Wednesday, April 30, 2014

# Wordless Wednesday # Lunch @ Slero D Timur, Ayer@8

Assalam.

Ok. Citer lunch Jumaat lepas. Nasib gambar tak leh rasa basi kan? Kalau tak memang blog ni dah penuh ngan lalat tau. Aiseyy. Sebenarnya ni kali ke 2 aku makan kat sini. Sebelum ni penah buat makan2 kat sini sempena jamuan perpisahan Timbalan Pengarah Bahagian ktorg-entry xsiap lagi. Hihu. Slero D Timur terletak kat Ayer @ 8, Presint 8. Tempat abru lagi sebab banyak kedai dalam proses baru nak bukak. Kalau jumpa kedai Teh Tarik Cafe, turun tangga tepi dia baru jumpa cafe ni. Ramai dah blogger yang dah sampai sini. Kedai menghadap tasik Masjid Besi.

Pla Neng Manao (Siakap Stim) 4/5*
Ikan siakap aku kureng sket tapi kat sini memang BESTTT!

Kung Obney (Butterprawn) 4.9/5 *
Ober betul sampai 4.9 bintang! Kakaka. Tapi siyesss, rase nak tambah sepinggan lagik ;P

Tom Yam 4.9/5*
TERBAEKK lah! Siap ada api kluar. Hahaha. Kena betul ngan tekak aku tapi bagi yg xsuka pedas baik bgtau awal2 kurangkan pedas sket.

Air

KanaPlakhem (Kailan ikan masin)
-Tiada dalam gambar-

Perghhhh..nama kanmahen lagik. Berbelit lidah nak nyebutnya. Hahaha. Tapi siyes sodapp. Try la try la. Hikhik.


Tuesday, April 29, 2014

Taska Baru Danish

Assalam.

Arini last day Danish kat Taska Permata Tasneem. Esok taska tutup untuk bg laluan kat pengurusan baru nak renovate dalaman taska. Aku dah tepon mak tadi bgtau esok nak antar Danish kat sana. Sonang ati den. Nasib omak dokek yoo ;D

5hb ni bermula la pengurusan Taska Si Comel. Nampak gaya macam HEBAT je. Antara taska yang terbaik. Ok la kot. Tapi yang sayangnya, Danish tak dapat nak merasa masuk taska tu. Ada rezeki yang lebih baik. Hihuu. Danish dah dapat taska yang bawah opis papa. Memang makin senang la. Mulai Jumaat ni, keje papa la pulak ngantar ngan amik Danish. Aku pulak kena bawak kete. Adusshh. Pepagi antar dorang dulu, ptg amik pulak.

Cuma 1 je yang merisaukan aku. Aku takut dia melalak pulakk antar taska baru ni. Tapi skang ni bila tanya "Nak skolah baru tak?" "Haa..nak solah baru" Kalau betul la tak nanges, lapang la hati aku.

2-3 minggu ni taska tasneem memang wat hal aje! Tension kadang2. Nak tak nak je jaga. Hari2 dtg lambat, parents beratur je depan pintu taska. Pagi tadi aku lambat sampai 8.10 baru bukak. Lepas ni Taska Tasneem memang tggl nama je lah. Harap2 taska baru danish nak masuk ni ok la.

Monday, April 28, 2014

Mini Reunion @ Wedding Farida Fatima

Assalam.

Sabtu lepas aku attend wedding kawan skolah dulu. Dapat la jumpa kawan2 lama yang dah sepoloh taon tak jumpa.  Aduhaiii. Rindunya kat dorang sume. Walaupun selama ni dok aktif dalam group wassap je. Tapi tak ramai yang datang. Sume jauh2. Wedding kat Kajang yang berdekatan je dapat pegi.

 Ex-classmate yang make-up kan. Adek sendiri tak nak tebal2. Ok! Adek sgtt comeii. Oh! Farida ktorg panggil adek dr skolah lagi. Sebab kecik. Kot? Hihi

'Selamat Pengantin Baru Farida & Arif'

Antara yang datang, kiri Mastura, Mimi, me n Shada.

Ohsemmm!!
Present ni ktorg share ramai2 dalam temporary group wasap. Mintak Shika belikan. Hadiah dr Aino Living Store.

Balik tu singgah Tesco bagi si bujang ni main game.

Ko mampu pegi Tesco berbaju kurung? Hahaha.

Selamat pengantin baru buat Farida & Arif. Semoga Bahagia hingga ke Jannah.

Entry pendek. Ok lah korang. Ada keje nak buat. Nanti aku datang melawat ye!

Bai.

Friday, April 25, 2014

Women and Accessories.

Assalam.

Hai korang.

WANITA dan Aksesori memang tak dapat nak dipisahkan kan? Aku dulu sebelum kawen pakai la jugak segala aksesori ni. Tapi skang ni, dah ada anak memang payah la. Anak dok tarik2. Masa Danish kecik lagi la. Aku bukak segala barang kemas yang aku pakai bila satu hari tu aku prasan lepas mandikan dia abis berbirat badan kena gelang. Hadoii.

Skang anak dah 2tahun, dah bole mandi sendiri (ok, tipu!), aku dah start nk carik2 aksesori nak pakai. Aku suke bracelet. Tapi yg simple je. Yang banyak juntai2 tu pun ok je. Pakai ikut kesesuaian majlis. Ngeh2.

Tadi tgk kat website ZALORA. Macam2 hado. Ade byk aksesori dr barang kemas, sunglasses, shawl, spi la ke brooch. Cantik2 hoii.

Suke sgt bangle ni. Simple je kan..? Tapi cantekk.

Siyes suke yg ni. Kena la pulak ngan tema raya thn ni. ;P

-Rantai-

 -Brooch-

Macam2 aksesori lagi ada. Bole tengok kat link bawah ni yer:


Thursday, April 24, 2014

Tudung Bawal SWEET..


Assalam.

Dengan ini aku nak perkenalkan produk 'Mammadanish Hijab Wardrobe'. Setakat ni baru ada Tudung Bawal Printed. Next, in sha Allah akan tambah macam2 produk lagi macam shawl, wideshawl, halfmoon, inner magic, inner neck & macam2 lagi. Nantikan ok? Untuk permulaan ni aku nak buat PROMOSI PEMBUKAAN "Mammadanish Hijab Wardrobe". Cuma tinggal yang ni je. Yang lain dah LICIN. (Syukur Alhamdulillah). Harga tak masuk postage. Add RM6 untuk postage ;)


-Sweet Daisy-
RM15
Harga Promosi Pembukaan RM10 sahaja!! Antara yang HOT.

-Sweet Roses-

RM15
Harga Promosi Pembukaan RM10 sahaja!!

Sweet Songket

RM15
Harga Promosi Pembukaan RM10 sahaja!!

Selamat mencuci mata yer..

Berminat boleh WhatsApp 013-3564454.

-xoxo- 

Untuk update terkini boleh ke blog baru saya di Dalila Hijab Wardrobe





Wednesday, April 23, 2014

# Wordless Wednesday # Teaser

Assalam.

Alahaiiii. Masa betul2 mencemburui aku. Hakhakhak. Tak dapat nak update pape. Cume nak bgtau aku sekarang tengah berjinak2 dalam bisnes. Doakan aku ye. Nanti ada masa aku update apa yang aku jual. Wat masa ni ada gambar ni je. Stok macam goreng pisang panas. Semalam je 2x aku amik stok. Pffttt... Tapi aku betul2 bersyukur dengan rezeki yg Allah bg ni. Moga dalam hati ni sentiasa ada perasaan jujur dan ikhlas dalam berniaga. Doakan sy ye kawan2.



Tuesday, April 22, 2014

Makan-makan & Celebrate Besday Papa @ Kelab Tasik

Assalam.

Al kisah sabtu yg lepas, kitorang celebrate besday papa kat Kelab Tasik Putrajaya. Kat jeti dimana terjadinya candle light dinner sempena 1st anniversary kitorang dulu. Bezanya kali ni lebih ramai. Aku panggil sume family aku. PIL je tak dapat join sebab ada urusan kat Melaka.

A BIG thanks to Siti n Ika. Which is, tanpa dorang plan ni mungkin tak menjadi. Ko gila nk celebrate kat atas jeti kelab tasik tu tengah2 hari buta? Dorang staff kelab tasik, jadik senang! A BIG thanks to my 2 sister too. Yang sorang tlg belikan Dominos. Yang sorang lg tak dapat masakkan spagetti@macaroni sebab cerry berry. Kikiki. Tapi gagahkan jugak diri untuk datang :P

Panjang pulak nak citer camana aku n 2 sister with 2 cousin planning utk wat surprise kat papa kali ni. Makan masa 2 minggu jugak. Kakaka. Aku jugak terpaksa wat backup plan. Takut2 hari kejadian tu hujan, memang takkan menjadi la. Terpaksa la wat kat umah aku je.

Tapi alhamdulillah. Ia terjadi dengan jayanya walaupun ada sedikit kesilapan teknikal. Bagi merealisasikan plan A, aku ajak mak (abah ada perjumpaan askar pencen) tido umah aku. Papa yang suh ajak (dalam hati, aku tepuk tangan sebab memudahkan keje aku nak ajak papa gi kelab tasik. Ngeh3) Ok. Mak setuju ajer lepas aku cakap petang tu senang nak gi kelab tasik. Cehh. Mak pun komplot skali. Kikiki.



Kek yang dah cedera parah. 

Sementara tggu papa parking, ktorg turun kat jeti dulu. Habis kek tu! Nasib tak terbalik! Hahaha. Ngan dukung Danish..ngan bawak kek. Camni la jadinya. Anak bujang tu siap jalan lambat2! Tensi makk! Ok ya, kek tu aku dah suruh ika beli siap2. Sampai kt kaunter kelab aku bwak turun gi jeti trs.


Ketibaan besday boy. Gegege

Aku tak tau papa terkejut ke tak. Tapi aku rasa dia dapat syak. Dah kau ajak dia pegi Kelab Tasik panas2 terik, tak ke PELIK namanya tu?? Hakhakhak. Plan asal kitorang nak wat petang, tapi Siti terpaksa balik kg petang tu. Ika pulak ada hal. Hadoii. Nasib mak ada kat rumah aku. Ok, pelan2 aku wasap dorang kat group kata lepas Zohor gerak gi sana. Alasan aku, nak bawak mak jalan2 kat kelab tasik. Huihuihui. Aku tak tau papa caye ke tak. Lantaklah. Pastu sebab tghari kan, akak aku yg cerry berry tu tak dapat pulak masakkan utk ptg tu. Jadinya, berangkutlah aku lauk pauk yang masak tghari tu. Dengan alasan, umah mak tak de air, jadinya lauk2 tu nak bg dorang bawak balik trs nanti. Kononnye gi kelab tasik ni saje nk lepak2 (macam aritu. bole klik sini untuk entry riadah di kelab tasik) n hantar mak kat dorang. Cisss. Aku tak tau nak wat alasan apa. Kire jadik je la alasan bodo2 ni. ;P

Kek Tiramisu dari Baker's Cottage. Sodappp. Tak yah 'ResepiRahsia' sgtt. Kakaka.
 
 Iteww pun nak jugakk.  Tapi itew nampak demok je (-__-)

Dominos. Tapi sayang, agen dominos lambat sampai. Besday boy dah sampai dulu. Kekeke.


Sesi melantaks.


Angin sepoi2 bahasa. Ececece ayattt. Hahaha.

Pagi tu aku sempat buat Kek Batik Cheese lagik untuk bawak skali. Lauk2 yang ade, kari ikan tenggiri ngan ketam masak lemak cili api. Santai abis la macam berkelah pulak. Abis licin. Sume pakat lapar2 nasib ai bawak nasik. Hihu. ;P


Budak ni skang tengah mood xbape nk selera makan. Nasik goreng tu pun makan 1-2 sudu je.


 Dah view cantekk. Rugi la kalau tak bergambo kan? Hehe.

Till then.

Bai

Monday, April 21, 2014

Nak HEADER baru..bole tolong tak?

Assalam.

Ada sape2 bole tlg x? Aku tgh mencari2 orang yg blh design kan header. Pelisss. Bape minggu lps aku ada email bape orang yg ada amik order wat header. Tapiii sampai skang xreply.

Korang wat sendiri ke? Terrerrrnye korang. Header aku skang ni pun aku amik dr photogrid je. Mihahaha. Sume nk keje senang kan? Hak3. Tapiii siyes aku skang tgh mencari orang yg amik tempahan header.

Kalau korg tau @ korang memang amik order wat header blh comment kat bawah atau email aku  kat dalila_5650@yahoo.com.my yer. Ok. Syg korg ketat2!


Friday, April 18, 2014

Happy Birthday Dear Hubby!

Assalam.

Semalam besday cinta hati saya. Hihu. Harini baru nk up entry kan? Semalam aku EL. Ada problem ngan taska Danish. Nanti la aku citer kan. Entry ni kan utk papa, wat pe nak semak2 kan ngan masalah kt taska Danish tu.

Happy Birthday papa..

Semoga di panjangkan umur, 

diperluaskan pintu rezeki, 
diberi kesihatan yang baik, 
semoga dengan bertambahnya usia akan menambahkan lagi keimanan kita kepadaNya.
(copipes dr fb =D)

Disebabkan si suami xsuke bergambar macam si isteri dan anak, kite tepek je la gambar bertiga. Hihihi.



Wednesday, April 16, 2014

Peramahnye Lahaiii..

Assalam.

Semalam balik dr umah MIL ktorg terus gi Chop n Steak, Seri Kembangan. Ada orang mengidam nak makan Western. Gegege! Tapi kali ni aku tak amik gambar langsung pun. Kalau nak tau ape yang best kat sini, acer kome carik je 'Chop n Steak' kat kotak 'search' blog ni. Ok?

Meja kitorang dekat ngan cashier. Time ktorg melantak Danish tak nak. Mengamuk nak nasik. Mana nak carik nasik kat situ?? Last2 dia dok la berdiri kat tangga kat tepi tempat cashier tu. Makan tak nak, minum tak nak. Merajuk terus! Brader cashier tu dok lalu lalang ctu. Lalu je tegur la Danish.

Cashier : Hai
Danish : Hai

Lalu lagi..

Cashier : Hai
Danish : Hai

Aku ngan papa tengok2 la jgk. Takut dia gi jauh plak. Pastu brader cashier tu datang dekat Danish.

Cashier : Hai
Danish : Hai (lagikk)
Cashier : Nama sapa
Danish : Adam Danish
Cashier : (Blur)...dengar Danish je..Berapa tahun ni?
Danish : Satu taun
Cashier : Satu tahun? Pandainye cakap.
Mama : Dua tahun la..(dalam ati, memandai je anak aku ni..haha)
Cashier : Adik makan apa?
Danish : Nasik
Cashier : Nasik apa?
Danish : Nasi lemak
Cashier : Nasik lemak? (sambil ketawa)..Mana ada nasik lemak kat sini..Adik minum air apa?
Danish : Air...
Cashier : Air apa?
Danish : Air.. (dah malas nak layan bila nampak kucing datang dekat..dah standby nak menjerit.Hahah)

Aku kadang tak tau la nak cakap apa. Segan pun ada. Danish rajin betul menegur orang yang lalu kat dia. Macam semalam masa nak naik umah MIL nampak orang naik motor. Orang tu tgh parking, Danish tegur:

Danish : Pacik..naik moto ke?
Pakcik : Iye..

Pagi tadi pun, masa tggu papa kat bawah opis. Aku bukak tingkap. Danish rajin la kuarkan kepala tgk2 luar. Sorang brader lalu, Danish tegur:

Danish : Hai
Brader : (Tekejut..Dua kali toleh)..sambil senyum..mesti dia pikir, sape la pulak yang panggil aku ni. Hahaha!

Aku bukan apa, takut orang yang dia panggil tu kata mak pak dia pulak yang menggatal suh panggil. Yang menjadi masalah, klu dok ngan mama, rajin la plak dia menegur pakcik2 (lelaki). Kalau dok ngan papa, rajin la plak dia menegur makcik2 (pmpuan). Papa pun naik segan papa kata. 

Kat bawah opis aku ni pulak rajin la pulak dia menegur polis bantuan yang jaga kat bawah ni. "Polis..polis" dia panggil. Hai la anak..mama rasa mama tak de la peramah sangat. Mama PEMALU. Hahaha. Phuiii. Tak kan ikut papa kot? Grrr...Lariiiiiii.






 




Segmen Jom Blogwalking By DayangDeno

http://www.dayangdeno.com/2014/04/segmen-blogwalking-by-dayangdeno.html

Klik banner untuk join ;D

Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge  :)

Tarikh tamat segmen pada 11.59pm, 1 Mei 2014

Monday, April 14, 2014

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM


http://www.dianarashid.com/2014/04/1st-giveaway-by-dianarashidcom.html

Klik banner untuk join ok?

Tarikh tutup penyertaan pada 1 Mei 2014 jam 12 tengah malam.

Senarai hadiah bole tengok sini

FM dari Umi Qi

Assalam.

Jumaat lepas i dapat parcel. Dup dap dup dap. Hikhik. Ober tau! Baru dapat parcel nk dupdapdupdap! ;P Aku bg alamat opis. Aku rasa dah sampai awal tapi sebab awal minggu tu ktorg busy KIK jadinya parcel tu tak sampai la kat bahagian aku ni. Tapi tak pe la. Asal sampai. Hikhok!
Ni diaaaa..apekah??

Bukak2 tgk ni...yeahh..hadiah dr umi qi dah sampai. Yuhhuu. Aku dapat hadiah ni dr umi qi sebab menang wish besday umi qi bln lepas. Ada la beberapa org lagi. TQ umi qi. Danish suke sgttt FM upin ipin tu. Umi qi siap bagi note book lagik. Senang nak letak dalam handbag kalau travel umi qi kata. Baik umi qi. Lepas ni tak de la lupa2 lagi kalau pegi mana2. Hikhik.

Ni wish aku utk umi qi.

Ok lah korang. Ada keje nak kena settlekan.

Till then, Bye!

-xoxo-

Friday, April 11, 2014

Salam Jumaat

Assalam.

Alhamdulillah. Hari ni baru dapat update. Dua hari aku sibuk ngan Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif jabatan. Aku ngan 2 orang lagi (zue n ain) diberi kepercayaan utk jaga masa. Tapi aku malas nak citer pasal KIK tu kat sini. Ktorg makan hati tau! Baik lagi jadi AJK Makanan macam masa Pra KIK dulu. Sobs sobs sobs!

Takpe la kan. Kita dah tunaikan tanggungjawab. Orang nak ketepikan kita ke, anggap kita ni tak penting ke, rasa kita salah ke, tak penting dah. (I is SEDIH!) Dah-dah la. Sume dah settle!

Moga mereka2 bahagia dengan urusan mereka. Ni je gambar ktorg be3 yang ada. Sebab ktorg tak dapat duduk sama pun walaupun ditugaskan jaga masa sama2 (Again, sobs sobs sobs). Dah la malas dah. Kalau macam ni tahun depan tak jadi AJK pun tak pe :'(

Kami yang berkecik hati :'(

Monday, April 7, 2014

Adam Danish

Salam Isnin korang.  

Tak tau nak wat entry apa. Tak leh nak panjang2 nak settlekan keje sket. Letak gambar Danish je la ye  ;')

Ujung bulan lepas--papa belikan spec baru.

Selfie di pagi hari ;D

Petang Jumaat lepas. Bawak main playground.

Sabtu--MasyaAllah. Comot gle. Siap makan eskrem pakai tangan!

Semalam--dapat skill baru. Nak gugur jantung tgk!

Friday, April 4, 2014

Kek Batik Cheese

Assalam.

Sebelum ni aku penah wat tapiii tak menjadi. So takde la aku masukkan kat sini. Kang ada plak yang ikut, tak menjadi jugak matik aku! Hahaha! Barang beli dah lama tapi nak wat takut2 lagi. Takut failed kali ke 2. Tapi setelah di tanya pada yang pakar, aku dah tau kesilapan aku, may b:

a) bahan nak buat cheese dlm keadaan basah
b) whipping cream - tak letakkan dalam suhu bilik @ salah bli whipping cream @ sebab masukkan banyak sgt.

Ok, untuk pengetahuan korang, (kalau aku salah peliss betulkan sebab aku pun tak de la reti sgt) whipping cream ada 2 jenis. Dairy n Non Dairy. Untuk pencerahan bole klik blog kak ita masam manis.

Untuk kek batik cheese kali ni aku guna whipping cream yg ni:
*ehsan en google*

Gambar ni aku amik masa 1st time buat dulu. Abaikan gambar whipping cream yg paling kanan tu. Jangan guna whipping cream yang tu! Guna yg macam gambar kat atas tu.


Resepi Kek Batik Cheese yang diolah oleh Siti (cousin):

1 paket biskut Marie perisa original
125g @ 1/2 buttercup
1 bar coklat masakan
4-5 sudu milo
1/2 tin susu pekat 

Panaskan buttercup dalam periuk hingga cair. Masukkan coklat masakan (yg dah patah2kan). Dah cair sket masukkan milo. Tutup api. Masukkan susu pekat ikut kemanisan. Patahkan biskut marie jadi 4. Gaulkan bahan tadi dengan biskut marie. Letak dalam loyang. Masukkan dalam peti sejuk.

Adunan cheese:

250gm cream cheese brand Tatura
250ml  fresh milk (FULL CREAM) @ 1/2 kotak
100ml whipping cream @ 1/2 kotak
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu gula aising 

Pukul cream cheese. Masukkan whipping cream, susu,  esen vanilla, telur n gula. Kacau sampai jadi cream. Bila dah siap tuang dalam adunan biskut marie tadi. Taburkan milo atas kek. Siap! Masukkan dalam petiais. Sedap dimakan sejuk2.

Lapisan atas dibanjiri milo. Hahaha. Failed! Tangan tak bedong! Aku main letak je. Korang wat la comei2. Macam org slalu wat atas tiramisu tu. Aku hentam keromo je.

Hasilnya kek jadi cmni.

Ni gambar yang aku wat masa 1st tu:

 Dah macam kek batik berkuah plak. Kah3! Takpe. 1st trial kenn. Mihmih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah