Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Wednesday, February 24, 2016

Women's Day Out

Ini ialah entry throwback.

Korang ingat lagi tak final Piala Malaysia hujung tahun lepas? 12 Disember, Selangor vs Kedah. Sepupu aku dari Kedah turun KL sebab nak tengok bola. Si suami bawak anak2 sekali. Jadi kami ibu2 ni sempat la hang out. Kelab Tasik Putrajaya jadi pilihan sebab senang! Sepupus aku keje ctu, so senang nak handle anak2 kecik yang ada skali. Situ ada swimming pool so sambil layan anak mandi, sambil gosip. Hiks.

 The Gosip Girl :D

Suka lepaking kat sini. Tempatnya santai2 je.

Menjemah sangatt ni :p

Sambil borak, perut pun kene isi jugak. Siti banjer ni, Wedges ngan cucur udang. Yummyyyy! Kenyang! TQ siti!

Kat sini bukan setakat makan2 je. Ada maciam2 aktiviti bole buat. Bole berkayak, berbasikal, jogging tepi tasik, bole jugak buat aktiviti sendiri sebab kawasan luas. Setakat nak bawak motor budak2 yang pakai remote tu takde hal la! Bole je (sebab aku tengok aritu ada orang bawak). Ok, satu lagi ada gym jgk. Tapi tu untuk club members je kot. Kalau nak kene bayar ok?

Disebabkan sepupus keje ctu, so senang la nak kautim. Kitorang dapat naik bot free petang tu! Tapi bot rescue je. Ok la dari takde kan? Huuiii. Itu pun dah kecut perut kaw! I is fobia bila tengok air ^-^

Nak tunjuk, macam ni la bot rescue yang kitorang naik tu. Bukan lah macam perahu dondang sayang yang ada hiasan bunga2 tu.

Seronok + takut jugak!

Kitorang ni nampak je muka sume senyum. Tapi dalam hati, masing2 je tau. Cuak oi. Hahaha.

Gambar kenangan sebelum balik.

Seronok bila berjumpa. Tak cukup time nak sembang. Tahun ni raya in sha Allah dapat berkumpul lagi. Baru cukup corum sume ada.

Eh! Aku lupa nak bgtau kat Kelab Tasik sekarang boleh buat candle light dinner tau! Aku penah wat masa 1st anniversary dulu. Soriiiii~~ tapi tak penah update kat sini. Later~later ok? Tapi siyesss besttt sangatttt. Romantik habis! Dia bukan buat kat restoran tau, tapi buat atas jeti.

Ok, utk tak nak menghampakan, iols bagi 1 je gambar teaser dulu ok? Kehkehkeh. Nampak tak? Korang akan dilayan secara ekslusif kt atas tasik ni. Ada lilin2 yang disusun kat tepi2 tu. Nanti aku buat entry khas ok? bajet retis sangat ni


Till  then,

Bye



 

Thursday, February 18, 2016

Berkelah @ Pangsun, Hulu Langat

Assalam.

Ingat lagi tak masa cuti panjang Hari Wilayah aritu? Bosan cuti takde gi memana. Seminggu sebelum (cuti Thaipusam) tu dah balik Perak. Sabtu (30 Jan) bawak la bebudak mandi sungai kat Pangsun. Ajak kawan baik, Farah.

Lama tak sampai sini. Hajat asal nak gi Sg Chongkak. Masa pegi terlajak simpang sampai lepas ke Pangsun. Bila dah perasan, patah la balik. Tengok pulak kat Chongkak takde orang. Pelik. Tak sedap hati. Call Farah, cakap tukar plan gi Pangsun sebab Fara tak sampai lagi masa tu. Sampai ke hujung kitorang survey tempat, memang tak ramai orang sangat. Musykil sebab chongkak tak macam ni.

Sampai Pangsun, jumpa pulak kakak ex officemate kt KL dulu. Borak2. Dia citer, rupanya ade 'kes' kat chongkak sebab tu tak ramai orang. Ok. Nasib baik kitorang tak jadi pegi sana. Kes means kencing tikus! Huiii. Kecut perot i dengar!

Kenal kan, kawan baikku - Farah.
Farah bawak suami n ank buah aritu :')

Kat sini ada pondok2 yang bole sewa, tapi kitorang tak sewa pun. Sewa tapak je. Sewa pondok kat sini RM20. Sewa tapak macam kitorang ni RM10. Ok je mana2 pun. Sebab kitorang tak ramai mana, 7 ketul je, so bentang tikar, bersila la beramai2 :D
Ok lupa! Parking kete pun kena sewa RM2. Tempat ni betul2 depan Kem Jati Diri lubok Manggis.


 Nyaman+tenang! Lama tak mandi sungai. Rugi tak bawak baju lebih. So dapat rendam2 kaki je laaa. Huhh. Nasib~

 Si abang memang jarang mandi sungai. Penah bawak sekali je kot masa kecik2 dulu?

 Si adik memang 1st time sebab tu over excited! Tapi dok kat tepi2 tampar2 air je.

Focus kat pondok belakang tu ye? Seronok! Kalau pegi ramai2 bole sewa pondok n buat bbq.

Danish n Aufa

 Amboiii..baekkk pny landing.

Ok, next time bole pegi lagi. Cni macam best sket. Orang tak ramai sangat masa kitorang pegi ni. Pondok2 utk sewa pun banyak. Tempat redup je. Dalam sungai pulak ada port yang banyak batu ada yang tak.























 

Friday, January 22, 2016

Rindu! Sobs!

Allah!

Siyesss! Rindu sangat nak blogging. Tapi masa betul2 tak mengizinkan. Tapi aku try jugak sehari-sehari bw mana yang bole. Kesian kat blog, terabai! Dah masuk tahun baru dah pun tapi citer tahun lepas berderet dalam draft. Alahai..dengan ada review yang tak leh nak buat sampai sekarang. Orang yang aku deal tu pun dah tawar hati agaknya. Hukhuk! Sadisssss! Kebizian tahap melampau ni.
Tepek satu gambar ni je dulu.

Tanggal 2 Januari aritu Danish genap 4 tahun. Satu hari tu memang penuh ngan aktiviti utk dia. Saja nak buat dia happy, bawak dia gi Reka Zone kat ioi Mall Puchong. Tempat ni siyesssss besttt. In sha Allah kalau masa mengizinkan aku update (sekarang ni tak nak janji2 dah) tapi memang belambakkkk sangat gambar yang aku amik untuk citer kat blog ni. In sha Allah ok?

Tanggal 15 Januari lepas pulak genap Darwish 1 tahun. Anak yang semakin hari semakin manja! Macam macam akal pulak sekarang ni. Ok, Darwish tak pandai jalan lagi. Setakat melangkah 4-5 tapak. Sama macam abang dulu, 1y 3m baru pandai jalan. Tapi, ada ahkak kesah? Asalkan sihat walafiat sudah ler. Takyah 'terkejarkan' sangat sume tu. Takyah di paksa2. Dia akan berjalan sendiri bila dia nak. 

Ok la. itu je takat harini. Nak cuti panjang ni. Korang gi mana. In sha Allah esok ktorang nak balik kampung, Perak. Lama naww tak balik rasanya. Doakan perjalanan kami selamat ok.

Till then.

Bye!

Thursday, November 12, 2015

Resepi Kuey Teow Goreng Simple n Sedap

Assalam.

Minggu lepas, seminggu direct tak makan malam. Acah-acah nak diet konon! Tapi masa kat Melaka malam Ahad tu pi balun makan malam yang superb sampai tak hengatt hape. Hancuss terus diet seminggu. Semalam rasa insaf sikit, so papa d tak nak nasik, nak goreng2 je. Kuey teow goreng la jawabnya! Danish is taaasuka kuey teow, balik2 mee..mee..dan mee..Last2 semalam aku suruh rasa dulu. Ok, habis sepinggan licinnnn. Pfffttt~~

 Jangan tengok pada rupa tapi tengok pada rasa. LOL! Aku letak telur banyak sebab tu dah ghuper gini.

Takde la nak eksen ke hape, sebab resepi ni pun aku google jugak. Memang tiap kali aku wat kuey teow memang resepi ni la yang aku guna-pakai. TQ to empunya resepi. Soriii i is tak ingat sapa sebab ss je, then pakai yang tu je sampai lee-ni. Penah wat masa spupu2 datang raya umah tahun lepas. Depa dok tanya resepi cmana. I is bagi je la resepi yang ni:

Resepi Kuey Teow Goreng Simple dan Sedapppp :
1 paket Kuey Teow
Udang
Isi ayam
Kucai
Taugeh
(Yang atas ni sume letak la banyak mana nak letak)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji telur - kalau suka macam basah2 sikit
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos Thai - aku pakai sos cili biasa je
Sedikit minyak bijan - tak letak pun
Kicap masin - ikut citarasa memasing

Tumbuk lumat bawang. Tumiskan bersama cili kisar hingga cili masak. Masukkan udang n ayam yang dah dibersihkan. Bila dah masak, masukkan telur dan kacau hingga sebati. Masukkan kicap n sos-sos lain tu. Masukkan kuey teow, sayur n rasa ikut tekak masing2. Kalau tak masin bole tambah kicap masin. Selamat mencuba!
 



 

Wednesday, November 11, 2015

# Wordless wednesday # Teaser Bayou Lagoon WaterPark


Aci idok nak wat teaser je dulu sementara nak pilih2 gambo, nak edit2 gambo ni. Hihi. Ramai lagi tak yang cuti lagi arini? I is jeleszz yuuu! Cuti banyak lagi tapiii nak simpan untuk tahun depan ;D. Gambar atas tu, 1st time bagi Darwish mandi pool. Memula macam tekujat jugak. Lelama, ehh suka benorr dia. Nanti update lain ok? 

-Tata-

Monday, October 5, 2015

Filem JWANITA | Filem mesti tengok!



Korang dah tengok JWANITA?

Jumaat lepas aku gi tengok ngan kwn2 ofis. Aku bukan la kaki wayang. Last tengok sebelum pregnantkan Danish. Aku suke tengok horror movie tapi slalu download je. Aku penah tengok indian horror movie Alone (kat Malaysia xde), Raaz 3, Jengka (Melayu) tapiiiii jwanita siyes yang paling seram. Jengka mayb seram sebab ia citer real. Macam jwanita ni bila tengok suspend sangattt.

Aku dah la dah lama tak tengok wayang, ni bila tengok terus tengok citer seram! Pfftttt...hebat sangat! *lap peluh* Kawan2 aku yang slalu layan citer seram pun boleh kata ni yang terhebat! Memang tak caya Malaysia bole buat filem macam ni. Iye la..biasa kita tengok filem seram malaysia ala2 manja je! Hantu nak kluar, tak nak kluar, pastu kelakar pulak tu. Tak dapat nak rasa feel seram tu.

Filem ni memang dr awal spi habis suspend aje! Psycho gila! Kita jadi macam, "ok lepas ni ko nak buat apa lagi?". Takleh nak expect langsung. Aku sampai tahap, dah tak tau nak lari mana, aku bukak henset, main Candy Crush. Kah3. Tapi memang satu 'part' tu je la aku tetinggal. Tak leh nak tengok dah! Suspend gilaaa kot! Mau sakit jantung. 

Hebat lakonan Maya Karin n Marsha Milan. Korang pegi la tengok. Support filem Melayu. Kita pun bole buat filem macam matsalleh. Wlupun ada part yang nampak tak logik, tapi biasa la tu kan. Untuk tu aku bagi 4.9/5 bintang. 0.1 tu sebab nak buat aku lemah jantung, takleh dapat full bintang. Hahaha.

SINOPSIS FILEM JWANITA
Mengisahkan Jwanita (lakonan Maya Karin), seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan (lakonan Bront Paralea), doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.

Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza namun dengan azam dan dendam durjana.
 
Siyessss seram! Korang tak caya bole tengok trailer kat youtube ye? Aku tak leh nak tepek sini. Dah dapat nak bukak blog macam biasa pun dah kira bersyukur sangat!

# Yeayyy..blog dah bole bukak balik. Nasib baik MAMPU tak block terus! Mampu ni pun nak wat suspend jugak ke??? Haihhh!

Tuesday, September 15, 2015

Part 1 - Langkawi Kami Datang!

Mari kita mulakan cerita Langkawi!

'Part' aku takde la banyak sebab tak banyak aktiviti ktorang dapat buat memandangkan hari pertama memang hujan je.

Alhamdulillah. Perjalanan ke KLIA2 berjalan dengan lancarrr wlupun, ktorang biasa laa.."on time" aje! Sesak gak napas dok ngejarkan train. Naik ERL dari Putrajaya ke KLIA2. Kereta park kat Putrajaya Central. FREE ok. Betul2 bawah kedai mamak kat Putrajaya Central tu. Lain sume kene bayar. Park n ride pun bayar. Kecuali kat padang mengadap hospital tu. Ktorg mencari yang free je untuk menjimatkan kos. Kikiki.

Sedikit info, ERL Putrajaya ke KLIA2 RM6.20 dewasa RM3.00 kanak2. Train setiap setengah jam skali (bergantung). Ktorg aritu naik kul 11.50 sampai KLIA2 kul 12.10 tghari. Bayangkan, flight pukul 1.55 petang. Nasib baik sempat! Korang jangan contohi ok?! Hiks!

 Sejak dah bole makan, 'mengisi' perut je kejanya! #Homemade finger snack.

Budak yang sentiasa excited naik train ke, naik flight ke, bukan main happy. Syukur!

Que untul check in baggage. Mujur beg tak beranak masa balik!

Ktorang naik buggy sampai ke Gate J12. Payah nak bawak anak2. Naik buggy senang. Nasib baik masa ktorg sampai, buggy dah ada sedia menanti. Korang kalau tak larat nak jalan, tunggu aje ok. Ada gambar atas buggy, tapi gegorr tak dapat nak masuk sini. Oh ya! Kerja2 checkin Air Asia sume diuruskan papa d seminggu sebelum bertolak. So aku tak dapat nak bgtau kat cni cmana prosesnya. Korang bole tengok blog idabaharum.com tak pun juliajohari.com ye! Siap ada tutorial tau!

Kami naik si kuning ni! Mekasih pada yang mendoakan. Kami selamat tau tau naik ni wlupun hujan lebat n flight terpaksa pusing2 kat atas sebab takleh nak turun, macam yang aku dah citer kat entry sebelum ni.

Happy tau abang belakang tu!

Hai hensem! Hihi. Dah macam buat show pulak bila berdiri atas table tu. Untuk mengelakkan Darwish meragam, aku bagiii je apa dia nak. Siap merangkak atas table tu. Alhamdulillah. Darwish ok sgt sepanjang perjalanan. Setengah jam pertama memang mentido je.

Plan asal, lepas amik kereta sewa konon nak makan Laksa kat Pantai Airport tu. Iolss dah ngidam tau Laksa Ikan Sekoq yang disebut2 tu. Tapi dah ujan, nak wat cmana kan? Kami terus ke tempat menginap. Oh ya! Fyi, percutian kali ni bersama PIL. Tapi PIL dah bertolak sehari sebelum ktorang. So hari kedua ni PIL stay ngan ktorang kat 1 apartment named Kondo Istana. Nanti aku review pasal homestay ni ok?

Sampai apartment, ujan tak benti2 lagi. Sampai laaa membawak ke malam. Makan tengahri ktorang nasi bungkus je, papa d beli sebab aku takleh nak bawak anak keluar cuaca camni. Malam pun beli burger je. Tapiii tak dapat la merasa EE Burger yang superb kat Pekan Kuah ni. Korang nanti jangan lupa masuk dalam tentatif ye! Aku ni memang, pegi mana2 memang nak makannnn aje! Hahaha!

Dekat kul 9 baru hujan reda. Sempat la ktorang cuci mata kat bangunan sebelah (Kompleks HIG). Dapat bawak Danish je, Darwish tinggal ngan mertua sebab ujan renyai2 lagi. Itu je aktiviti ktorang untuk hari pertama ni. Banyaaakkk gambar cuci mata ada. Gambar coklat, pinggan mangkuk, siap ngan harga skali (kot korang nk survey2 kan). Tapi aku masukkan dalam entry lain ok? Dah sarat sangat dengan gambar ni.

Rare tak payung Danish? Hahaha.

Info lain:

- Percutian ni kengkonon untuk celebrate besday girl (aku letteww..hak3) on 10hb Sept.
- PIL pun atas sebab yang sama. FIL besday 2 ari sebelum aku, which is 8hb Sept.
-Ktorang kat sana 9-11hb Sept.
-Tiket flight ni papa d yang beli masa bulan Feb (kot) masa aku tengah cuti berpantang. So date tu dia la yang pilih, aku memang tak tau pape. Suuwwittt la kengkonon. Hahaha!
-Next time ktorng tak pilih dah kot tarikh ni untuk gi Langkawi. Perubahan cuaca kat Langkawi-bak kata Fifi.

Till then,






Tuesday, September 8, 2015

Holiday 2015!


Yeayyy..
Esok bermula la percutian kitorang. Buat mana yang tau tu, tau laa..yang tak tau tu dah balik nanti i story mory ok. Bai love~

Doakan perjalanan kami yer. Lama dah tak naik belon ni sejak MH---
Gayat rasa. Hahaha!

Thursday, September 3, 2015

Mandi Manda @ Dataran Gemilang, Presint 4

Mula ingat nak update pasal Sukan Tahunan Danish, tapi bila mood MALAS dah datang, apa yang terlintas je rasa nak tulis. Pasal sukan tu citer lenkali. Ni nak citer pasal aktiviti minggu lepas. Tak plan pun nak bawak Danish mandi kat Kolam Dataran Gemilang Presint 4 tu. Lepas aku wat nasi lemak pagi tu terus ajak papa d pegi. Siap masak sebelum pukul 9 tapi dekat kul 12 baru kuar umah. Masa tu matahari dah terpacak atas kepala. Tapi nasib baik la kolam ni tepi bangunan ofis KPKT, KKLW (lagi satu ape ntah) so terlindung la sket.

 Wlupun panas, happy dapat mandi. Angin kuat ok wlupun panas terik.

 Siap bawak bola nak main. Tapi tak bole sebab angin kuat sangat.

 Bawak bekal nasik lemak.

Bekal untuk Darwish. Nasi+Carrot+Brokoli.

 Siap berkelah kat tepi kolam. Masa ni Darwish naik ruam satu badan sebab tu bukak baju dia. Ruam panas. Sejak lahir dah 3 kali kena. Kulit sensitif sikit tapi alhamdulillah takde la sampai eczema macam Danish.

Tengah Danish seronok mandi, abang ipar call. Ada something yang buat ktorg senyum sampai telinga. Jeng jeng jeng. Next entry aku citer ok? Ada keje sket. Bai!



Oppsss..


Kasik teaser sikit la..

"Hai semua..jumpa next entry ok?" Hiks!

 

Monday, August 24, 2015

Final Raya

Assalam.

Raya dah habis. Tapi harini nak habiskan citer raya terus, sebab tu tajuk "Final Raya". Hahaha. Tajuk tak hengatt kan. So kita sambung kisah raya ok?

 Ini la cucu2 mak ngan abah saya. Sekuntum je bunga yang lain sume kumbang!
Dari kiri kakak nazurah, naufal, haiqal, darwish, danish n zharfan.

Ni gambar masa dorang (family n sepupu2) aku datang beraya kat umah.

 1st time pegang monopod ni. Menggigil tangan. Lol!

 Tuan rumah~

Kesayangan2 beta. Yang kecik dah tido.

Darwish & Arrissa (anak sepupu) masa open house umah mak.

Ni je gambar yang sempat amik.

Ni pulak gambar masa Jamuan Hari Raya Kompleks C. Tahun ni gabung ngan JPA, SPA, JKR, SPR, Peguam n MOSTI buat kat tengah2 parcel C. Meriaahhhh. Macam2 makanan ada.

 Cantik x?Hahaha. Maksud aku camera nye. Ni pakai camera kak ra (kanan). Comei kan? -Sponsored by Oppo-. Lol

Bukan kebetulan..Ngeh2.

Oklah. tu je gambar raya yang ada. Dah boleh clear kat nset. Tahun depan in sha Allah klu dipanjangkan umur kita jumpa lagi. Tak sempat amik gambar ngan fifi masa ni pdhal meja dia belakang meja aku je. Toleh2 dah hilang! Dah la minggu terakhir kt HQ ms tu :(


Friday, August 14, 2015

Sambal Gesek Negeri Sembilan

Ya Ampun!

Jabatan dah block blog2 ke? Sume blogspot takleh nak bukak. Pffftttt. Sume blog2 yang suka bukak takleh nak bukak! Sensaranya rasa. Time lunch ngan pepagi je dapat bukak. Kalau pepagi tu memang tak dapek la. 
 
Sape penah makan sambal gesek angkat tangan!

My peberet ever! Hohoho. Sebelum ni memang tak penah makan. Sejak kawin (tapi rasanya sebelum kawin), mula rasa kat kg papa d, uwan buat. Rasa2..eh2 sedap pulak! Kalau bagi ngan nasik panas2 memang aku makan ngan tu je!

Hamek kau. Ngan lesung batu haku amik! Muahahaha!

7 biji cili api
1-2 biji bawang kecik
Segenggam ikan bilis
Sebijik mangga muda
Garam

* Mangga blh tukar dgn asam limau.
* Soriiii kalau tak dapat nak nyinggah blog2 korang. Jap lagi aku datang terjah yer.

Wednesday, August 5, 2015

Raya Lagi

- Sambutan Hari Raya Bahagian -

Raya tak habis lagi kan? Aku nak sambung kisah raya aku pulak. Sambutan raya kat ofis buat awal sikit tahun ni sebab ada pegawai nak pegi India 10 bulan. Jadi boss nak buat sebelum dia berangkat. Cadangan majlis 27hb masa hari aku naik keje. Memang kelam kabut. Bos pulak bgtau masa Jumaat petang, masa tu dah pukul 4 lebih. Tak sempat nak email apa, bgtau pun dalam whatsapp group bahagian. Pffttt! APTB! Kami yang AJK ni la 'lap peluh' jap.

Cadangan awalnya, nak buat kat luar tapi tak kesampaian. Takpe la. Buat sesederhana yang boleh. GST kan? Wahahaa. Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar jugak, makanan cukup jugak, dalam dok kelam kabut tuu. Taknak la tayang gambar makanan. Menu2 biasa je yang ada masa raya.Lagipun konsep ktorg 'portluck'. Main2 menu bahagikan ikut 'seksyen'. Menu2 sampingan ada yang bawak dr rumah, masak sendiri. Macam seksyen aku, buat laksa penang, mintak mak pegawai kat ofis ni buatkan. Menu2 lain, nasi tomato, laksam, lontong, lemang, rendang, ketupat, kuah kacang, abc, ais krim, buah2an tempatan (termasuk durian) n dessert2.


Papepun, kita wefie dulu okies? :D
 
Boring! Sementara tunggu bos habis meeting, ni la keje ktorg, Perut dah lapau!

 Freestyle!
 
Wefie ngan zue

 tt - tuan tanah

Ngan Kak Liza

Ngan Farah

Dah puas begambar, bos tak habis2 meeting lagi.

 Trend gambar mcm ni dah femes thn lps kan? --Wefie n orang amik gambar dr jauh. Tahun ni nak jugakkk!

Bila majlis mula, ktorg tuju ke satay dulu. Nampak tak kebulur disitu? Hahaha!

Lepas satay, nasi tomato plak. Ni bos yang buat, memang kena rase. Hekhekhek.

Overall, makanan sume sedap2 wlupun ktorg buat dalam kelam kabut. Makan cukup, siap ada yang lebih tapi takde la membazir sebab lebih tu orang tapau bawak balik. Cmane citer jamuan raya kat ofis korg? Best?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah