Wednesday, January 29, 2014

Sekadar Perkongsian | Kesan Buruk Makan Mee Segera

Assalam!

Hari yang tak berapa nak wordless sangatt. Aku nak share apa yang aku baca pagi2 tadi. Buat yang suka makan megi tu elok la baca. Bukan la aku kata tak bole, elok la kurangkan. Aku tahun ni, tak penah lagi makan megi. Memang jarang makan sebab tau tak elok. Tapi masa peknenkan Danish masa awal2 trimester dulu ada jugak makan sebab tu je yang lalu =p


Benarkah Ini Kesan Buruk Makan Mee Segera? | Negri! Mee segera atau lebih dikenali sebagai megi merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

 Buah pinggang yang rosak

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?

Sumber: Fuh.My

Ni aku copy paste je. Ok la nak wat keje. Till then. Bai!

Tuesday, January 28, 2014

Rayyan (4) & Mia (3) Birthday Party -- Mickey Minnie Mouse Theme

Assalam!

Sabtu kan aku pegi sini. Ahad plak ktorg dapat 2 invitation to besday party. Tapii sedey dapat gi satu je! Sorang anak bff aku yang aku kenal dr kecik lagi--Nadia, kami membesar bersama. Sorang lagi anak officemate yg jugak sorang blogger fifi! Ampun babe, xdapat datang besday ufairah! Tahun depan peliss buat lagi!

Invitation card dari ibu ufairah, fifi.

Ni pulak invitation card dari mama rayyan n mia--Nadia. Nadia buat utk 2-2 org skali.

Wahh..hebat la hgpa. Besday skang pun ada invitation card! Dolo2 aunty kawen je ada invitation card ;'(

First, sori beribu2 lori utk ibu ufairah sebab tak dapat datang. Tapi aku dah bgtau dh sebab2 xdapat attend masa ibu ufairah call semalam. Kita tunggu update dr ibu ufairah pasal party ni okeh! Aku dah tgk gambar kat fb, tapiii xpuas. Nak tengook kat blog jugak!!

Ok, citer pasal besday rayyan n mia, aku gerak dr umah lps Zohor. Sampai je dah ramai dah orang. Kawan2 mei--papa mia rayyan may be! Mak abah kakak2 aku belum sampai lagi. Wat muka xmalu je, duduk trs amik makanan. Yang Danish sibuk nak belon.

 Oh ya. Sebelum masuk umah ada guest book corner. Omei ngat!

 Tema : Minnie Mickey Mouse!

Ada cupcakes, cheesetart, apam warna warni, coklat fountain pun ada.

Coklat yg comei lote' ni dari Balqisyia's Choc Shop. Ohsem sgt!!

 Rayyan n Mia potong kek.

Last, sebelum balik amik gambar ramai2 dulu. Family aku je penuh umah Nadia. Hohoho!
Oh, Nadia yang pakai shawl kaler merah paling kanan skali.


Konyang gila! Aku makan mee, soto, cheesetart, kek, coklat lagii. Sume benda yang menggemokkan. Hancur diet aku! Timer kasih tuan umah! Tak sabar nak tggu update dari ibu ufairah pulak. Sure meriah jugak. Nak kipnap gambar dr fb fifi macam kejam plak. Tak pe. Kita tggu je ok?

Untuk ufairah, mia n rayyan, aunty doakan korang jd ank yg soleh & solehah, yg mendengar kata mak & ayah. Moga korang membesar dgn sihat dan bijak. Muahh muaahhhh..

Monday, January 27, 2014

JJCM - Jalan2 Cari Makan & Jalan2 Cuci Mata ;)

SALAM..

Lemau je rasa peppagi Isnin ni. Layan gambar je la ye? Aktiviti Sabtu lepas. Ktorg pegi IKEA. Aku pegi ngan akak aku, abg ipar n anak dorang. Papa gi Kuantan pagi tu. Haa kalau dah gi ikea tu tak sah la kalau tak makan meatball kan?

Nahhh...

Ni aku punya. Ade 14 je. 1 lagi dah selamat masuk dalam perut! Hoho

Danish makan ni..pasta+meatball RM7.50

Kakak Nazurah share ngan abah dia 'Rusuk kambing (ape ke namanya ntah) RM19.90. Sodapp!!

Kakak aku amik meatball jugakk.

 Chicken Wing share-share

Tengok budak 2 orang ni. Sempat lagi begusti atas katil ikea ;')

Thursday, January 23, 2014

Ingat lawak ke?!



Ape yang lawaknya?
Takde lawaknya la dik oii
Pffttt. Bende cmni pun bole wat gurau!


Wednesday, January 22, 2014

Jalan-jalan @ i-City

Assalam.

Kisah bersambung dr entry lepas!

Malam macam yang dirancang ktorg pegi iCity. Malu nak citer! Kitorg sesat tau! Hahaha! Lawak2. 2 kali pusing xparasan plak jalan masuk ke iCity tu. Pdhal kalau ikutkan kat pamplet hotel 3km je ke icity. May be sebab gelap *ok, alasan*.

Dari dalam kete Danish dah excited bila nampak lampu2. Mama Danish lagi la excited! Hikhok! Dah lama tau nak pegi, tak pegi2! 1st n last pegi masa mula2 bukak dulu. Skang memang dah lain arr. Dulu xde snowalk, xde red carpet, xde umah antu kejadah ke. Pegi nengok lampu semata, balik! Haha!

Mulut ngomel tu asik la cakap,
"Uhh..antinye.."
"Cantik la"
"Woww..cantiknya"


Ni bukan gadoh, nak suh pandang camera pun payah!
Camana mama nak masukkan dalam blog?! Haiiyaa.. Haha!

Danish & papa. Haa.. ni ok plak. Siapp peace lagik!

K.A.M.I..bestfriend!
*touching*


Fine!!
*peace tapi xtoleh*


tengok la mulut kepoh mama. Hahaha


Sebelum balik ktorg naik ni


v


v


v


Masa ni mama la paling happy. Lama weyh xnaik benda ni! Skali skala jadi budak2 apa salahnya kan? Senangg je! Jadikan anak sebagai alasan! Cornfirm dapat naik! Hahaha.


Pagi ktorg bfast kat Hailam Kopitiam. Bukan la buffet yg mewah2 tu. Hotel ni pun hotel budget je. Ade set2 yang kita bole pilih. Disebabkan ktorg dok family room, maka utk bfast ktorg dapat 4 voucher. Dapat la amik 4 set makanan. Sedap2 jugak tp xsempat amik gambar sume dah ngap =p


Dah makan balik bilik siap2. Kul 11 cmtu weols checkout. Ingat nak mandi kat WetWorld tapi tak jadi. Malas pulak! Nak pegi icity waterworld tu lagi la xberbaloi. Confirm2 la aku ngan papa kena mandi tempat kids. Lain la kalau ada family lain. Hoho.

K la, till then!


Bai!

xoxo

Thursday, January 16, 2014

Review Hotel de Art Shah Alam & Big Brother, Seksyen 7 Shah Alam.

Assalam.


*entry ni akan menyebabkan anda sakit mata, sebab gambar terlalu padat!
*entry ni agak panjang lebar
*sila skip jika bosan!

Dr pg dok main candy crush je! Dah lama 'gila' aku ni hilang. Tuari dok stuck kat level 210. Dekat sebulan kot. Ni dah lepas, hazab kat level 213 plak. Bengang aku! Aku rs level tu cam senang tapiii xlepas2! Tensi!

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak cerita pasal percutian (percutian ke?percutian manja2 gitu). Hakhak. Dokat je! Short vacation, short distance! Sumenye short gara-gara cuti dah xdo! Aku book hotel ni dah lama, kunun-kununnya untuk celebrate anni. Beli voucher kat MyDeal. Murah je! Masa tu aku ada 2 pilihan. Kat de Art ni ngan kat PD kot. Aku terpaksa pilih de Art sebab bole pegi Sabtu-Ahad (sebab time tu cuti dah xde). Lagi satu memang dah lama nak bawak Danish gi i-City. Jeles tau asyik tengok korang je bawak anak memasing! I pun nak jugak~~

Lagi satu, sebab dah bosan asyik pegi PD je, n kalau pi PD pun time tu mesti packed sebab coti skolah kan!-ok cancelled PD!


Patutnya ktorg pegi bln lps, few days after anni. Tapi sebab aku ade review yg aku citer kt sini dulu, percutian ni terpaksa cancel last minute! Nasib date bole postponed ke tahun ni. N kalau aku tau la kena pegi tahun ni, baik aku pilih hotel yang best2, jauh2, cuti lama2. Kann kann kann. *Sigh*


Sabtu lepas Zohor br ktorg gerak. Sebab dekat je xkisah la kan.

*Selfie*
Macam cantik je..macam comel je! Hikhok!

Omei ngat decoration hotel ni.

Mama sibuk checkin, Danish pun sibuk la lalu lalang.

Suke la bila dapat bejalan!

Theme~Hello Kitty!
Ok, kat de Art ni ada 58 bilik yang berbeza theme n design. Bole pilih tau nak theme apa. Ok later i update pasal ni ok!

Disebabkan theme hello kitty, penuh satu bilik ngan hello kitty! Kiri Kanan Depan Belakang sume hello kitty. Lampu sume hello kitty. Tapi xde la serabut. Aku rase comei je. Hikhik!

Tengok tuu.. bukan main suke lagi!! Dah macam hello kitty dah mama tengokk! Haha

Suke tau bila dapat katil yang gedabak besar!

Weols dinner awal. Kul 6 lebih dah kuar sebab plan lepas Maghrib nak gerak gi iCity terus.

Makan malam ktorg kat sini! Big Brother! Yeay..yeah! Western food!

Kedai ni simple je. Jom tengok apa yang menarik!










Sementara tggu makanan siap, Danish tengok bideo dulu!


Ni aku punya, Au Gratin Chicken Char Boiled RM 17.90
Bagi aku, aku jer. Sedapp. Tapi sauce black pepper dia masin gila kot. Tapi abis jugak!~


Papa punya, Char-Boiled Lamb Chop Tower RM 20.90
Papa kata daging macam liat, tapi bagi aku ok je. Sos yang sama dengan aku punya Au Gratin, so..masin~~


Danish punya, Creamy Macaroni kot namanya, RM 10.90
Macam rugi sket amik. Portion makdatuk besar, macam xsesuai utk kiddos, terlalu creamy. Danish tak suka, makan bape ketul je macaroni tu may b sebab xsedap n sakit mulut (ulser).

Tapi masa ni xtau lg Danish ada ulser. Patut la tamau makan! Aku plak pegi orderkan yang ni. Ingatkan dia nak sebab slalu ok je kalau bagi macaroni ke spaghetti. Ok la..aku ada kerja sket. Petang kang aku sambung~

Kbai!

Wednesday, January 15, 2014

# Wordless Wednesday # Hotel de Art, Seksyen 7 Shah Alam..

Assalam.

Sabtu lepas ktorg stay kat sini! Esok cerita, arini tak sempat dah!

Danish teruja tengok Hello Kitty sana sini!

# Wordless Wednesday # Danish Ulser

Assalam.

Sedey!

Danish demam Isnin tuari. Package skali ngan ulser dalam mulut. Patut la dr mggu lepas tamau makan. Ahad br prasan. Susu tamau. Makan nak tapii bila pedih nangis! Sian sgtt. Bila letak ubat nangis! Sedey sgt tgk dia. 


Macam2 makanan dah umpan. Sume makan sket2. Bila pedih meraung.

Akhirnyaa..ni je yang jadi pengubat. Eskem vanila.

Kul 3 pg td Danish tejaga nak eskem. Sian aku tgk. Aku bangun, bagi. Makan la dia atas katil. Nak bukak lampu, tak nak. Abis jugak la sebekas tu.

Aduhh. Kalau kita kena pun hazabnya rasa tambah la budak kecik kan. Sian sangat. 

"Ya Allah..berilah kesembuhan kepada anakku..andai sakit itu bisa dipindahkan kepadaku sesungguhnya aku rela menanggung kesakitan itu Ya Allah.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah