Showing posts with label taska Danish. Show all posts
Showing posts with label taska Danish. Show all posts

Tuesday, November 29, 2016

Adam Danish : Majlis Graduasi & Konsert Tahunan Si Comel 2016

Salam

26 November 2016
2.00 ptg - 5.00 petang
Dewan Serbaguna Wisma Tani (MOA)

Alhamdulillah. All went very well even papa D takde masa majlis berlansung. Papa D terpaksa bergegas ke JB sebab Pak Teh (adik kepada ayah papa D) meninggal. Aku terpaksa bawa Danish sebab kesian kat dia. Dah berapa hari rehearsal (Selasa-Jumaat), and Danish dah excited sangat nak pegi. Bila mama kata, "abang tak yah la pegi ye?". "Alaaaa..abang nak pegi". Terus lembut hati mama. Aku bukan apa, takut sangat takleh nak handle yang kecik tu. Ikut perancangan awal, aku n papa D nak pegi n tinggalkan Darwish kat rumah MIL, sebab takut nanti sampai time 'meragam' dia taknak dok diam, tak dapat pulak nak concerntrate kt persembahan Danish.

Ni muka redho bila kena pakai seluar tight ;(

Mama dah agak, n mama risauuuu sangat bila teacher bg seluar ni utk pakai masa hari konsert. Mama tau Danish memang tak nak pakai seluar macam ni. Lepas siap2kan dua beradik ni, mama pulak siap2 n solat. Tengok dua2 dah lena kat depan. Bila nak keluar, kejutkan Danish terus menangis taknak pakai. Mama pujuk2, puas jugak. Sampai masuk lif, dalam kereta, kena cakap baik2. Sebab teacher memang suruh pakai siap2 dari rumah. Siap tunjuk lagi baju stand by, "Lepas abang menari tukar terus baju ni" Okeyy. *mama urut dada*

 Masa ni mama doa sangat adik tak banyak ragam.


Alhamdulillah selamat sampai dewan. Walaupun terpaksa gunakan waze. Hakhakhak. Ahkak nebesss tau! Ahkak takut lambat sampai kat dewan n ahkak taktau nak park kereta kat mana. Sana sini merata tau ahkak whatsapp kawan2 tanya mana nak park. Bila sorang kawan ahkak bagitau ada 2 blok moa, ok..ni buat ahkak lagi nebesss. Solution terbaik, waze! Hahaha. Tapi waze jahat sket! Dia bawak ahkak jalan jauh. Nasib baik ahkak tau jugak jalan. Sampai kat blok tu, anak sulung ahkak bagitau "Sini la mama". Okeyyyy. Nape tak bagitau mama awal2 abang tau! Grrrrrrr! Next time kena survey dulu tempat awal2 so bila jadi macam ni, takde la kelam kabut.

Untuk sesi petang ni taska yang terlibat Si Comel KETTHA, Si Comel Motac, Si Comel KPK n Si Comel KKMM. Ni kalau tak silap la. Kalau salah nanti iols update balik. Handphone tinggal kat rumah pulak arini. Sobs :(

 Cerita pasal anak yang sorang ni, mula2 je buat hal sikit. Budak2 memang tak boleh nak duduk satu tempat tu lama2. Dia mula bosan. Salah mama kot, awal2 dah keluarkan dari stroller, pastu Darwish tarik tangan ajak kuar. Siap jerit cakap "Jommmmmm". Timu tu tak mula lagi, so bole la mama layankan. Bawak keluar jalan2 kat luar. Nasib baik bila majlis nak start Darwish behave sangat.

 My unlucky number. Hahaha!

Ni masa nyanyi lagu Negaraku. Dari kejauhan mama nampak anak mama duduk depan skali ngan teacher. Sebelum tu perarakan masuk VIP diiringi pelajar cemerlang dari 3 cawangan Si Comel.

Lepas perasmian n tayangan video aktiviti taska sepanjang 2016, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Acara penyampian hadiah untuk pelajar cemerlang.

Ehemmm..dah tak sabar2 nak naik pentas tu.

Alhamdulillah..Danish terpilih sebagai pelajar cemerlang Si Comel KETTHA.

Untuk sesi petang ni, setiap cawangan taska ada 2 orang pelajar terbaik (sorang lelaki, sorang perempuan) untuk Playschool n Toddler. Means, setiap taska ada 4 orang la pelajar yang dapat hadiah.

 Toddler & Playschool yang dapat anugerah pelajar cemerlang bagi Taska Si Comel KETTHA.

 Danish ujung sekali paling kanan. Mama tak dapat nak amik gambar dekat2 sebab Parents Photo Area memang jauh dari pentas. Mama ni dah la pakai handphone cap hayam je. So gambar memang tak clear. Sobs :(((((

Persembahan pertama Danish. Danish berdiri depan sekali. Sebelah kanan tangga depan stage. Gambar goyang sikit sebab excited buat persembahan. Mama memang tak amik banyak gambar sebab mama banyak amik video. 

Persembahan kedua, Danish depan tangga stage. Yang duduk tinggi sikit tu. Nampak dahi sikit =)))

Persembahan terakhir dr semua pelajar lagu Jumblo Happy! Memang meriah sangat.

 Good job abang Danish! Teruskan kecemerlangan abang. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk abang! 

Siap ada badut.

 Adik Darwish pun nak jugak!! Haha

 Abang Danish & adik Darwish


Mama sayanggggg abang! 

 Danish ngan teachers Si Comel KETTHA

 Dengan kawan baik, Thaqif Ridha. Tahun depan dua2 dah takde kat taska tu. Tak tau bila dapat jumpa lagi. 

 Sijil Kecemerlangan Adam Danish
 
Habuan untuk Danish. Hihi.

Semoga abang Danish terus cemerlang dunia akhirat. Mama sentiasa doakan abang. Mama sayanggggg abang sangat3. Semoga abang jadi anak yang soleh, yang menyenangkan hati mama n papa!










 
 



Tuesday, October 18, 2016

Temasya Sukan Si Comel Kali Ke-9

Temasya Sukan Tahunan Si Comel Kali Ke-7 (Klik sini)

Entry Temasya Sukan Tahunan Si Comel Kali Ke-8 terbengkalai kat draft! Untuk yang ke-9 ni, semoga mama diberi kekuatan untuk habiskan entry ni. Dah 2 bulan lebih dah! Sobs! 

Tarikh   :   6 Ogos 2016
Masa     :   8.00 pagi-12 tghari
Tempat :   Padang Kompleks Kejiranan Presint 16

 Are you ready?!

 Adik setia tunggu abang tepi padang.

Acara pertama, perbarisan dari setiap cawangan taska/tadika SiComel. Satu cawangan mewakili satu rumah sukan.








 Ehemmm..that's my boy! Haha..tahun ke 3 join sukan dapat pegang sepanduk.


 Bacaan ikrar dari pelajar Tadika SiComel.

 Yang ni pulak menari, macam senamrobik la lebih kurang.

Danish masuk beberapa acara. Tapi kalau tanya aku sekarang, memang ingat-ingat lupa dah (sindrom lepas bersalin). LOL. Antara yang ingat, game pertama, 'Boling Kelapa'. Kedua 'Blind ........' ape ke namanya, tapi tutup mata, masukkan bola dalam pintu gol, ketiga 'Lumba Lari 50m' and last 'Tarik Tali'.

Bersemangat nak tarik tali. Pusingan 1 dan kedua menang, tapi bila final kalah. Dapat NAIB JOHAN. Aku ada upload video kat fb, bila tgk balik sedih pulak. Bersungguh2 Danish. Takpe la abang, no 2 pun juara jugak.

Alhamdulillah..dinobatkan sebagai Olahragawan bagi Taska SiComel cawangan KETTHA!



 Selain dapat kulit yang gelap berkilat, Danish dapat ni. Haha!

JUARA hati mama <3

 Antara yang dapat untuk Temasya Sukan kali ni ;')

Tahniah Abang Danish! Mama bangga dengan pencapaian abang. Memang mama nampak minat abang memang ke arah tu, tapi jangan abaikan pelajaran jugak ok? #futuremessageforadamdanish

Sekian.

Tuesday, June 16, 2015

Dapat Berita Baik!

Assalam.

Alhamdulillah. Darwish bakal masuk taska abg Danish start Julai nanti, In sha Allah.

Dari minggu lepas lagi nak citer tapi minggu lepas bz sket tak sempat nak update pape. Jumaat lepas taska SiComel call papa d bgtau Darwish dah bole masuk taska. Yeeehhhuuuu. Hepi sgt! Senang sket la lepas ni hantar skali je. Sedih memang sedih sebab Taska Naliadif tu bagus. Macam yang aku penah citer kat sini. Tapi awal2 aku dah bgtau papa d kalau dapat Taska KKM, nak tolak sebab taska bawah ofis papa d tu sejuk yg amat, ekon kuat! Takut pulak Darwish tak selesa. Tapi kalau dapat taska sama ngan abang, mama ok je! Taska ctu ekon tak kuat sangat. Ok la bg baby.

Yang menjadi masalah skang ni tak tau bila nak bgtau mawan yang Darwish last bulan ni kat Naliadif. Macam2 pulak yang aku fikir bila dah last2 ni. Takut bgtau last minute dorang tak dapat cari pengganti pulak. Kalau bgtau awal kang ala kadar je dorg jaga anak aku kang. Eh! Sampai ke ctu kaww aku pikir! Serba salah skang ni. 

Bila bgtau abang Danish adik nak masuk sekolah dia, aku cakap la:

Mama : Nanti abang tengok2 kan adik tau. Kalau cikgu marah adik, abang bgtau mama (Gelak2 dalam hati menanti jawapan)
Danish : Henset abang mana?
Mama : Nak buat apa henset?
Danish : Ye la..nanti nak bgtau mama, cikgu marah adik.
Mama : Hahahaha (Mama dah tak leh tahan nak gelak)

 Abang dan adik bakal bergabung tak lama lagi ;p

Pssstt..jap lagi mama nak gi skolah abang amik report card exam aritu. Doakan yang baik2 ok. Dah macam nak amik result SPM anak dah ni. Hahaha.

Friday, May 29, 2015

Aktiviti Danish di Taska Si Comel

Assalam.


Awal minggu aritu perasan kat notice board ada tampal ni. Kesian anak i tau dah semangat nak pegi bomba, cancel pulak last minute. Taktau sebab apa. Dah la tarikh kat ctu pun silap. Miscommunication. Gulp. Balik ari rabu aritu teacher kata dah pegi pagi tadi. Danish dengan pakai selipar je, tshirt sukan pun tak pakai. Memang sume parents ingat pegi Khamis. Sudahnya sume yang dari Taska Si Comel KETTHA tak pakai baju sukan.

 Ni gambar masa gi Muzium Alam Semula Jadi tu. Satu ni je gambar Danish yang ada dalam fb Si Comel.

 Aktiviti pagi ni, belajar solat dhuha. Alhamdulillah.

 Danish depan 4 dr kanan.





Lepas belajar solat, belajar Iqra' pulak.

 Dah kenapa masuk tangan dlm mulut pulak bang?


 Kalau Danish kena panggil jawab kat depan taktau la boleh jawab ke tak. Haha. Caiyok2 abang! (Ni bukan gambar danish)
Ni pulak utk aktiviti minggu depan. harap2 tak lupa la nak bawak. Seronok pulak tengok ada macam2 aktiviti. Tak la budak2 boring.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah