Thursday, November 12, 2015

Resepi Kuey Teow Goreng Simple n Sedap

Assalam.

Minggu lepas, seminggu direct tak makan malam. Acah-acah nak diet konon! Tapi masa kat Melaka malam Ahad tu pi balun makan malam yang superb sampai tak hengatt hape. Hancuss terus diet seminggu. Semalam rasa insaf sikit, so papa d tak nak nasik, nak goreng2 je. Kuey teow goreng la jawabnya! Danish is taaasuka kuey teow, balik2 mee..mee..dan mee..Last2 semalam aku suruh rasa dulu. Ok, habis sepinggan licinnnn. Pfffttt~~

 Jangan tengok pada rupa tapi tengok pada rasa. LOL! Aku letak telur banyak sebab tu dah ghuper gini.

Takde la nak eksen ke hape, sebab resepi ni pun aku google jugak. Memang tiap kali aku wat kuey teow memang resepi ni la yang aku guna-pakai. TQ to empunya resepi. Soriii i is tak ingat sapa sebab ss je, then pakai yang tu je sampai lee-ni. Penah wat masa spupu2 datang raya umah tahun lepas. Depa dok tanya resepi cmana. I is bagi je la resepi yang ni:

Resepi Kuey Teow Goreng Simple dan Sedapppp :
1 paket Kuey Teow
Udang
Isi ayam
Kucai
Taugeh
(Yang atas ni sume letak la banyak mana nak letak)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji telur - kalau suka macam basah2 sikit
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos Thai - aku pakai sos cili biasa je
Sedikit minyak bijan - tak letak pun
Kicap masin - ikut citarasa memasing

Tumbuk lumat bawang. Tumiskan bersama cili kisar hingga cili masak. Masukkan udang n ayam yang dah dibersihkan. Bila dah masak, masukkan telur dan kacau hingga sebati. Masukkan kicap n sos-sos lain tu. Masukkan kuey teow, sayur n rasa ikut tekak masing2. Kalau tak masin bole tambah kicap masin. Selamat mencuba!
 



 

9 comments:

syawalsimpsons said...

boleh la aku try ni

Zee Suhaini said...

sedap tuh..nampak pon sedap..

Diana Rashid said...

saya ppun penggemar kuay tiaw dan mee.tapi bila biat tak pernah boh kicap..apa kicap pun tak letak..sebab tak makan kicap..hehe

Momma AA said...

wowww.... terliuqq...

Wa said...

Fuhhhh.....sedapnyaaaa.... Salam kenal n follow sini

saly said...

Wah kuay tiaw mmg sedap ni ilaa.. k.saly jg sama pgemar ,biase dlm smggu tu msti ade buat kuay tiaw ni ..hih kasi letak telor banyk mmg best rsepi pun sama dgn k.saly biase buat ..cuma sos tiram je jarng k.saly letak.

Julia Johari said...

Fuhhh julia pun peminat char kuew tiaw...bezanya ju tak letak kicap masin tp buh kicap lemak manis huhhh...tgk gambar dalila masak ni kecur ailio...mana nak cari sekarang ni

PinKy MoMMa said...

simple2 camni la yg sllu buat bertambahhhhhh hukhuk..sedapnya tengok gbr tu huhu

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

wahh nampak sedapp..aida is sangat tak pandai masak Kuey tiaw..mesti benyai n rasa muak..husband pun makan sepinggan je..kalau mee hon memang berpinggan pinggan..hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah