Wednesday, January 30, 2013

I'm Super Mama

SALAM..

Arini blk keje rushing sket. Spi taska Danish pun dh pukul 530. Memang bln dpn HARUS sgt la aku tukar WP1 blk. Blk keje pun xjammed. Ok, ni bukanlah tujuan utama aku wat entry ni. Entry ni sesaje sesuke nk wat. Buleh?Hehe


Sampai je umah dh pukul 610. Aku ade masa 50minit je utk siapkan makan malam sebelum SHNyawa start. Kekeke. Nasib papa bwk Danish jln2 kt taman bwh. Bkn ape kalau Danish ade, keje akan jd lambat. Mana nk layan die, pujuk die, sebab kebiasaanya aku masak die akan ulang alik ke dapur memantau. Ngee.


First kene panaskan makanan Danish dulu. Senang bile die blk kang dh bole trs mkn. 


Sememtara tu rendam sotong. Sotong ni saje aku xpotongkan kecik2 sebab ada 1001 rahsia dalam perutnya. Hehehe. Sotong ni wat sambal je.



 Hurm..korang penah tengok ni? Ni la tempe yg di balut ngan daun jgn tanya daun ape ok. Biasanya tempe mcm ni jual kt kampung2 je. Memang susah nk cari. Ni ade staff jual kt ofis.

 

Ok..menu ni adalah antara salah satu sebab aku wat entry ni. Sebab takut lupa. Kakak kt ofis yg intoduce. Makanan jawa yaw. Sedap taw!
Bawang putih+ketumbar ditumbuk
Campurkan garam+kunyit
Celupkan ngan sedikit tepung
*MAVELESS*

 Lantas di goreng =)

 Ini lah hasilnya..

Ni pulak sotong sambal.

Yahhooo..akhirnyaa........

Yesszaa..tepat 7mlm settle sumenye. Masa utk dok depan tv tggu SHNyawa start. Tett..
Yeaahhh..


Slot Akasia | Setia Hujung Nyawa






SALAM uolz..

Mode drama ON!

Ok, sana sini, depan belakang *tiputiputipu* org dok cerita pasal drama "Setia Hujung Nyawa". Termasuklah me sendiri. Sampai sanggup tgk blk citer tu dr awal kt dailymortion. Pdhal dr awal aku dh tgk citer tu. Cuma termiss beberapa episod je. Tupun sket2 je. Tp xpuas ati, nak tgk jgk!

Sinopsis Setia Hujung Nyawa

Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.

Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?

Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.

Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain.


Credit to: ocean-blu.blogspot.com
 

Untuk pengetahuan korg, drama ni adalah adaptasi dr novel. 

Novel Setia Hujung Nyawa

So, xyah susah2 nk bace novel. Senang citer! Kalu yg dh ketinggalan tu bole la menonton di fuh.my

Ok..itu je utk kali ni. Esok aku akan bercuti. Xsabarnya. Destinasi percutian kami kali ni adalah di.............

Gold Coast Morib

Gold Coast Morib yaww..
Entrynya akan menyusul selepas balik nnt. Ok bye~



Tuesday, January 15, 2013

Danish Cirit Birit

SALAM uolz..

Yahhooo...i'm back yaww..

Akhirnya dpt jugak menembusi blog ni. Kekeke. Kalini aku nk share pengalaman baby cerry berry, dlm erti kata lainnya CIRITBIRIT(CB). Yeah. Pengalaman mengajar kita utk jadi lebih bijak dalam mengatasi masalah bkn pengalaman mengajar kita utk jadi pandai2. Hehe. Motif?? Xde. Sebab aku xnak la nnt korg kate aku merepek kt entry ni n tunjuk BAGUS. Tidak sama skali. Aku just nk share. Terlebih terkurang harap dimaafi. ^.~

Ok, utk yg dh bace entry sblm ni mesti dh tau yg Danish diserang cerry berry minggu lps. 3 hari jgk br ok. Sampai kena bwk gi emergency la. Nasib baik xde pape. *mamapanik*

First yg kite kene tau, antara faktor2 CB:
1. Makanan tercemar - kemungkinan
2. Puting dan botol susu yg tidak bersih - kemungkinan
3. Ibu yg menyusu bayi makan jamu - tidak sama skali. sebab aku mkn jamu spi umur Danish 3 bulan je!
4. Paranteral Diarrhea - ape tu??
*kenapa aku ckp kemungkinan? sebab Danish start CB kt taska.

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

# Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang bayi mengalami CB adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan bayi berkenaan. Jika bayi anda bole terima air garam yg doktor bg, bole bg air garam je. Klu x, bole bg air masak je. Parent kene alert bende ni. Sebab klu kurang air, takut kene drip air je. Sian dorg kan. Tangan dh la halus jerr. So utk mengelakkan bnd ni berlaku, rajin2 la bg ank anda air. Walaupun die xnk atau menolak, cukup sekadar bg sket2 tp kerap.
(Sib baik Danish xkene drip ms aku bwk gi emergency. Memang lps cuci bile die poopoo, aku akan bg die air. Sbb aku gerun btl klu tgk bdk2 kene cucuk sn cucuk cni ni)

# Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh. Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan CB. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.
(Danish mmg byk menyusu ms CB. So bile die merengek je aku bg bf. Aku tau die lpr. Ape yg makan kuar blk. SI je yg wat die kurang poopoo)

# Beri bayi anda makan seperti biasa. Jgn pikirkan "ape yg makan kuar blk". Ape yg penting ialah berikan nutrien yg secukupnya sebab bayi akan kehilangan nutrient dan air semasa proses CB. Lebihkan BRAT diet dlm makanannya. Cth makanan BRAT diet spt nasi, pisang, roti bakar n apple sauce.
(Danish aku bg makan mcm biase je sebab klu makan die x menolak ;') )


# Tahukah anda yg najis semasa CB adalah lebih berasid drpd biasa? Jadi ia bole menyebabkan anus melecet. Bile ank anda poopoo, cpt2 cuci n sapukan krim bg menggelakkan bayi dr melecet. 
(Danish aku sapukan krim Bepanthen. Memang die serasi ngan krim tu je dr kecik. Tapi aku lmbt apply. Sebab xtau. So anus die sedikit melecet. Tp Alhmdlh, ngan krim tu sekejap je elok wlupun amik masa sbb tiap kali poopoo, tiap kali tu jgk kene sapu)

# Bawa anak anda ke emergency jika anak tidak mahu makan atau tidak aktif seperti biasa.
(Kami risaukan Danish n terus bwk gi emergency. Bile nurse check die ok je. Nasihat aku pd korg, as long as your baby active and not refuse food, no need to go there. *kamimalusebabkamiover* Tp xpe la..1st experience kan, lps ni ktorg xwat lagikk. Promiz *.~)

# Bole bg ubat utk hentikan CB tp mengikut arahan doktor. Sebab aku ada terbaca yg klu kanak2 CB amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan CB tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak2 untuk menghentikan CB, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. So rujuk doktor anda!
(Danish aku bg smecta je. Alhmdlh trs elok. Ubat ni pun pakar kt emergency yang advice. So utk yg lain, dapatkan nasihat doktor anda)

Sumber : pengalaman sendiri & Saya Punya Suka
Refer cni utk tau tanda2 anak dehidrasi : Klinik Ibu Aiman

*ada yg ckp CB ni bole berjangkit. Sejauh mana kesahihannya bole rujuk doktor n tny. Sbb lps Danish recover br aku tau. So xdpt tny paed.







Monday, January 14, 2013

H.A.M.P.A.


Camana nk update blog klu internet xde connection?? Jenuh nk taip kt henset sbb nk taip entry panjang2 time ni plak byk idea dtg. Alahhaaiii.

Ntah ape kene la pc ni. Pg td ok jer. Abgg teknisennn...tulun2..


Thursday, January 10, 2013

Maafkan saya..:'(

SALAM uolz..

Did u noticed that i had a mistake on the previous entry?? *malumalumalu* Ngeee.

" bukan ape, aku penah terpikir, mntau Danish dh besar nnt bole bace balik. At least die tau mn die penah pegi, ape die makan, selain drpd gambar2 yg jadikan bukti."

Dah la terang, lagikan bersuluh, aku dh silap. Aku xpenah wat enrty pasal tu sebelum ni. Ngee. Memang masa Danish start 6 bulan aku wat bubur utk dia. N tiap kali aku wat, aku akan amik gambar utk masuk dlm belog. Tp, disebabkan mak ni bizi teramat, belog ni terabai beberapa ketika. *Sigh*

Bole lagi ke nk putarkan blk masa? Atau buat blk entry dr mula? Ohh..tidak. tidak. Aku paling malas nak menaip+memerah otak memikirkan ape yg nak tulis. Yeah. *jawapanyangbernas*. Heee..

Xpe la. Lepas ni, In Sha Allah.. Bnd ni xkan jadi lagi. Ape je yang terlintas, ape yang aku ingat n ape yang kami lalui akan dimasukkan terus dlm blog ni. ;')

#Danish baru baik ciritbirit. Nanti aku citerkan cmane bnd ni bole jd n cara mengatasi. Sian tgk dia. Badan pun dh susut. 

Ok, sekian utk kali ni. klu ada masa esok aku update lajulaju psl entry Danish ni ye.

**aku br follow satu blog ni. nama pemilik blog FARAH RAHIM. best sesangat. ada banyak resepi bkn je utk kite tp utk anak2. tq fifi sebab tlg promote blog ni kat aku. =)




Monday, January 7, 2013

Sekadar Perkongsian | Yahudi Bijak, Kita Tertipu??

SALAM  Isnin uolz..

Baru2 ni terbaca dekat iPANAS Blog pasal bende ni. Pernah terbaca dulu, kat fesbuk xsilap. Bila nak cari blk xingat kt mn n xtau key word ape nk carik *alasanjetu*. Ni la gunanya ada blog sendiri. Kan? Bole dijadikan bahan rujukan sendiri, selain mencatat kenangan. Aku? Menulis blog hanya sekadar suka2. Blog ni merupakan catatan aktiviti family. Aku xde diary, so tulis kt blog je la macam patenliyana x? Hahahhaa.. bukan ape, aku penah terpikir, mntau Danish dh besar nnt bole bace balik. At least die tau mn die penah pegi, ape die makan, selain drpd gambar2 yg jadikan bukti. 

Ok, aku dh start melalut. Jauh menyimpang dr tajuk kt atas!

Ni aku copy paste je dr blog ipanas. Kalau korg nk carik blk kt blog tu pun bole. Klik je link kt atas tu. Ok?




Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!



Wednesday, January 2, 2013

Happy Birthday Adam Danish..

SALAM uols..



Harini genap la setahun usia permata hati aku+hubby, Adam Danish. 
Baby, semoga adik dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik, dilindungi Allah, jadi anak yg soleh, beriman, beramal, berilmu, bertaqwa & taat perintah Allah.
Mama n papa sentiasa ada disisi kamu.
Luv u sygg..muaahh..muahhh..muaahhhh...
<mamapapa>


Meh cni..tepek sket gambar besday boy kt cni.;')


ADAM DANISH B IKHWAN
-xoxo-
*semoga entry ini menjadi kenangan bila adik besar nanti. Sobs. sobs. sobs.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah