Showing posts with label homestay. Show all posts
Showing posts with label homestay. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Part 4 - Homestay & Kereta Sewa Langkawi

Assalam.

Percutian ke Langkawi kali ni ktorang tak dapat stay kat RPP (Rumah Peranginan Persekutuan) Langkawi. Ok, aku cerita dari awal ye, buat pengetahuan korang, RPP Langkawi di buka utk booking online 3 bulan sahaja. Maksudnya, macam aku, pegi bulan 9, so aku kena book bulan 7 sebab dalam sistem BPH akan keluar utk bulan 7, 8 n 9 sahaja. So bila dah bulan 7, bukak sistem nak book-tak boleh! Call BPH katanya sekarang ni dorang bukak utk 2 bulan pulak. Ok fine! So 1hb 8 bukak balik, sistem down! Call BPH dr pg memang tak dapat!! Petang baru dapat cakap. Katanya sistem tutup, 17hb baru bukak balik. Urut dada aku menahan sabar. 17hb - bole bukak tapi selowww sgt3. Masa ni aku dah malas nak try dah. Papa d yang buat. Katanya sistem baru, harga bilik dah naik. Lepas tu macam2 benda pulak nak. Kene daftar la, scan payslip bagaii--ni aku tak tau ye sebab aku takde bukak tengok pun. I is tawar hati ngan BPH! :P

Dalam dok try-tak boleh, try-tak boleh tu, ktorang ada jugak survey lain2 hotel. Memandangkan ktorang pegi ngan mertua, so papa d decide dok homestay je laa, senang! Tapi kene cari yang ade swimming pool untuk menyenangkan hati si bujang.

So homestay n kereta sewa memang papa d yang uruskan A to Z. Cuma dia akan tanya aku, ok tak? Lepas pilih-pilih, tapis-tapis, tambah tolak sume ktorang pilih 'Kondo Istana' betul2 tengah Pekan Kuah, bersebelahan dengan hotel n Kompleks HIG. Papa d dapat contact num dr mudah.my.

Gambar-gambar ni semua dari owner homestay, aku tak sempat nak amik gambar masa sampai. Dia whatsapp dulu gambar sebelum bayar deposit aritu.

 Kondo Istana

 Hall

 Master bedroom

 2nd bedroom

Swimming pool

Ktorg pilih apartment 3 bilik. Tapi 1 bilik tu tak pakai pun. 3rd bedroom xde gambar ada katil single 2. Untuk apartment 3 bilik ni kami stay 3 hari 2 malam + kereta nissan sentra RM400. Kiranya 1 malam RM200. Tapi ada +RM20 sebab mintak kereta hantar kat airport. 

Kereta Nissan Sentra

Bagi aku la, ikhlas dari hati, homestay ni ok cuma owner kena lebih peka dgn kebersihan apartment tu terutama toilet. Memang masa sampai2 je aritu, papa d kene settlekan toilet dulu. Sental abis sebab MIL takleh nak masuk, kotor sangat! Kat hall, bilik, dapur ok lagi. Toilet je zero! Kereta ok, tapi biasa la kan, kereta sewa, mana nak dapat macam kereta yang kita jaga. Danish masa mula2 masuk memang buat muka. Sanggup tido duduk sebab taknak baring kat seat. Nangis2 suruh amik kereta ktorang. Hai la anak..payah betul! Tapi ok la kan, ktorang pun memang cari yang murah. 

Aku recommend kat officemate aku homestay ni sebab dia pun jenis tak kisah, n bukan nk dok kat toilet doploh pat jam kan? N aku cakap kat dia suruh owner pastikan toilet bersih. So nanti kita tengok perubahan ok? Lepas dia pegi bulan 10 ni aku update pulak cmane. Kalau ok, nanti aku masukkan no fon owner.

Sekian,

Dari yang frust tak dapat book RPP,

-aku letteww-

 





 

Tuesday, November 25, 2014

Throwback : Jalan-jalan Terengganu

Assalam.

Disebabkan henset dah sarat naww ngan gambar terpaksa jugak buat entry 'terobek'. Entry backdated ni di taip 18 Mei 2015.

Hujung bulan 10 tahun lepas ktorang ke Terengganu. Sepupu papa d (papa danish darwish) kawin ngan orang Kuala Terengganu. Tengah sarat 6 bulan ku gagahkan jugak pegi. Ngidam nasi dagang terengganu punye pasal. Alahaiii.

24 Oktober 2014
Bertolak dr Putrajaya ngan family mertua. Sampai tengahari terus ke homestay yang pengantin dah book kan utk family belah laki berkumpul. Mines Homestay kat Kuala Ibai sangatttt selesa. Besar. Agak murah sebab pengantin perempuan (Ekin) kenal ngan owner.

 Rumah teres 2 tingkat yang super BESAR.

Contact number owner. Fb Mines Homestay Kuala Ibai. 
Gambar boleh tgk dalam fb.
Petang tu ktorg be3 kuar jjcm kot2 ada kopok lekor ke apa nak nyunyah.

Jumpa kedai ni 'Warong Keropok Kosong Kosong Tujuh'

Ada pulak nasi dagang petang2 ni. Mula papa d order satu je kengkonon nak share je. Belagak sgt! Sekali rasa, ya ampunnnn! Terus order lagi satu makan sorang2. Papa d try jugak laksam. Sedap jugak. Aku tak berapa minat sangat laksam tapi kalau dah penggemar laksam kata sedap, aku nak kata apa? Ktorang order jugak keropok lekor. Hah kaww! Nampak x pelahap di situ? Macam-macam order, sume nak makan. Hak3.

 Nasi Dagang Terengganu..yummmyy!

 Keropok Lekor RM5.

 Laksam.
 
Balik je homestay, tersandorr sume. Hahaha. Esoknya pepagi ke Masjid utk majlis nikah. Pihak pengantin perempuan buat karipap ikan, ni first time makan. Sedap jugak. Banyak lagi makan lain tapi sebab dah kenyang pagi tu makan nasi dagang lagi, tengok tak tengok je la makanan yang ada.

 Otw gi kenduri.

Demoks!

Me @ 27weeks

Selamat pengantin baru utk Anep n Eqin.

Me 1st time sampai cni, Pasar Besar Kedai Payang. Agak teruja nak masuk. Betul la orang kata, kat Terengganu ni memang banyak bersepah2 orang jual emas. Tapi aku tak de bajet ke arah tu. So takde tengok2 pun. Kalau sampai cni lagi lain kali kene kumpul duit bebanyakkk dulu.

Aku mencarik ini! GERAMMMM. Hahaha. Tapi beli sepasang je. Siyes cakap harga sama macam officemate aku jual je! Mahal! Mencikk!

Keropok2 banyak la. Beli sket je buat buah tangan.

Dah puas shopping takde la sopping byk sgt  masa utk checkin hotel. Hotel yang jadi pilihan, Hotel Tanjong Vista. Dekat je dengan Pasar Payang. Mula nak book PrinzPark Hotel, tapi lepas baca bad review terus cancel!

 Lobi hotel.





Iron+iron board, sejadah disediakan.

 Takde orang. So dua anak beranak ni conquer swimming pool. Swimming pool dalam bangunan so tak panas. Tengahari buta nak mandi pun ok je.

 Gediks! Bilik weols di tingkat 12. Weee. Kecut perut tgk bawah.

Malam tu weols makan kat kedai biasa2 je. Tak ingat nama kedai, abg ipar aku yang bawak tapi depan tu ada sungai. Tapi yang menarik kat cni, nasi air (bubur) dia. Sume order nasi air kecuali aku, sebab aku memang takleh nak masuk. Aku order nasi goreng je.
 
Ni satu lagi yang special kat cni, Air Soda Gembira.

Pagi kitorg bfast kat cafe hotel. Tapi aku tak dapat nak merasa Nasi Dagang kat cni yang orang dok cakap sedap tu. Pagi tu cuma ada Nasi Goreng ngan Nasi Minyak Tganu je. Bantai je la. Nasi minyak dia pun sedap. Haii kat Tganu ni sumenye sedap2!

 Tak ramai lagi masa ni. Boleh makan dengan tenang.

Lepas makan bawak Danish gi mandi lagi. Lepas tu siap2 nak balik. Jauh lagi perjalanan kitorang. Sebelum balik sempat lagi singgah kat kedai kopok lekor yang fames emes kat Seberang Takir.

 Keropok Lekor B.T.B 2209 terletak di Kg Bukit Tok Beng. Siyesss seeeedaaap! Tapi kena amik no tau. Kalau makan kat ctu lagi sedap sebab panas2 tapi sebab kitorang nak cepat, beli bungkus je. Macam2 jenis kopok lekor ada. Tapi aku beli yang biasa je sebab yang cheese ms tu lama nak kene tunggu.

Tu je cerita Terengganu kitorang. Tapiiii memang nk pegi lagi. In sha Allah tunggu Darwish besar sket. Makanan sedap buatkan nak pegi lagi. Kali ni kene pegi lama sket. 3 ke 4 hari baru puas. Hak3. Ok la. Bai.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah