Wednesday, January 27, 2016

# Wordless Wednesday # WhatsApp Emoji


LOL
Selama ni salah la kan?

Friday, January 22, 2016

Rindu! Sobs!

Allah!

Siyesss! Rindu sangat nak blogging. Tapi masa betul2 tak mengizinkan. Tapi aku try jugak sehari-sehari bw mana yang bole. Kesian kat blog, terabai! Dah masuk tahun baru dah pun tapi citer tahun lepas berderet dalam draft. Alahai..dengan ada review yang tak leh nak buat sampai sekarang. Orang yang aku deal tu pun dah tawar hati agaknya. Hukhuk! Sadisssss! Kebizian tahap melampau ni.
Tepek satu gambar ni je dulu.

Tanggal 2 Januari aritu Danish genap 4 tahun. Satu hari tu memang penuh ngan aktiviti utk dia. Saja nak buat dia happy, bawak dia gi Reka Zone kat ioi Mall Puchong. Tempat ni siyesssss besttt. In sha Allah kalau masa mengizinkan aku update (sekarang ni tak nak janji2 dah) tapi memang belambakkkk sangat gambar yang aku amik untuk citer kat blog ni. In sha Allah ok?

Tanggal 15 Januari lepas pulak genap Darwish 1 tahun. Anak yang semakin hari semakin manja! Macam macam akal pulak sekarang ni. Ok, Darwish tak pandai jalan lagi. Setakat melangkah 4-5 tapak. Sama macam abang dulu, 1y 3m baru pandai jalan. Tapi, ada ahkak kesah? Asalkan sihat walafiat sudah ler. Takyah 'terkejarkan' sangat sume tu. Takyah di paksa2. Dia akan berjalan sendiri bila dia nak. 

Ok la. itu je takat harini. Nak cuti panjang ni. Korang gi mana. In sha Allah esok ktorang nak balik kampung, Perak. Lama naww tak balik rasanya. Doakan perjalanan kami selamat ok.

Till then.

Bye!

Wednesday, January 6, 2016

Servis Zalora semakin PANTAS..

Hai gaisss..

Sebelum ni banyak baca review tak 'sedap' pasal Zalora. Nak beli pun takut2 la. Takut sampai lambat! Paling takut kalau tak sampai langsung :D. Aku ada dapat voucher Zalora, nak tak nak kena guna jugak kan? Rugi kalau tak guna. Puas pilih tak tau nak beli apa. Memandangkan sepupu nak kawin (Maulidur Rasul) lepas, aku pun dah lama tak buat baju, keras je hati ni beli baju ready made kt zalora.

Terbekenan yang ni!

Tak susah pun beli baju kat Zalora, tapi yang susah aritu sebab tak tau nak size apa. Nak2 size dinasour macam aku ni. Haha. Tapi hati kering je, aku pilih XL. Jom aku tunjuk sket camana.
Size baju untuk baju yang aku nak ni takde measurement tu yang payah sikit. Size ikut macam kat atas ni.

Bila dah pilih baju apa nak, bole pilih size, then klik 'Add to bag'. Tengok kat lambang bag sebelah atas, kanan. Klik situ.
Edit segala details (kalau korang ada account zalora). Kalau takde pun takpe. Masukkan je detail penghantaran. Kalau ada Promo Code (voucher) bole masukkan skali.

Then akan dapat confirmation ni.

Aku submit order ni petang Jumaat (18hb). Isnin pagi(20hb) dah sampai dah. Puas hati sangat dengan service zalora yang cepat dan pantasss. Sempat la aku pakai masa wedding sepupu Khamis tu.
Dah sampai!

Ok, kalau ikutkan memang tak ngam sangat, sebab tu aku tak suka sangat beli baju kurung ready made. Tapiii sebab nak pakai jgk, terpaksa la. Kain ok, tapi baju besar aku kena alter sket.

Taadaaaa.
Suka jenis kain ni. Tak kedut n senang gosok, tak panas pulak tu. Selesa je pakai ;)
 
Ok la nak sambung buat keje. Bai ;)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah