Thursday, October 31, 2013

Al-Fatihah

Assalam.

Sebenarnya entry semalam auto publish. Dah tulis masa ari Selasa lepas. Aku EL semalam. Pak Ngah papa meninggal (FIL's brother). Arwah meninggal dalam tido. Alhamdulillah sume dipermudahkan semalam. Dari mandikan jenazah, kafankan, then kebumikan. Segala2Nya dipermudahkan.

We're shocked!

Sangat touching bila lepas semayangkan jenazah, mak arwah (uwan papa) baru sampai n cium jenazah. Alhamdulillah sempat tengok jenazah sebab orang surau xnak tunggu lama. Bayangkan masa sebelum semayangkan jenazah (sebelum 1130pg), uwan baru sampai Tol Sg Besi (mereka dr Seremban) dlm masa setgh jam bole sampai Selayang. Alhamdulillah Allah permudahkan dan uwan dapat tengok Pak Ngah wat kali terakhir.

Al-Fatihah untuk arwah. Semoga Allah tempatkan rohnya dalam golongan orang2 yang beriman. Amin.

Wednesday, October 30, 2013

# Wordless Wednesday # Kenangan dr Langkawi

Assalam.

Aku citer kat sini pasal ktorg ada beli gambar kan? Gambar masa kt middle station cable car. Ok, ni la dia. Gambar RM25, yang bekas kaca tu (xtau ape ke namanya) RM15.

Ok la, ada la jugak kenangan dr Langkawi. Kenangan yang lain sume dah masuk perut. (Cekelat la tu)
Hahahaha!






# Wordless Wednesday # Langkawi - No Island Hopping

Assalam.

Hi korg. Ok ni antara salah satu sebab kenapa weols tak jadi island hopping kt Langkawi aritu. Yes. Aku takut. Aku penakut. Cakap la apa korang nak cakap. Tapi ni bukan masa yang sesuai untuk aku n family. Teringin memang teringin. Aku baca paper ni sehari sebelum ktorg gi Langkawi. Seyes aku takut. Angin tgh kuat skang. Memang xsesuai nak bawak Danish. Nak ke Pulau Payar ape tah lagi. ;'(






Tuesday, October 29, 2013

Part 3 - Bird Paradise & Wildlife Park

Assalam.

Ok entry ni bersambung dr entry ni .

Lepas gi Underwater World weols blk hotel trs. Nak rehat2, solat. Teringin benau nak makan mee udang yg belakang Langgura Baron Resort tu. Dekat je ngan underwater. Tapi dah konyang. Terpaksa la lupakan dulu. Dekat kul 5 br kuar blk trs gi Wildlife Park. Kalau dr Idaman Suri trs je menuju ke Ulu Melaka.


Harga Tiket dgn MyKad:
Dewasa RM15
Kanak-kanak (3-12yrs) RM10


Waktu Operasi
8.30am - 7pm
The last entry is at 6pm

Ni dalam sangkar besar. Macam2 burung ada.

Kt depan tmpt masuk td ada org jual makanan untuk bg kt binatang2 kt sini. Tapi ktorg xbeli pun. Suma pakat penakot penakott. Huhu

Ni antara hewan2 yang ada, macam burung2 tu korg bole bg makan ikut gambar yang ditunjukkan. Bagus tau cmni. Kita akan rasa dekat je ngan 'mereka'.


Teringin nak bawak Danish masuk rabbit farm tp aku sendiri pun takot. Setakat sekor dua aku ok lg tapi aku xleh bayangkan kalo sekali 10 ekor datang kerumun. Confirm aku dulu yang lari.
Haa..yg ni kau jgn nak gatal2 bg dia makan. Kang tangan kau dia makan. Aku xjamin. Haha

Haa..kan aku dah cakap. Tak banyak pun gambar yg aku amik. Ni gmbr kt depan masa nak balik dh. Time tu pun dh dekat kul 7. Zasss.. kami cari tempat makan.

Mlm ni tempat makan yg jadi pilihan kt Pantai Cenang. Weols mkn kt Restoran Hj Ramli. Ok la. Harga pun tak mahal sgt. Service pun cepat. May b sebab tak ramai orang.

Tom yam dia yg menarik. Yang lain biasa2 sajo. Tomyam semangkuk RM8 n siap ada ketam ok. Daging masak merah kureng sebab daging liat. Sotong goreng tepung biasa je. Tapi ok la. Bole diterima tekak. Aku penah terbaca tentang review restoran ni dia cakap xsedap, service lambat n mahal. Bagi aku, ok la. May b rezeki aku. Kot la ms aku gi org ni yg masak org lain pegi lain plak yg masak. Kan?

Sebenarnya, aku nak makan kat The Bamboo Cenang (kalau dari AirPort sebelum Maritus) tapi xjumpa la plak. Xtau celah mn dia duduk! Korg kalau jumpa try la. Yang femes kat ctu Black Pepper Crab/ Butterprawn, Sotong Goreng Tepung n Ikan Bakar. Sampai bilik terus tido kekenyangan. Pagi ktorg bfast kt Cenang je. Xlarat dah nak gi jauh sebab lepas tu nak bwk Danish mandi swimming pool plak.

Kalo korang nak tau, si Adam Danish ni dr bilik sampai la pool ni camtu la gayanya. Excited betul nak mandi.

Ni namanya tido orang kayoo! Lepas penat mandi, pengsan kepenatan.

Sebelum gi AirPort terjadi 1 tragedi yang membuatkan aku terpaska punggah beg 2-3 kali. Tapi biar lahh 'itu' menjadi rahsia & kenangan kami. Hihihi. Lepas tu terpaksa la gi Pekan Kuah, cari beg 1 lagi.

Gelagat Danish kat AirPort:



Asalnya masa pegi ada beg A ngan B je. 3 ari kat Langkawi beg aku terberanak jadi 4. Yang C tu isi cekelat saja! D isi baju basah mandi tadi n cekelat sket. Yang plastik biru tu hasil rembatan aku, set casserole.

Ok uols entry Langkawi tamat di sini. Salah dan silap harap dimaafi.


Sekian ^.^

Monday, October 28, 2013

Monday Blues~~

Assalam.

Aku EL arini. Adam Danish demam. Tapi Alhamdulillah skang dh ok. Malam td panas btl. Kul 2 lbh aku tejaga tgk panas lg. Aku tuam kt dahi. Menagis macam kena dera. Mama bkn saje. Mama nak adik cepat sihat.

Aku br lepas masak bubur Danish. Bubur ayam ala2 bubur mcD. Skang tgh bergolek2 ngan si manja ni tgh tggu mood nak tdo blk. Tido la dik. Mama nak masak utk mama plak. Masak ayam goreng kunyit sajoo lahh.


Budak demam yg masih mampu tersenyum. Get well soon sygg!

Bubur ayam ala2 mcD. Resepi aku amik kt blog Erina.



Friday, October 25, 2013

My Dear Warehouse Sale 25 Okt - 4 Nov 2013

Assalam.

Hi korang. Sebelum ni aku penah share kat sini kan. Skang My Dear wat sale lg. Baru start arini. Jom jom jomm.


Sebenarnya nak up kat kawan kiter yang tgh peknen skang ni. Tapi dia tu dok main teka teki lg. Xpe la.. kita tunggu......

Part 3 - Cable Car Langkawi & Underwater World

Assalam.

2nd day @ Langkawi.

6.30 pagi ms nak bangun solat si Adam Danish dh bangun poo~poo. Cuci terus mandikan. Tu yang program arini bermula awal. Kul 7 lebih ktorg dh kuar bfast kt luar. Bfast kt hotel tu kena byr RM8 sorg. Lgpun bkn buffet bfast n yg penting bkn dekat Holiday Villa. Kat federal Villa je. Huhu. Pagi ni plan nk gi Cable Car. Takut petang cuaca xelok, tutup plak. Aku lupa nak call dulu tanya macam yg disarankan fifi . Korg kalau dah sampai Langkawi nk gi Cable Car baik call dulu tanya bukak ke x. Sebab kalau angin kuat, Cable Car tutup. Dah buang masa disitu. Bole call no ni SkyCab (Langkawi Cable Car) 04-9594225/1225.


KAMI sebelum keluar

Tuan tanah ngengada. Acecece!

Ktorg bfast kt gerai ni. Jumpa masa otw ke Cable Car. Lepas roundabout AirPort tu belah kanan. Sedap gle roti canai dia weh! Roti canai je pun. Haha. Tapi seyes sedap. Melayu tau bukan mamak. So pg ni ktorg berbfast roti canai sajo. Xdapat nak makan thosai telur kari kambing yang aku teringin tu! Jauh ngat kt Ulu Melaka nun.

Disebabkan kul 8.45 dah terpacak kat Oriental Village, mari lah kita jln2+amik gambar dulu. Kedai2 pun xbyk yg bukak lg. Padan muka aku! Sapa suruh xnak call dulu tny. Mati2 aku ingat bukak kul 9 ghupanya kul 10. Ciss!

Aktiviti membuang masa. Haha.

Kul 10 br kaunter bukak. Ktorg la org yg depan skali beratur.

Harga tiket dengan MyKad:

Dewasa RM15
Kanak-kanak (2-12 yrs) RM10

Waktu Operasi:

Isnin - Khamis 10am- 7pm
Rabu 12pm - 7pm
Jumaat - Ahad, Cuti n cuti sekolah 9.30am - 7pm

Harap maklum, kalau xde IC harga RM30 ok. Jadi jgn lupa bwk IC tau!

Danish xlekang dgn botoinya. Time ni dah tinggi dah. Air Asia lalu sebelah je. Ok, ni tipu! Hahaha.

Kat top station ktorg turun. Rugi la plak xamik gambar kan. Bukan senang nak pujuk partner aku tu naik. Aku pun menggigil jgk. Hahaha

Ok, we are 700 meter above sea level. Yeehhhaa! Kat top station ktorg ade beli gambar yg dorg amik masa kat middle station. Cantik. Kira puas ati la beli. Nasib baik beli. Bila sampai bwh ada 1 group (yg amik gambar ktorg ms mula2 nak naik td) offer gambar jgk. Tapi xsecantik yg ktorg beli tu. Gambar xclear.

 6D CineMotion
Aku amik gambar je lah. Xdapat nak masuk. Kang pengsan plak Adam Danish kt dalam tu. Wahahaha. Harga tiket xtau.

Xjalan sgt pun kt Oriental Village sbb dh panas terik. Nak lunch kat Jom Ikan Bakar, Padang Mat Sirat tapi ms lalu ctu awal lg, dorg pun baru nk idupkan api. 

Ktorg lunch kt cni je. Gerai sebelah Shell Kelibang. Byk gila lauk. Pilih je dan bayar!
Selesai makan trs gi Underwater World. Tapi xbyk sgt gambar aku amik kt sana. Aku rasa ikan kt sana mcm dh xbyk.

Harga tiket dengan MYKad:

Dewasa RM28
Kanak-kanak (3-12yrs) RM18
 Tanpa MyKad Dewasa RM38

Waktu Operasi

Daily 10am - 6pm
Public/ School Holidays 9.30am - 6.30pm

Weols smpi Underwater World lebih kurang kul 2.15. Pandai kan aku bajet time? Sumenya sebab ni la. Kunun nk tgk ikan makan. Tapi xdpt pun. Dah mls nak patah blk.

Ni akuarium kt dpn kaunter masuk. Besau ikan kau!




Kt dlm ni ade kiosk yg jual makanan ringan mcm aiskrim, waffle, jagung dll. Dorang ni dok lepak sambil mkn eskrem. Bukan main lg kau ye Adam Danish.

Ok la. Sambung next entry ye. Ade sket je lg nak citer.



Petang tu ktorg ke Bird Paradise Wildlife Park.

Ok bye~~

Wednesday, October 23, 2013

# Wordless Wednesday # Gelagat Si Anak




~Suke la sangatt kann die tu!~
@ Oriental Village, Langkawi

@ Air Port Langkawi


Tuesday, October 22, 2013

Part 2 - Makan & Shopping @ Langkawi

Assalam.

Bertemu kembali.

Cerita Langkawi kita padat2kan dlm entry kali ni. Malas nak wat ber'part2' plak. Sebab xbanyak pun tempat yg aku gi. Kita straight to the point ok?


Masuk je terminal dh tercongok tggu beg(*). Tapi papa la. Aku dok melayan si Adam Danish sibuk nk tgk fish kt akuarium kt ctu. Sian kt abang kete sewa tggu lama (Haha). Nak kuar tu ada org bg map bagaii. Aku amik la. Memang tu yg aku carik. Benda tu amat berguna kalau korg plan nk jln2. Bagi merancang perjalanan. Walaupun Pulau Langkawi xbesar, tp jarak tempat2 menarik bole tahan jauh2 jgk. Tu yang aku kata kena rancang perjalanan. Contoh dr Cable Car nk gi Mahsuri, jauh tau. Korang bole plan gi tempat lain yg berdekatan ngan Cable Car mcm Telaga Habour, ke dpn sket bole gi Crocodile Farm. Kalau la..tp aku xdpt gi pun. Hukhukhuk.

* Aku lupe nak citer kt Part 1, lugage ms pegi aku amik 15kg je. Balik 20kg. Aku pun xtau ape yg aku isik, ms pegi berat lugage jadik sampai 15.4kg. Hamik kaw! Nasib baik abg airsia baik hati. Kalau x kene byr dekat rm35 jgk. So korg pandai2 yer.
 
Ni kete yg ktorg sewa Kia Picanto RM60/day. Tapiii (ade tp ye) Its not recommended! Carik je la kete Masia. Viva ke Myvi ke, Vios pun ok. Xsampai sehari ktorg pakai rase nk tukar je kete lain. Tapi sume dh xde. Pakai je lahh. Minyak pun bole tahan. Kalau org biasa citer gi Langkawi xyah isik minyak byk, cukup RM20 utk 3 hari, bagi ktorg, jentera ni matekedarah. 3x isik minyak uols.



Weols kuar airport pun dh dekat kul 330. Terus nak gi checkin. Tapi sebelum tu nyinggah kt Pantai Airport dulu pekena Laksa Power. Betul2 power bak ang! Bukan setakat laksa, cendol pun meletopp. Char kuehy teow lg la meletop letopp ols. Ok, xsusah pun nak carik. Gerai ni tepi pantai je. Sebelah je ngan gerai 'Laksa Ikan Sekoq'.

Ni la laksa power yg aku cakapkan tadi.

Haa.. ni pulak cendol yang meletop tu. Kekeke

Haaa..ni la char kuey  teow yg meletop letopp tu. Tapi syg, aku dpt mkn sesudu je. Yang lain dihabiskan oleh tuan yg punya tgn tu. Adooiii.

Ktorg dok kt Rumah Peranginan Persekutuan (utk kakitangan kerajaan) atau nama komersialnya Federal Villa. Wahh ada nama komersial kau! Kerrlass! Haha. Papa apply kt bph. RM55 semalam. Federal Villa diuruskan oleh Holiday Villa, so dapat la merasa macam dok kt Holiday Villa. Ngeee~~


Check in kat Holiday Villa n kene byr deposit RM100.

Ok ni dia bilik yang berharga 55 hengget tu. Besau kau!

Siap ade sofa bed lagik. Bole la klu anak dh besar nak tdo kt ctu.

Ni gambar keluarga bahgia kami. Ngee. Lariiii.

Dah solat jamak, rehat2, mandi suma ktorg kuar blk gi pekan Kuah. 1st ni nk survey2 je dulu. Xbeli pun.

Ni kat Hj Ismail Group (HIG). Antara tempat peberet kaki shopping pinggan mangkuk. FYI Hj Ismail skang dh ade kompleks sendiri tau. Belakang Hj Ismail yg besar tu. Xpe kalau xjumpa korang tanya staff dia.

Ni satu lagi tempat shopping. Idaman Suri. Kat sini byk set pinggan mangkuk yg lain2 dr jenama terkenal. Maksudnya, pinggan mangkuk yg brand biasa2 je n murah tau ols. 3h 2m kt cni dh puas aku survey, kt sini la paling murah coklat2. Murah berbanding Hj Ismail. Tp ktorg xdpt la nak borong sgt sbb ingatkan nak beli coklat ms last day, sbb takut cair. Last2 tghari Jumaat sebelum blk, nak singgah skali tutup. Sekian~

Tempat lain, macam Langkawi Saga (depan HIG yg besar) ok jgk. Tapi cuma ada coklat tertentu yang murah. Set casserole (yg aku aim) murah jgk. Bole pilih pulak tu, RM299 dengan freegift. Tanpa freegift RM249. Freegift dpt Pyrex yg berharga Rm69. So u can choose. Decision is in your hands yaw! Satu lagi RAMS, jln dr Pekan Kuah nak ke Jeti Langkawi belah kanan. Tapi ktorg xsempat gi sana pun. Masa pegi tahun lepas je shopping kt ctu. Kat sana byk barangan kaca yg murah2. Macam kt Idaman Suri.


Sebelum blk hotel weols mkn dulu. Makan ptg merangkap mkn mlm. Kat belakang KFC Kuah je. Dari KFC terus jumpa simpang 3 amik kanan. Restoran terletak di sebelah kiri. Ni dia..

Wan Thai Langkawi Restaurant
 Antara restoran yang sdp kt Pekan Kuah ni. Sedapp tapi agak mahal sket. Puas ati la.

Tom yam yang kaw! Semangkuk ni RM15.

Ikan siakap 3 rasa RM30.

Ni je lauk ktorg utk malam pertama ni. Nasi 3 air Fresh Orange n Laici. Total RM58.
Bagi aku ok, dengan rasanya yg mabeles. Cuma 1 je, aku xdapat nak rasa otak-otak yg isi dalam kelapa tu. Bila tgk harga RM25 sebijik! Woww. Fitam jap! Cancel terus. Dengan RM25 tu aku bole beli Kinder Bueno kotak besar yg ada isi 8 tu+Ritter Sport 2 tau! Hahaha. Kodokut kan aku. Tapi agak-agak la weh mahal sgt kott. Makan kang jadi t**k jugak. Tapi korg kalau nak try bola la. Femes kat cni tau.

Perut dah kenyang, hati pun girang, bole balik bilik dah. Tapi sebelum tu kena carik Shieldtox dulu. Nyamuk banyak kaww! Aku xnak derma darah. Huarghh.

Akhirnya tewas jugak. Hahaha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah