Tuesday, October 18, 2016

Temasya Sukan Si Comel Kali Ke-9

Temasya Sukan Tahunan Si Comel Kali Ke-7 (Klik sini)

Entry Temasya Sukan Tahunan Si Comel Kali Ke-8 terbengkalai kat draft! Untuk yang ke-9 ni, semoga mama diberi kekuatan untuk habiskan entry ni. Dah 2 bulan lebih dah! Sobs! 

Tarikh   :   6 Ogos 2016
Masa     :   8.00 pagi-12 tghari
Tempat :   Padang Kompleks Kejiranan Presint 16

 Are you ready?!

 Adik setia tunggu abang tepi padang.

Acara pertama, perbarisan dari setiap cawangan taska/tadika SiComel. Satu cawangan mewakili satu rumah sukan.








 Ehemmm..that's my boy! Haha..tahun ke 3 join sukan dapat pegang sepanduk.


 Bacaan ikrar dari pelajar Tadika SiComel.

 Yang ni pulak menari, macam senamrobik la lebih kurang.

Danish masuk beberapa acara. Tapi kalau tanya aku sekarang, memang ingat-ingat lupa dah (sindrom lepas bersalin). LOL. Antara yang ingat, game pertama, 'Boling Kelapa'. Kedua 'Blind ........' ape ke namanya, tapi tutup mata, masukkan bola dalam pintu gol, ketiga 'Lumba Lari 50m' and last 'Tarik Tali'.

Bersemangat nak tarik tali. Pusingan 1 dan kedua menang, tapi bila final kalah. Dapat NAIB JOHAN. Aku ada upload video kat fb, bila tgk balik sedih pulak. Bersungguh2 Danish. Takpe la abang, no 2 pun juara jugak.

Alhamdulillah..dinobatkan sebagai Olahragawan bagi Taska SiComel cawangan KETTHA!



 Selain dapat kulit yang gelap berkilat, Danish dapat ni. Haha!

JUARA hati mama <3

 Antara yang dapat untuk Temasya Sukan kali ni ;')

Tahniah Abang Danish! Mama bangga dengan pencapaian abang. Memang mama nampak minat abang memang ke arah tu, tapi jangan abaikan pelajaran jugak ok? #futuremessageforadamdanish

Sekian.

3 comments:

Julia Johari said...

Terharu auntie juju tengok...banyak ye piala abang...alhamdulilah...tahniah sgt, cemerlang sungguh abang tau...semoga dipermudahkan urusan sekolah pada masa akan datang...comel adik abang tu tunggu tepi padang semangat tau...lama tak jumpa mama dalila ni...harap sihat selalu.

Julia Johari said...

Auntie juju baca entry kali kedua...sebak plak tau...hahahha sebenarnya auntie membayangkan kalau auntie di tempat mama tu...mesti nak nangis...auntie dah nangis laaa huwaaaaaa awak sgt berbakat!

FarahFerraDotCom said...

wahhhh banyaknya hadiah danish dapat.. Tahniah sekali lagi dila.. adik pun dah besar dah.. lama btl farah tak bw nie..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah