Wednesday, January 6, 2016

Servis Zalora semakin PANTAS..

Hai gaisss..

Sebelum ni banyak baca review tak 'sedap' pasal Zalora. Nak beli pun takut2 la. Takut sampai lambat! Paling takut kalau tak sampai langsung :D. Aku ada dapat voucher Zalora, nak tak nak kena guna jugak kan? Rugi kalau tak guna. Puas pilih tak tau nak beli apa. Memandangkan sepupu nak kawin (Maulidur Rasul) lepas, aku pun dah lama tak buat baju, keras je hati ni beli baju ready made kt zalora.

Terbekenan yang ni!

Tak susah pun beli baju kat Zalora, tapi yang susah aritu sebab tak tau nak size apa. Nak2 size dinasour macam aku ni. Haha. Tapi hati kering je, aku pilih XL. Jom aku tunjuk sket camana.
Size baju untuk baju yang aku nak ni takde measurement tu yang payah sikit. Size ikut macam kat atas ni.

Bila dah pilih baju apa nak, bole pilih size, then klik 'Add to bag'. Tengok kat lambang bag sebelah atas, kanan. Klik situ.
Edit segala details (kalau korang ada account zalora). Kalau takde pun takpe. Masukkan je detail penghantaran. Kalau ada Promo Code (voucher) bole masukkan skali.

Then akan dapat confirmation ni.

Aku submit order ni petang Jumaat (18hb). Isnin pagi(20hb) dah sampai dah. Puas hati sangat dengan service zalora yang cepat dan pantasss. Sempat la aku pakai masa wedding sepupu Khamis tu.
Dah sampai!

Ok, kalau ikutkan memang tak ngam sangat, sebab tu aku tak suka sangat beli baju kurung ready made. Tapiii sebab nak pakai jgk, terpaksa la. Kain ok, tapi baju besar aku kena alter sket.

Taadaaaa.
Suka jenis kain ni. Tak kedut n senang gosok, tak panas pulak tu. Selesa je pakai ;)
 
Ok la nak sambung buat keje. Bai ;)







5 comments:

Zaza Abdul Latif said...

cantik kaler baju.. issokay.. kalau besar boleh alter.. kalau terkecik terpaksa tunggu anak dara besar sok bagi anak dara je pakai.. hihihi
ehhh ada anak dara ke?? hihi

Nurzakiah Hanum said...

cantik nya

SHERWIEYNA MUZZAWER said...

Selamat tahun baru! Kita pun suka shopping online kat zalora ni :)

PinKy MoMMa said...

cantiknyerrr baju tu dgn awak..sweet sangat ;)

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

Aida pun dah jatuh cinta dengan Zalora..dah la service pantas..siap boleh bayar depan pintu lagi..hihihi..cantikla baju Ila..soft je color tengok..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah