tayang gambar makanan. Menu2 biasa je yang ada masa raya.Lagipun konsep ktorg 'portluck'. Main2 menu bahagikan ikut 'seksyen'. Menu2 sampingan ada yang bawak dr rumah, masak sendiri. Macam seksyen aku, buat laksa penang, mintak mak pegawai kat ofis ni buatkan. Menu2 lain, nasi tomato, laksam, lontong, lemang, rendang, ketupat, kuah kacang, abc, ais krim, buah2an tempatan (termasuk durian) n dessert2.


Papepun, kita wefie dulu okies? :D
 
Boring! Sementara tunggu bos habis meeting, ni la keje ktorg, Perut dah lapau!

 Freestyle!
 
Wefie ngan zue

 tt - tuan tanah

Ngan Kak Liza

Ngan Farah

Dah puas begambar, bos tak habis2 meeting lagi.

 Trend gambar mcm ni dah femes thn lps kan? --Wefie n orang amik gambar dr jauh. Tahun ni nak jugakkk!

Bila majlis mula, ktorg tuju ke satay dulu. Nampak tak kebulur disitu? Hahaha!

Lepas satay, nasi tomato plak. Ni bos yang buat, memang kena rase. Hekhekhek.

Overall, makanan sume sedap2 wlupun ktorg buat dalam kelam kabut. Makan cukup, siap ada yang lebih tapi takde la membazir sebab lebih tu orang tapau bawak balik. Cmane citer jamuan raya kat ofis korg? Best?


Monday, August 3, 2015

Raya 2015

Assalam.

Syawal dah masuk hari ke 18, tapi aku baru nak update pasal 1 Syawal. Melampau tak? Hahaha. Tak pe la. Yang penting ada kan? Macam yang aku penah citer sebelum ni, tahun ni turn beraya kg papa d. Jadi ke nogori la kito! Balik kg sehari sebelum raya. Tak jem pun sebab ikut jalan dalam. Petang berbuka kat Jelebu (kg FIL). Lepas berbuka baru gi kg MIL-Palong 1. 

Siyes! Tahun ni tak banyak gambar pun sebab raya petama aku sempat pakai baju raya tak sampai setengah jam pun. Mihmihmih. Lepas amik gambar yang aku tepek sebelum ni tu, terus salin baju lain. Sebab nak pakai balik raya ke 3. Ada perjumpaan family besar FIL n waris2. Nak sedondon kekdahnya!

 Banner program.

Gambar dipagi raya ke 3.

Family in law

 Yang depan skali uwan papa d.

Kira raya petama, kedua, ketiga aku kat Palong 1. Pagi raya ketiga tu baru gi Jelebu balik. Perjumpaan family tu kat depan rumah uwan papa d je. Agak meriah, siap ada lucky draw bagai. Tapi satu gambar pun aku takde sebab kejap je aku kat ctu. Pastu dok umah uwan papa d, bagi Darwish makan, tidokan dia.

Alhamdulillah. Sepanjang kat kg Darwish ok sangatttt. Tak meragam pun walaupun agak panass sket. Sampai orang pelik, takde dengar nangis pun. Haa...itulah Darwish. Tak banyak ragam. Abang Danish pulak yang manja kemain. 

Raya ke 4 aku ngan family in law ke PD stay kat Glory Beach Resort. Saja bawak budak2 seronok2. Ramai jugak kan yang beraya kat sana. Swimming pool pun penuh. Aku tengok dari atas balkoni je. Takde turun pun. Ktorg stay kat apartment 3 bilik MIL sponsor. Best, besar, selesa. Kalau pegi ramai2 memang berbaloi sangat. Siap ada voucher bfast utk 6 orang. Sori takde gambar jugak. Korang blh google je review Glory Beach Resort ye. Sume apartment sama je aku rasa.

Ada lagi cerita raya nanti aku update Jamuan Raya Bahagian ktorang pulak. Nak letak dalam ni skali panjang lebar pulak nanti. Cukup la setakat ni dulu. Nahh banje 1 gambar adik beradik ni.

 Abang selalu kena buli ngan adik. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah