Friday, August 12, 2016

Kemuncak Raya | Jamuan Raya Kompleks C & Aras 7

2 Ogos 2016 - Jamuan Raya Kompleks C
Tahun ni jamuan raya bergabung lagi dengan jabatan/kementerian lain yang ada kat Kompleks C ni. Jadi untuk jabatan memang dah takde dah la. Ok je. Meriah pun meriah tgk orang berebut amik makanan, beratur amik makanan. Artis jemputan utk tahun ni Aris Ariwatan & Shiha Mentor.

 My 'tablemate' ;D

 Jamuan raya parcel c ni mmg gambar selfie saje2. Jadi layankan aje la ye ;)



 #teamrayabiru

Memang banyakkk sangat makanan. Sampaikan ada yang cerry berry keesokkannya, (termasuk la aku). Huwaaaa.

9 Ogos 2016 - Jamuan Raya Aras 7
Jamuan raya bahagian ktorang bergabung dengan 2 bahagian kt aras 7 ni. Kali ni kecoh ngan adanya 'boomerang'. Ngan2 aku skali ter'install'. Sebelum ni tak penah kesah pun. Hahaha. Hebat kan penangan boomerang. Pengarah2 ngan KP pun terpengaruh skali. Kikiki.

 Main menu "Nasi Tomato" tapi takde dalam gambar.

Drama sgtt ni ;')

 Kat 'booth' ABC.

 Manis ke idok? LOL. Me ngan replika rumah oleh Kelab BMP.

 #inikanraya marilah kita sama2 bermaafan.





 Bergambar bersama KP dan pengarah2 bahagian

Bahagian Metodologi & Penyelidikan, Jab Perangkaan Malaysia.

Sekian gambar raya utk tahun ni.

In sha Allah jika dipanjangkan umur, berjumpa lg dengan Ramadhan & Syawal tahun depan.

___________________________________________________  

 





Monday, July 11, 2016

Salam Lebaran 1437H!

Assalamualaikum
 
Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Maaf andai ada penulisan aku yang menyakitkan hari korang, comment2 aku kat blog korang, comment2 kt fb, ig n apa2 je la yang menyakitkan hati korang. Tahun ni #teamrayaperak yeayyy! Ktorang bertolak lepas terawih ari Isnin tu. Alhamdulillah perjalanan lancarrrr sangat. Tak macam tahun2 sebelum ni. May b orang dah balik awal kot. Jom layang gambar hari raya pertama #teamrayaperak.
 
 Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin dr kami..
Tema #raya2016 tahun ni, HIJAU

Family photo
Ni antara yang 'elok' 

 
Rumah pertama kami lepas solat hari raya. Rumah makcik di Simpang Empat, Semanggol. Maciaamm maciammm ada. Sume sedap2 pulak tu.

Rumah kedua, sepupu di Selinsing

 Rumah ketiga, kg nenek belah mak. Kenapa ketiga? Hihihi. Sebab pegi yang jauh dulu. Kami konvoi ramai2 dr kg atok belah abah.
Aku #berselipar hahaha. Ingatkan dalam gambar tak nampak. Tu yang bila upload fb/ig kene tepek emoicon sket. Perkenalkan dr kiri kakak sulung, kedua n mak. Kami adik beradik 4 orang je. Sulung abang, takde dalam gambar.

Rumah keempat, view jalan je. ;)

Kelima n keenam takde gambar sebab perut dah penuh. Semua pakat tersandarrr. Haha!

 Sepupu, kawan baik, kawan gaduh. Sorang lagi kene chickenpox kene kuarantin.

Ok la, setakat tu je gambar #rayapertama kitorang. Letak banyak2 kang korang bosan pulak. Harini aku dah start keje. Soo bertabahlah! Kerja masih dalam #moodraya ni. Dengar lagu raya pun rasa nak nangis.

Akhir kata,





 Nanti tuan tanah datang beraya umah korang ye! Jangan lupa sediakan ketupat n rendang. See ya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah