Monday, January 16, 2017

First Day Danish ke Tadika Islam

Alhamdulillah.

Sehari lepas umur berganjak ke 5 tahun, untuk sesi 2017 Danish dapat masuk Tadika Islam bawah MAIWP dalam Putrajaya jugak.

Hari 1st, mama papa cuti untuk tengok cmana Danish kat sana. Bukan apa, kita nak tau jugak perjalanan harian sekolah macam mana. Alhamdulillah. Danish ok sangat. Takde nangis2. Dah biasa sekolah agaknya. Petang teruskan dengan KAFA pulak. 

 Tahun baru, sekolah baru, semangat mesti baru. Yang belakang tu pulak start 2017 ni masuk kelas Toddler kat SiComel. Harap anak-anak mama baik2 aje! Danish tak dapat baju korporat lagi. Kasut sekolah pulak 1st day sekolah dah tak muat. ~sigh~

Alahaiii..dah besauu anak mama.


Tengahari lepas mandi, salin baju kafa pastu makan. Seronok tengok anak2 makan ramai2. Siap ada yang tambah tau. Hihihi.

 Untuk yang tanya berapa Yuran Pendaftaran Tadika Islam MAIWP sesi 2017. Ni dia detail:
 
 Ni detail kalau nak hantar sampai tengahari je. Yang bawah ni untuk kafa.
 
Yuran ni sume dah settle bape ari sebelum Danish masuk sekolah. Alhamdulillah Allah permudahkan semua. Kitorang risau jugak kalau tak dapat sampai petang, mana pulak nak cari transit untuk Danish. Tapi alhamdulillah dah selesai semua. Harap2 anak mama ok la sampai hujung tahun.






3 comments:

eima said...

semoga rajin sekolah dan berjaya

~Aida@MommyAqilMedinaAmmar~ said...

Alhamdulillah..mesti danish seronok pergi sekolah..tgk muka pun memang suka berkawan..Happy Schooling Danish.. :)

Busyra Bt Takiyudin said...

comelnya danish. :) btw singgah sini dan salam kenal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah