Showing posts with label Hotel Budget. Show all posts
Showing posts with label Hotel Budget. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Part 4 - Homestay & Kereta Sewa Langkawi

Assalam.

Percutian ke Langkawi kali ni ktorang tak dapat stay kat RPP (Rumah Peranginan Persekutuan) Langkawi. Ok, aku cerita dari awal ye, buat pengetahuan korang, RPP Langkawi di buka utk booking online 3 bulan sahaja. Maksudnya, macam aku, pegi bulan 9, so aku kena book bulan 7 sebab dalam sistem BPH akan keluar utk bulan 7, 8 n 9 sahaja. So bila dah bulan 7, bukak sistem nak book-tak boleh! Call BPH katanya sekarang ni dorang bukak utk 2 bulan pulak. Ok fine! So 1hb 8 bukak balik, sistem down! Call BPH dr pg memang tak dapat!! Petang baru dapat cakap. Katanya sistem tutup, 17hb baru bukak balik. Urut dada aku menahan sabar. 17hb - bole bukak tapi selowww sgt3. Masa ni aku dah malas nak try dah. Papa d yang buat. Katanya sistem baru, harga bilik dah naik. Lepas tu macam2 benda pulak nak. Kene daftar la, scan payslip bagaii--ni aku tak tau ye sebab aku takde bukak tengok pun. I is tawar hati ngan BPH! :P

Dalam dok try-tak boleh, try-tak boleh tu, ktorang ada jugak survey lain2 hotel. Memandangkan ktorang pegi ngan mertua, so papa d decide dok homestay je laa, senang! Tapi kene cari yang ade swimming pool untuk menyenangkan hati si bujang.

So homestay n kereta sewa memang papa d yang uruskan A to Z. Cuma dia akan tanya aku, ok tak? Lepas pilih-pilih, tapis-tapis, tambah tolak sume ktorang pilih 'Kondo Istana' betul2 tengah Pekan Kuah, bersebelahan dengan hotel n Kompleks HIG. Papa d dapat contact num dr mudah.my.

Gambar-gambar ni semua dari owner homestay, aku tak sempat nak amik gambar masa sampai. Dia whatsapp dulu gambar sebelum bayar deposit aritu.

 Kondo Istana

 Hall

 Master bedroom

 2nd bedroom

Swimming pool

Ktorg pilih apartment 3 bilik. Tapi 1 bilik tu tak pakai pun. 3rd bedroom xde gambar ada katil single 2. Untuk apartment 3 bilik ni kami stay 3 hari 2 malam + kereta nissan sentra RM400. Kiranya 1 malam RM200. Tapi ada +RM20 sebab mintak kereta hantar kat airport. 

Kereta Nissan Sentra

Bagi aku la, ikhlas dari hati, homestay ni ok cuma owner kena lebih peka dgn kebersihan apartment tu terutama toilet. Memang masa sampai2 je aritu, papa d kene settlekan toilet dulu. Sental abis sebab MIL takleh nak masuk, kotor sangat! Kat hall, bilik, dapur ok lagi. Toilet je zero! Kereta ok, tapi biasa la kan, kereta sewa, mana nak dapat macam kereta yang kita jaga. Danish masa mula2 masuk memang buat muka. Sanggup tido duduk sebab taknak baring kat seat. Nangis2 suruh amik kereta ktorang. Hai la anak..payah betul! Tapi ok la kan, ktorang pun memang cari yang murah. 

Aku recommend kat officemate aku homestay ni sebab dia pun jenis tak kisah, n bukan nk dok kat toilet doploh pat jam kan? N aku cakap kat dia suruh owner pastikan toilet bersih. So nanti kita tengok perubahan ok? Lepas dia pegi bulan 10 ni aku update pulak cmane. Kalau ok, nanti aku masukkan no fon owner.

Sekian,

Dari yang frust tak dapat book RPP,

-aku letteww-

 





 

Monday, June 16, 2014

Hotel Budget | Hotel Elite Kuantan

Assalam.

Ini adalah entry backdated.

01 Mac 2014
Tarikh atas ni ialah tarikh ktorg (aku n family in laws) pegi Kuantan. Dalam tahun 2014 ni byk kali jugak ktorg pegi cni n byk jugak hotel bajet yang penah ktorg duduk . So aku akan share hotel yang mana aku penah menginap, yang mana aku pegi la ye, sebab papa d yang kerap pegi ngan parents in law. Bila aku dah pegi, ada la aku amik gambar hotel sikit2. So nak share kat cni. Mana tau ada yang mencarik.

Tujuan utama ke Kuantan, utk melawat arwah asu. Yes. Arwah. Kan aku ckp ni entry backdated. Arwah asu meninggal 3 Sept 2014 sebab breast cancer. Asu - adik kepada MIL. So ktorg akan ke Kuantan kalau dia lepas kemo, sakit n saja melawat. So kat cni aku saja memberi info pasal hotel bujet yang murah n selesa yang penah aku pegi.

Kali ni nak share pasal Hotel Elite yang baru di buka, murah, bersih n selesa. Terletak betul2 di tengah2 pekan Kuantan. Disebabkan ktorang nak melawat arwah kat Hospital Kuantan, FIL pilih hotel yang berdekatan. Senang. Memang dekat sangat dengan hospital. Hotel ni tepi jalan je dekat seberang Taman Esplaned. Cuma kena u-turn utk masuk hospital. Memang senang!


Masa aku pegi tu, memang btl2 baru lagi.

Bilik ni tak la besar tapi cukup selesa utk ktorg. Setakat tidur semalam, ada ruang nak tido, ada ruang nak solat, ok dah! Harga bilik RM80 sahaja.




Meja comel

Toilet bersih sangat. Nora bagi 4 bintang. 1 lagi bintang sebab takde bathtub ;p


Hotel bajet pun ada heater ok. Tak la sojuk ko mandi pagi2. Haha.

Amboi kemahen 2 beranak ni landing2. Kat btl2 ujung katil ni ada tv plasma terlekat kat dinding.

Contact num hotel buat yang nak booking direct.

Iron board ada kat tingkat 1. Bagi aku, hotel ni ok sgt. Murah. RM80 semalam utk weekend, berbaloi kan?Sebab baru lagi, memang BERSIH sgt. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah