Friday, April 4, 2014

Kek Batik Cheese

Assalam.

Sebelum ni aku penah wat tapiii tak menjadi. So takde la aku masukkan kat sini. Kang ada plak yang ikut, tak menjadi jugak matik aku! Hahaha! Barang beli dah lama tapi nak wat takut2 lagi. Takut failed kali ke 2. Tapi setelah di tanya pada yang pakar, aku dah tau kesilapan aku, may b:

a) bahan nak buat cheese dlm keadaan basah
b) whipping cream - tak letakkan dalam suhu bilik @ salah bli whipping cream @ sebab masukkan banyak sgt.

Ok, untuk pengetahuan korang, (kalau aku salah peliss betulkan sebab aku pun tak de la reti sgt) whipping cream ada 2 jenis. Dairy n Non Dairy. Untuk pencerahan bole klik blog kak ita masam manis.

Untuk kek batik cheese kali ni aku guna whipping cream yg ni:
*ehsan en google*

Gambar ni aku amik masa 1st time buat dulu. Abaikan gambar whipping cream yg paling kanan tu. Jangan guna whipping cream yang tu! Guna yg macam gambar kat atas tu.


Resepi Kek Batik Cheese yang diolah oleh Siti (cousin):

1 paket biskut Marie perisa original
125g @ 1/2 buttercup
1 bar coklat masakan
4-5 sudu milo
1/2 tin susu pekat 

Panaskan buttercup dalam periuk hingga cair. Masukkan coklat masakan (yg dah patah2kan). Dah cair sket masukkan milo. Tutup api. Masukkan susu pekat ikut kemanisan. Patahkan biskut marie jadi 4. Gaulkan bahan tadi dengan biskut marie. Letak dalam loyang. Masukkan dalam peti sejuk.

Adunan cheese:

250gm cream cheese brand Tatura
250ml  fresh milk (FULL CREAM) @ 1/2 kotak
100ml whipping cream @ 1/2 kotak
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu gula aising 

Pukul cream cheese. Masukkan whipping cream, susu,  esen vanilla, telur n gula. Kacau sampai jadi cream. Bila dah siap tuang dalam adunan biskut marie tadi. Taburkan milo atas kek. Siap! Masukkan dalam petiais. Sedap dimakan sejuk2.

Lapisan atas dibanjiri milo. Hahaha. Failed! Tangan tak bedong! Aku main letak je. Korang wat la comei2. Macam org slalu wat atas tiramisu tu. Aku hentam keromo je.

Hasilnya kek jadi cmni.

Ni gambar yang aku wat masa 1st tu:

 Dah macam kek batik berkuah plak. Kah3! Takpe. 1st trial kenn. Mihmih.

14 comments:

lovefiezan said...

yang pastinye dila buat memang sedap..nyum nyum..i like it..nak kena buat ni..mtk izin copy paste print resepi yep...

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya
terliur

Zee Suhaini said...

tak jadi pon sedap kan??

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

rupa tak penting dear.. janji rasa dia meletopss.. =D

diana said...

budak2 suka nih.lagi2 tengok penuh dengan coklat gitu..kan??

syawalsimpsons said...

MMG SEDAP NI///bak sikit

~MommyAqilMedina~ said...

Wah..nampak amcamm..aduhaiiii..sedapnyaa..nak kena buat jugak ni nanti..

mama_saly said...

wah...bab cheese ni la yg buat sy tliur ni..hehe... ta kisah lah rupe camne pun jnji cheese..hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum... wahh sedapnya taruk cheese. sheila buat tak pernah terfikir nak letak cheese, hehe harus cuba ni ~~~

Nad MamaZN said...

kire rajin gak mencuba resepi
1st trial mmg biasa x jadi (utk org xpandai masak cam saya :P)
tp bila dh prektis lama2 expert la kan :)

::EIDA:: said...

cheese? taknak! diet! HAHHAHA

ayut said...

Mtk sikit.....!! Ke dh abis dah?? Haha

Khai♥Rin : anies said...

adezzzzz meleleh da niiii

che noryusmaniza said...

Sy slalu wt cheese kek..tp yg xcmpur dgn kek batik la..juz nk share tips ckit..cheese kek ni, kna ltk lm freezer..lau kuarkn lma ckit, msti cair..so utk xnk bg cair cpt, nk bg kek maintain tegak, cmpur gelatin ye..dlm 1 paket gitu..bli gelatin halagel..djmin halal..lpas cmpur, jek biarkn kt luar slma sjam pn, tp msh tegak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah