Thursday, June 19, 2014

Makanan Perlu Elak Ketika Hamil


Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan anda dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.
 
Makanan mentah
Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:
 
Toxoplasmosis
  • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.
 
Cirit-birit
  • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.
 
Jangkitan cacing
  • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.
 
Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
  • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.
 
Vitamin A
Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.
 
Raksa
Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.
 
Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.
 
Makanan yang diproses
Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.
 
Produk tenusu
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.
 
Kacang tanah
Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.
 
Telur kuning
Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.

Sumber : mingguanwanita.karangkraf.com
Oleh : Imah

Tuesday, June 17, 2014

Mood Family Day ;')

Assalam..

Minggu ni aku bz sket. Sabtu-Ahad ni bahagian aku ada wat family day kat PD. Iolss ngan rela hatinya memilih utk bertanggungjawab dalam urusan 'hadiah'. Pastu ingat, kena beli hadiah je, memang suka la beli2 hadiah ni. Tapi lupa kena settlekan A to Z. *Pengsan* Nasib ada 2 pembantu yang sudi tlg. Hikhik. Aku xkesa sangat nak wat benda2 camni, aku suka je! Kalau tak, tak kan aku sendiri yang offer, iye idok? ;')


Antara yang menunggu utk dibalut. 1-1 ok. Hadiah lucky draw. *Pitam*

Ni yang dah settle, hamper untuk game petang Sabtu nanti.

Yang tengah diusahakan. Cepat la siap.. Dah nak termuntah dah tengok barang2 ni. Hukhukhuk.

Ni sume gambar pagi tadi. Tapi skang ni sume dah settle. Alhamdulillah. Tinggal nak letak riben je. Pffttt *Lap peluh* Selagi tak settle sume sampai acara abis selagi tu xlapang lg rasa dada ni. Harap nnt sume dapat berjalan dengan lancar. Yehhuuu. Danish dah tak sabar nak mandi swimming pool tu!

Monday, June 16, 2014

Hotel Budget | Hotel Elite Kuantan

Assalam.

Ini adalah entry backdated.

01 Mac 2014
Tarikh atas ni ialah tarikh ktorg (aku n family in laws) pegi Kuantan. Dalam tahun 2014 ni byk kali jugak ktorg pegi cni n byk jugak hotel bajet yang penah ktorg duduk . So aku akan share hotel yang mana aku penah menginap, yang mana aku pegi la ye, sebab papa d yang kerap pegi ngan parents in law. Bila aku dah pegi, ada la aku amik gambar hotel sikit2. So nak share kat cni. Mana tau ada yang mencarik.

Tujuan utama ke Kuantan, utk melawat arwah asu. Yes. Arwah. Kan aku ckp ni entry backdated. Arwah asu meninggal 3 Sept 2014 sebab breast cancer. Asu - adik kepada MIL. So ktorg akan ke Kuantan kalau dia lepas kemo, sakit n saja melawat. So kat cni aku saja memberi info pasal hotel bujet yang murah n selesa yang penah aku pegi.

Kali ni nak share pasal Hotel Elite yang baru di buka, murah, bersih n selesa. Terletak betul2 di tengah2 pekan Kuantan. Disebabkan ktorang nak melawat arwah kat Hospital Kuantan, FIL pilih hotel yang berdekatan. Senang. Memang dekat sangat dengan hospital. Hotel ni tepi jalan je dekat seberang Taman Esplaned. Cuma kena u-turn utk masuk hospital. Memang senang!


Masa aku pegi tu, memang btl2 baru lagi.

Bilik ni tak la besar tapi cukup selesa utk ktorg. Setakat tidur semalam, ada ruang nak tido, ada ruang nak solat, ok dah! Harga bilik RM80 sahaja.




Meja comel

Toilet bersih sangat. Nora bagi 4 bintang. 1 lagi bintang sebab takde bathtub ;p


Hotel bajet pun ada heater ok. Tak la sojuk ko mandi pagi2. Haha.

Amboi kemahen 2 beranak ni landing2. Kat btl2 ujung katil ni ada tv plasma terlekat kat dinding.

Contact num hotel buat yang nak booking direct.

Iron board ada kat tingkat 1. Bagi aku, hotel ni ok sgt. Murah. RM80 semalam utk weekend, berbaloi kan?Sebab baru lagi, memang BERSIH sgt. 

Friday, June 13, 2014

New Baby 2015

Bismillahirahmanirahim.

 Alhamdulillah. Cuma nak share kegembiraan ngan korang. Tapi korang jgn pkir hape pulak yer.

In sha Allah, Danish bakal dapat adik. Yehhhuu (poyo jer) kalau ikut perkiraan (aku sendiri), adik Danish bakal lahir sama bulan ngan Danish--Januari 2015! Sekarang baru masuk 2 bulan. Semoga dipermudahkan Ya Allah!

Ni jugak la antara sebab kenapa blog aku sunyi sepi skang. Aku jadi MALAS gila nk update entry baru. Tengok gambar banyak2 aku jagi nk termuntah! Alahaii..Pffttt..Another 1 month to go (kalau betul la orang cakap alahan hanya pada 1st trimester). 

Kang ada la pulak yang cakap, "Alahaiii..ngadanya kau! Macam 1st time pulak pregnant"

Ye la, wlupun dah 3 kali pregnant, tapii kali ni rasa lain sikit. Masa pregnantkan Abg n Danish dulu aku tak 'merasa' sangatt mabuk2 ni. Time malam baru datang pening2 n mengantuk. Tu pun bole control lagi. Tapi pregnant kali ni pening+mabuk+muntah tak tentu masa. Kalau pagi ke tghari tu dah rasa pening+nak muntah, malam tu rileks aje! Tapi kalau siang tu ok, malam tu 'ready' je la. Redho je la. Tiap2 malam nak tido awal sebab rasa letih sgtt+mengantuk yang teramat sgt. Tapi org pregnant memang suka tido kan? Teori cousin aku la. Hahaha. Tapii memang betul la orang kata, lain anak..lain alahannya.

Jangan pikir senang pulak aku pregnant. Dah 3 bulan jugak aku TTC since Danish dah 2 tahun n ramai dah yang bertanya, "tak nak tambah sorang lagi ke" Alahaiii yang bertanya, kalau la perut ni macam mesin, dah lama aku proseskan baby. Hukhukhuk. Tapi Alhamdulillah syukur, masih ada rezeki lagi untuk aku merasa.

Kalau aku rajin next time aku update tanda2 awal kehamilan. Sebabnya, 3 bulan aku ttc puas aku cari tanda2 awal sumenye lebih kurang sama je. Byk yang kopipes. Frust i tau! Haha. Ermm..ok la kot setakat ni. Jangan cakap aku kepochi yer. Promise?

#Semoga rakan-rakan yang sedang TTC dapat merasa nikmat Allah yang satu ini. Ammenn.
 

Wednesday, June 11, 2014

# Wordless Wednesday # Pesanan Buat Isteri di musim FIFA World Cup




Salam Rabu,

Minggu berlalu minggu. Cepat je rasa masa skang ni. Aku terbaca ni kat fb, ofismate post. Hahaha. Buat tatapan korang para2 isteri:



LOL!!

Tuesday, June 10, 2014

Masakan Kampung & Western Terbaik di Anggun Fusion

Assalam.

Ehemm. Entry tertangguh sejak 2 minggu lepas. Maaf yer. Ok kali ni aku nak bawak korang jalan makan-makan pulak. Hikhik.

Anggun Fusion terletak di Sri Hartamas, dimiliki oleh Cik Mimie @ Mimie Azura Mohamad. Dibuka setiap hari kecuali Ahad dari 9 pagi- 9.30 malam.

Pintu masuk Anggun Fusion. Tema cafe merah+hitam yaww. I loikee!

Meja untuk KAMI.

Anggun Fusion Cafe dirasmikan pada 12 Januari 2013 oleh YB. Dato' Sri Dr Ng Yen Yen.

Wash hand area. Bersih sangatt.

Jom kita tengok apa yang menarik:


Asam Pedas Kambing Panggang
 Ni antara yang menarik di Anggun Fusion. Kalau dah sampai sini, korang MESTI try tau! Memang rasa kaww mcm makan kt Melaka.

Asam Pedas Ayam Kampung
Yang ni pun menarik. Chef buatkan kelainan dengan gunakan ayam kampung. Memang terbaekk.

Masak Lemak Cili Api Ayam
Bagi yang suka kan pedas, wajib try menu ni. Memang pedas+berlemak. Sedapppp sesgtttt.

Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter
Haa..yang ni memang tak ada kat tempat lain. Resepi ciptaan pemilik restoran ni sendiri n memang xkan menyesal kalau cuba.

Anggun's Seafood Platter
Campuran special sauce dengan makanan laut macam ketam, sotong, udang & kepah.

Seafood Aglio Olio

Fish & Chips

Strawberry Lychee, Ice Blanded & Lemongrass Tea Pandan

 Chocolate Cake

Antara blogger yang ada julia, mira, ummi, ash, maha n zuriey.


B2-12, Plaza Damas 3,
No. 63, Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur.

Tel : 03-62064689
Email : anggunfusion@gmail.com
Web : www.anggunfusion.com
Facebook :  https://www.facebook.com/pages/Anggun-Fusion-Cafe/397407160334249?fref=ts
Twitter : https://twitter.com/AnggunFusion
Instagram : https://instagram.com/AnggunFusion




Thursday, June 5, 2014

Food Review : Teaser

Assalam.

Alhamdulillah.

Pertama2 nya nak ucapkan berjuta2 timer kasih buat julia yang sudi invite ahkak ni attend event kali ni. Betul2 tak sangka yuu. Nak bgtau i blogger suam2 kuku pun i malu. I tak suam langsung pun. Hukhuk. Tapi rasa terharu sangat sebab dapat join sesi food review ni.


Entry penuh akan menyusul.

Sori sgtttt. Kebizian tahap melampau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah