Saturday, November 30, 2013

Kagum!

Assalam.

Hihuhihu. Hai guys! Happy weekend. Sy sekarang berada di dalam kereta menuju kePutrajaya. Tensi. Jln jem gilos. Gi selayang td ade kenduri arwah pakcik yg meninggal aritu.

Ok. Nak bgtau. Sebelum tu nak mntk ampun nak mntk maap dulu. Ngee. Ig 24weeks yg aku dok share tu ghupenye si Mafa penyanyi Mentor tu yg punya! Aiseyy. Maap. Cheq bukan kenai suma retis ni. Lgpun cheq xpenah tgk mentor. Eh cop copp! Ke vokal bukan sekadar rupa?! Tengokk tu. Seyes xtau. Masa tunjuk ig tu kat papa baru papa yg ckp die retis. 

Ok skang dh masuk mggu ke 15 mafa diet. Korang nak tgk the latest mafa? Ok nahh!


Tengok la hebat tak hebat.
Ohh. *speechless*


Harap ia juga memberi semangat kat aku! ;D

Thursday, November 28, 2013

# Instagram #

Assalam.

Keje aku skang bukak instagram je. Best kaw! Terapi minda. Wahaha! Ala-ala window shopping giteww. Kau hade? Hahaha!

Bukak fb skang skali skala je. Stroll sket, ok dah! Bukak ig, klik sana klik sini. Godek sana, godek sini. Nahh. Terjumpa ig yang best tahap infinity. Kokping!(fynnjamal) Yeah! Ghupenye kokping memang dh pemes pun. Aku je lambat! Suke ngat bile kokping review instashop kt ig die. Pastu aku pun mule la tehegeh2 follow jgk. Tgk tu, tgk ni. Pree la katekann. Ko tgk jelahh. Kalau nak pi window shoping malu kan nak masuk kedai, so ini la caranya.


Nahh..pandora yang aku ter'bekenan' kt ig. Jangan tengok lama2 nnt korang pun jadik mcm aku. Gila bayang! Hahaha
Nak beli pandora betul mmg x la. *Telan liur*. Harga dah la mahaii pahtu xleh nak jual balik ke mcm emas. Baik aku beli emas je. Tapi lawa tu tahap gaban! Comei sgtt. Aritu kokping ade review 1 instashop 'pandoralicious_1' lebih kurang la design die. Comei jgk. X la semahal pandora. Bak kata kokping, "bukan police pandora nak bunyikan siren bile lalu sebelah kau kalau kau pakai fake". Hahaha. So...marilah kita beli yang fake. Hahaha!


Ok, latest! Malam tadi aku baru jumpa ig '24weeks'. Untuk yang tgh berdiet tu, sesuai sgt tau. Aiiseyy aku xleh nak bukak ig plak skang. Xsalap aku ig ni macam challenge utk turunkan berat badan dlm masa 24 minggu. Aku ingat aku pun nak ikut la. Banyak cara pemakanan n tip yg die bagi. Tapiii start mggu dpn la. Sbb spi esok aku kan jd urusetia KIK, bahagian makanan plak tu. Memang xleh la nk diet2 bile dh tgk macam2 makanan depan mata. Haha!

K lah. Bai!

Wednesday, November 27, 2013

# Wordless Wednesday # Busy

Assalam.

Alhamdulillah. Blog dh kembali 'pulih' seperti biasa. Ghupenye sebab GA yang aku join aritu. Yelahh. Lama sgt dh x join GA tetiba gatal2 nak join plak. Aku copy paste kt HTML. Setting sume larikk kot. Lepas aku delete post tu..ok!

Arini aku busy sket. Ceewwaaahh. Dalam setahun, sehari ni baru busy. Hahaha. Xde lah. Arini aku jadik urusetia untuk 1 program kt ofis ni. Program Pra Konvension KIK. Pagi tadi plak busy 5s. Auditor dr MPC datang. Macam yg fifi ade citer kt blog die. Bagai nak rak mengemas dr semalam. Udahnye die cek sambil lalu je ok! Tapi tempat aku xlalu langsung pun. Ciss!

Nah..aku tepek sekeping gambar group bahagian aku tgh present. Alhamdulillah selesai dah. Memang terbaekk la. Xsia2 penat dorng selama ni. Thumbs up!! Cuma kena belajar belakon dr Yusof Haslam je! <-- komen juri. Hahaha!




Monday, November 25, 2013

# Frust #

Assalam.

Dah lama rasa xmembebel kat sini. Blog aku problem minggu lepas. Sampai arini pun! Sume link n layout kiri kanan ilang. Acaner? Bile bukak je aku rase tension yang amat! Bile bukak entry yang lama2 ok plak! Ciss! Memang betul2 menguji kesabaran aku.

Tapi aku BW blog2 korang tau! Jangan risau. Ngee.

Dear Blog,

Pls be nice to me!!! Gegegege!

Tuesday, November 19, 2013

You want photo book for FREE?!

Assalam.

Just for sharing with u guys. FREE okeh. Sape yg xnak kan. Now cecepat gi tengok kt groupon 40 page ok. Banyyyyaaakk tuuu.

Untuk 1m je tau. Cepat! Yang mana belum register tu bole register dulu.

Ni contoh, omei gat tau! Bole wat untuk Danish xpun gambar yg ms gi Langkawi aritu.

Kbai.

Friday, November 15, 2013

Oh! Adam Danish..

Ok, xyah nk 'Oh' sgtt la. Haha. Harini papa EL pegi JB pakteh papa tgh sakit. Aku keje. Cuti dah habis! So kene dok diam2 kat opis ni. Danish antar umah maktok pagi tadi sebab aku takut kalau papa blk lmbt@blk esok, aku xleh nak drive blk umah mak klu Danish kat sebelah. Aku tau dah die tu! Mesti nak dok kat aku.

Kul 6 suku dh gerak dr umah. Tgh siap2 tu Danish tido lg. Aku malas la nak kejutkan. Ingat nak biarkan je die tido sampai kt umah mak. Skali papa bukak je pintu umah, terus tejaga. Bukak mata, tengok aku dh bertudung bagaii terus bangun n merengek "nak alan(jalan)". Aduh dik. Kite bukan nak gi jalan, mama nk gi keje.

Masa sampai umah maktok Danish ok je. Nmpk nopal bukan mahen suke. Lepas salam mama papa sedih plak. Sampai opis dok la call mak abah xdapat nak tny Danish cmana. Call kakak Nazurah pun xdpt. Haihh. Call my sis tanya Danish ok x pg td?

"Ntah, ok je tadi aku tgk. Mak kata sebelum tu dia makan nasik goreng banyakk"

Ok fine. Alhamdulillah. 

Xsampai 5 saat fon bunyi pulak.

My sis,

"Eh..aku lupa nak cakap ngan ko tadi, mak citer, Danish nangis cakap "Nak balik, nak gi skolah"

Aku macammm..oo..hahaha! Tapi dalam pelat2 die la.

*tengah senyum sorang2 terbayangkan camana lah die cakap cmtu ngan maktok*



Tengok la si manja ahkak ni.
Senyum die...ngengade tau! Geget kang br tau!

Thursday, November 14, 2013

Dim Sum @ Selera Putra & Souk

Assalam.

Ok, citer dah basi. Xde gambar lain, jadi malas nak citer pasal lain. Arini citer pasal makan je. Dah 2 bln lebih kot aku aku mkn ngan spupu2 kat Selera Putra, Putrajaya. Ala.. kat food court bawah Masjid Putra tu. Nama kedai pun dah xhengat. Dim Sum & Dessert kot. 

Pegi time lunch ari Jumaat. Macam bese la bile dah jumpe spupu2. Gosip la ape lagik. Hihu. Makan dimsum je ok. Konyang bukan mahen. Sodap kaw! Murah lagik. Ape lagik yang nak?

Gambar cilok kat ig.

Aku punyer yang dua kt bawah tu n popia yang tengah2 tu. Total RM11. Ok la. Sedapp. Isi dim sum penuh. Penuh maksudnye xkosong. Eh! Xsama ke maksud tu?! Haha. Kbye.

Wednesday, November 13, 2013

# Wordless Wednesday #

“Berjilbablah walau TERPAKSA.
Solatlah walau TERPAKSA.
Puasalah walau TERPAKSA.
Kerana kewajiban itu memang terkadang sifatnya TERPAKSA.

Dari KETERPAKSAAN itu,
Perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH
dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-Nya."

Kalau kamu menunggu untuk ikhlas. Sampai berapa lama kamu tunggu sampai kamu baru mahu beribadah? Hidayah itu perlu DICARI, bukan ditunggu.” - (Ustaz Azhar Idrus)
Credit to Kak Im

Tuesday, November 12, 2013

KESALAHAN YANG TIDAK DISEDARI | Tidak berlaku adil kepada anak SULUNG

Assalam.

Tadi bukak fb my cousin. Dia share pasal ni.

Aku pun nak share ngan korang. Tersentuh plak hati bila bace ni.





ANAK SULUNG APAKAH MEREKA BERMASALAH???

Anak sulung...anak sulung....Sedarkah kita anak sulung sering kita aniayai secara sedar atau pun tidak?

Anak sulung adalah anak yang lahir dari semangat cinta dan kasih yang mendalam. Semangat seorang ibu yang mendapat anak sulungnya tentu sangat berbeza. Perasaan dan sifat keibuan yang ada padanya dicurah sebanyak dan sedapat mungkin pada si anak sulung. Anak sulung diberikan apa saja yang baik-baik, ditatang bagaikan minyak yang penuh...........tapi sebelum datangnya anak yang kedua.

Apabila mengandungkan anak yang kedua, perhatian si ibu kepada anak sulung sedikit kurang. Anak yang sulung menyedarinya seawal kandungan si ibu 4 bulan lagi. Apatah lagi jika si ibu tadi bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan rumahtangga selepas waktu bekerja. Dalam konteks ibu bekerja, mengandung dan memberikan perhatian kepada si sulung, tentunya akan ada perkara yang akan terlepas pandang. Ada keperluan dan rutinnya yang akan berubah ...dan si sulung akan menyedarinya dan menguatkan diri sebagai satu pengalaman baru menjadi yang sulung.

Apabila si adik muncul di sisi, walau apa cara sekalipun si sulung perlu menyesuaikan diri pada yang mungkin dianggap pesaing, atau teman atau apa-apa lagi dengan naluri diri menyayangi si adik ini. Cuba anda membayangkan keadaan si sulung. Percayalah, ada yang dapat menyesuaikan diri menyayangi adik tetapi ada juga yang sering merenggek, cuba memberitahu perasaan diri tentulah kepada si ibu yang selalunya tak mengerti...

Waktu terus berlaku, diri si sulung semakin membesar, tugas si ibu semakin bertambah. Jangan nafikan....mesti pada masa ini, tangan si sulung sangat bernilai. Si sulung mula mengambil alih sedikit tugas-tugas membantu, juga pada masa yang sama si ibu yang kepenatan mula bertukarlaku. Nak garang masa inilah kan. Di minta diambilkan cawan dan si sulung pun terpinga-pinga, banyak betul kosa kata ibu ni yang aku tak tahu rupanya. Hah! singa, naga, harimau tetapi selalunya tarzan mula hidup bersama-sama, mula memainkan peranan. Kesian si sulung...selalunya tidak faham kehendak si ibu. Bahasa sayang mula bertukar menjadi ayat-ayat suruhan yang banyak.

Si sulung mesti tahu...kau yang sulung mesti tahu! Sedarkah kita akan kosa kata anak sulung kita pada masa ini... Betulkah mereka faham akan apa yang kita sampaikan, yang selalunya kesalahan mereka membuahkan kemarahan kita. Harapan si ibu terlalu tinggi. Pukul....siapa tidak pernah memukul anak sulung mereka. Suruh...Marah...Pukul....rutin baru dalam hidup si sulung itu.

Apa jadi kepada anak kedua???????? Play save mak! I always do....

Anak kedua di mata kebanyakkan ibu adalah anak yang selalu lebih baik dari yang sulung. Lebih mendengar kata, lebih alert, lebih faham, lebih segala-galanya. Kalau disuruh anak yang sulung mandi, anak kedua akan buat dulu. Di suruh membuat kerja rumah...anak kedua akan berkata dia dah siap pun. Si sulung..tahan untuk dimarah bahkan tahan juga untuk dipukul. Itu bahasa biasa ibu kepada saya, yang sulung.

Anak kedua lebih memerhati lebih melihat penderitaan yang sulung apabila dimarah dan dipukul. Tentu pendekatannya adalah untuk menyelamatkan diri agar tidak kena seperti yang sulung. Si ibu pula, ibarat jika sukakan pasukan JDT, busuk macamana pun suka juga. Ibarat kata jika bencikan TRW, bagus macamana pun tidak bermakna. Itulah nasib si sulung dengan para pesaingnya, adik-adiknya.


Berikanlah harapan baru kepada si sulung. Fahamilah mereka. Ceriakanlah hidup mereka.

Kaulah cinta ibu dan ayah, yang sulung...

(respon sebuah artikel : adil jangan dipukul)


Walaupun Danish xde adik lagi, tapi aku penah la jgk marah2 kat die. Sian die kan. Kadang2 kesabaran kita diuji. Siyes, aku bukan la org yang penyabar. Kadang2 aku cepat je nak naik angin. Memang la bdk2 tgh membesar, Danish pun kadang2 suka menduga. Nak tengok respon kite bile die wat something yang die rase kite marah. Tapi ape la yang budak sebesar 1tahun 10bulan paham sangat kan?? Ermm.. aku nak jadi mama yang baik, aku nak jadi mama yang penyayang. Penyayang utk Adam Danish! Sob.. sob.. sobs!




 

Monday, November 11, 2013

Riadah Hujung Minggu

Assalam.

Entry M.A.L.A.S ni bersambung di sini.

Tengah bermalasan ngan Danish atas tilam, my sis call,

"Jom gi Kelab Tasik nak?"

"Nakk..jap aku tanya wan jap"


Nasib papa nak. Bosan tol seharian dok memerap kat umah je! Panas pungkuq!! Hahaha! Lepas Asar br gerak. Cousin yang keje kat situ pun ade skali. Lagi la meriah. Gosip2. Hahaha!


Cantik tau kat sini. Banyak aktiviti bole wat. Jogging, berkayak, bole naik perahu Dondang Sayang (pusing tasik putrajaya), tapi akak aku xbrani.

Amboii..bukan main suke kau dikk!

Ok.. mama plak nak enterframe. Ngee!

Danish & kakak Nazurah.

Aku biarkan je Danish jalan sendiri. Lari2 ngan kakak. Kasi berpeluh sket.

Ni dah sampai kat belakang Puspanita P10 dah.


Dah puas lari2 tengok org kayak plak.

Berpoloh2 ;D

Itu tandanya SIHAT!!

Haha!

Sebelum balik singgah makan kt FoodCourt P9. Arini kan ari bermalasan. Sampai ke malam aku xmasak kaw!


Kbai

M.A.L.A.S

Assalam.


Semalam adalah hari kemalasan sedunia. Pagi lepas masak nasi goreng, kemas2 dapur, dapur dah licin berkilat, dah malas nak masak dah. Ohmaiii! Dah kemas tgk papa tidokan Danish dalam buai plak. Pdhal dah lama kot Danish xtdo buai. Buai tu jadi hiasan je la. Lame plak tido, bile dh tido dlm buai tu. Sempat jgk la melipat kain plak. Dah malas nak masak, order Dominos je la sbb papa nak antar my BIL kt TBS. Aku malas nak ikut. MALAS lagi!

Danish aku bg makan Spaggeti Dominos je. Malas kan? Haha. Bukan main suke plak die. Sempat aku amik gambar n upload kt ig. Tengah sebok ber'IG', die mintak, "Na-a-gi" Wahhh.. cecepat je mama topup sebelum Danish ubah pikiran. Ok, makan lg n lagii. Sebab Danish skang dh kurang makan. Suke tgk tau! Suke nengok Danish ada selera makan sket. Pastu mintak lagi, "Na-a-gi". Memang cmtu la Danish sebut. Sepatah2. Klakar sgt. 



Nengok ni anak titew.. Dah kuluss tau sbb xnak makan sgt.

Tengah sedap makan, papa balik. Terus xnak sambung dh. Main2 n dlm kul 3, gi dapur nak makan lg. Lapar plak kott. Sambung makan lg. Nasib mama xbuang balance tadi.

Korang cmane kalau anak xnak makan? Risau la! Danish kalau makan pun nak sayur je. Nak "ka-yet" je plak tu. Nasi goreng pg tu pun dok meratah carrot je.

* Dah lame sebenarnya tak masakkan Danish makanan baru. Dulu2 rajin la jgk. Antaranya bole tengok kat sini.

Friday, November 8, 2013

Item Must Buy @ Langkawi

Assalam.

Hi uols. Entry xleh pepanjang skang. Masa xmengizinkan, tapi tetap nak update jugak! Ok kalau korang sampai Langkawi jangan lupe beli ni!


PEPERO Almond kotak ijau cmni. Seyes sedapp. Tapi aku aritu dapat beli 1 je. Sebab kotak die besau sgt. Dalam kotak besar tu ade 8 kotak kecik. Aku pernah terbaca dlm blog kate sedap. Sampai sana mmg carik2 jgk. Pastu ade plak kawan kirim. Tapi betul aku xdpt bli byk, bli sekotak pun pastu share ngan my fren yg kirim tu. So dapat sorang 4 kotak. Jadik la kann dr xde. Sekotak besar ni RM17.90. Try ye..nyesal nanti xtry. Kat sini (Putrajaya) memang xhadoo. Tapi akak aku kate kat Hanifa (Jalan Masjid India) ade tapi mahal kanmahen. ~Aduh. Panjang plak.

Ok, lagi 1 yang ni. Ritter Sport. Ade macam2 flavor. Aku suke yang kaler ijau lagi (Almond) n coklat (Hazelnut). Die punye kekacang makkaii, sampai penuh bar tu. Special punyoo. Masa aku pegi aritu ni je aku beli dekat 30 paket (offismate kirim). RM3.90 sajoo sepaket. Murah. Aritu aku tgk kat Mydin MITC Melaka RM8++ okeh.

*Fengsan*


Lagi, Kinder Bueno. RM 17 sekotak besar. Isi dalam ade 16 paket. Ko pi la carik kat Mydin, 3 paket RM9++. Xnyesal ke ko xbeli kat Langkawi??. Ha..skang pi book tiket flight gi Langkawi. Hahaha~

Ok, iye.. iye aku tau, ni favourite korang kan??

Pegi Langkawi xsah kalau xbeli kan? Tapi memang murah la kat sana. But, why not korang try yang ni plak :
 

''HERSHEY'S NUGGETS''
Sedap jugak tau yang Almond. Ok, almond lagi! Kau ni memang peminat no 1 almond ke dalila?? Hahaha. Ok harga dah ade kat atas tu, bole pi beli cepatt.

 Ni utk gambar yg lebih clear aku amik kat website Hershey's.

Pegi kali ni aku xbeli Daim langsung!

Kbai!

Wednesday, November 6, 2013

# Wordless Wednesday # Danish & Giant

Assalam.

Skang ni aku suke bawak Danish gi Giant Equine. Bukan main suka lg die. Kat sini safety la sket. Taman kt bawah umah aku risau jatuh darah lutut ke ape. Macam kat sini aku lepaskan je die main sendiri. Sebelah tu plak ade foodcourt. Sambil duduk bole tgk2 die.

Tengok tu.. bukan main suka. Sebelum ni aku xpenah ajar naik gelongsor. Takut jatuh. Bagi naik pun gelongsor yang bese sambil pegang tangan die. Danish dah besar. Dah bole naik n turun sendiri. So xyah la mama risau dah. ;'(


Cuti semalam pun pegi sana lg. Tapi sampai je die bole tido plak. Kat luar pun ujan xleh nak balik. Tggu je la sampai die bangun. Bangun je trs bg main playground. Dah bosan bagi naik plak kereta yg berlagu ni. Kat giant kan free je. Dah abis ditekannye, ditekan, ditekan, ditekan sampai bosan sendiri n hulur tangan nak turun. Ha..selamat. Jangan main sampai malam udah ler.

'Peace' katenyer..


# Wordless Wednesday # Danish Jatuh?

Assalam.

Aiisey. Danish jatuh kat taska ari Isnin lepas! 

Dahi benjol.
Bibir bengkak.
Siann anak mama.

Ntah cmana la bole jatuh. Cikgu taska cakap jatuh kt bilik air sebab licin. Hadoii dik. Kot licin kene la ada inisiatif bli mate yang lubang2 tu. Budak2 ramai kott. 

# Tapi kan, dalam ati ni terpikir jgk btl ke jatuh? Kalau jatuh bilik air sebab licin, mesti jatuh ke belakang! Ni ke depan. Pelik!
# Patutnye nak up entry semalam. Xsempat plak. Terpaksalah taip pendek utk WW arini.

Monday, November 4, 2013

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijrah

Assalam.

Hai korang. Esok kita akan berganjak ke tahun baru dalam kalendar Islam. Jom kita baca doa ni ptg ni!


klik gambar untuk besarkan image



Doa Awal Tahun 

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.


Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Doa Akhir Tahun 

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah.

Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


 


Semoga tahun baru memberikan kita lebih keberkatan. In Sha Allah.



Selamat Tahun Baru 1435H!






Friday, November 1, 2013

Popia Nestum Crunchy

Assalam.

Woww nama xhengat sgt uols. Crunchy tu aku saje je tambah. Aku wat ni masa EL Danish demam aritu. Dia sedap je tido ptg tu, aku pun melebarkan sayap popia utk digulung (haha! kelakar la sgt!!). Ni kira kali ke 2 aku wat. 

Disebabkan aku memang xmnm/xmakan susu tepung, jadi aku memang reject awal2 kalau popia nestum ada pakai susu tepung ni. Resepi ni memang xde guna susu tepung. Terbaekk woo. Ayaq lioq meleleh bila ingatkan popia ni. So kena lah buang sikap 'M' tu.

Resepi dr my officemate. TQ kak lieza ;')




Ok..mulakan sesi menggulung yuk!


Lepas gulung dipotong menyereng (xtau nk pakai ayat ape dah) begini.


Digoreng sampai garing. Ni dah macam dh nk hangit. Huhu. Amboii kau! banyak gila minyak. Cuba teka berapa kalori kah? Hahaha!


Akhir sekali digaulkan dgn nestum+gula castor yang dah diblend. Nisbah nestum:gula (sudu), 10:4. Ok selesai. 


"Krupkrapkrupkrap''


Sedapnya Wallahweh! Hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah