Tuesday, September 15, 2015

Part 1 - Langkawi Kami Datang!

Mari kita mulakan cerita Langkawi!

'Part' aku takde la banyak sebab tak banyak aktiviti ktorang dapat buat memandangkan hari pertama memang hujan je.

Alhamdulillah. Perjalanan ke KLIA2 berjalan dengan lancarrr wlupun, ktorang biasa laa.."on time" aje! Sesak gak napas dok ngejarkan train. Naik ERL dari Putrajaya ke KLIA2. Kereta park kat Putrajaya Central. FREE ok. Betul2 bawah kedai mamak kat Putrajaya Central tu. Lain sume kene bayar. Park n ride pun bayar. Kecuali kat padang mengadap hospital tu. Ktorg mencari yang free je untuk menjimatkan kos. Kikiki.

Sedikit info, ERL Putrajaya ke KLIA2 RM6.20 dewasa RM3.00 kanak2. Train setiap setengah jam skali (bergantung). Ktorg aritu naik kul 11.50 sampai KLIA2 kul 12.10 tghari. Bayangkan, flight pukul 1.55 petang. Nasib baik sempat! Korang jangan contohi ok?! Hiks!

 Sejak dah bole makan, 'mengisi' perut je kejanya! #Homemade finger snack.

Budak yang sentiasa excited naik train ke, naik flight ke, bukan main happy. Syukur!

Que untul check in baggage. Mujur beg tak beranak masa balik!

Ktorang naik buggy sampai ke Gate J12. Payah nak bawak anak2. Naik buggy senang. Nasib baik masa ktorg sampai, buggy dah ada sedia menanti. Korang kalau tak larat nak jalan, tunggu aje ok. Ada gambar atas buggy, tapi gegorr tak dapat nak masuk sini. Oh ya! Kerja2 checkin Air Asia sume diuruskan papa d seminggu sebelum bertolak. So aku tak dapat nak bgtau kat cni cmana prosesnya. Korang bole tengok blog idabaharum.com tak pun juliajohari.com ye! Siap ada tutorial tau!

Kami naik si kuning ni! Mekasih pada yang mendoakan. Kami selamat tau tau naik ni wlupun hujan lebat n flight terpaksa pusing2 kat atas sebab takleh nak turun, macam yang aku dah citer kat entry sebelum ni.

Happy tau abang belakang tu!

Hai hensem! Hihi. Dah macam buat show pulak bila berdiri atas table tu. Untuk mengelakkan Darwish meragam, aku bagiii je apa dia nak. Siap merangkak atas table tu. Alhamdulillah. Darwish ok sgt sepanjang perjalanan. Setengah jam pertama memang mentido je.

Plan asal, lepas amik kereta sewa konon nak makan Laksa kat Pantai Airport tu. Iolss dah ngidam tau Laksa Ikan Sekoq yang disebut2 tu. Tapi dah ujan, nak wat cmana kan? Kami terus ke tempat menginap. Oh ya! Fyi, percutian kali ni bersama PIL. Tapi PIL dah bertolak sehari sebelum ktorang. So hari kedua ni PIL stay ngan ktorang kat 1 apartment named Kondo Istana. Nanti aku review pasal homestay ni ok?

Sampai apartment, ujan tak benti2 lagi. Sampai laaa membawak ke malam. Makan tengahri ktorang nasi bungkus je, papa d beli sebab aku takleh nak bawak anak keluar cuaca camni. Malam pun beli burger je. Tapiii tak dapat la merasa EE Burger yang superb kat Pekan Kuah ni. Korang nanti jangan lupa masuk dalam tentatif ye! Aku ni memang, pegi mana2 memang nak makannnn aje! Hahaha!

Dekat kul 9 baru hujan reda. Sempat la ktorang cuci mata kat bangunan sebelah (Kompleks HIG). Dapat bawak Danish je, Darwish tinggal ngan mertua sebab ujan renyai2 lagi. Itu je aktiviti ktorang untuk hari pertama ni. Banyaaakkk gambar cuci mata ada. Gambar coklat, pinggan mangkuk, siap ngan harga skali (kot korang nk survey2 kan). Tapi aku masukkan dalam entry lain ok? Dah sarat sangat dengan gambar ni.

Rare tak payung Danish? Hahaha.

Info lain:

- Percutian ni kengkonon untuk celebrate besday girl (aku letteww..hak3) on 10hb Sept.
- PIL pun atas sebab yang sama. FIL besday 2 ari sebelum aku, which is 8hb Sept.
-Ktorang kat sana 9-11hb Sept.
-Tiket flight ni papa d yang beli masa bulan Feb (kot) masa aku tengah cuti berpantang. So date tu dia la yang pilih, aku memang tak tau pape. Suuwwittt la kengkonon. Hahaha!
-Next time ktorng tak pilih dah kot tarikh ni untuk gi Langkawi. Perubahan cuaca kat Langkawi-bak kata Fifi.

Till then,






9 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

teringin nak pi langkawi..

Diana Rashid said...

tapi kalau panass sangt pun tak best jugak..biasanya bulan 3 musim panas kat sana..kan??

Nora Karim said...

alahai kesian la pulak... dah sampai tapi cuaca tak bagus pulak eh?! kalau hujan nak bawa anak2 pun payah... kang meragam tak memasal pulak kan?!

adeh... finger snack si adik tu nampak sedap sungguh... boleh jadi model ni... model finger snack... hehehhe

seri nian said...

tgk anak2 kecil tu, ceria je

saly said...

Btol tu ila, kita gi mana2 yg sronok happynya anak2..hii
Owh finger snack tu ila buat ke..sedap tengok adik makan

Julia Johari said...

Wahhh nanti review ye homestay tu nama pun sweet, aah bulan 8 dan 9 musim tengkujuh kot hujan je, nak pi pun better awal tahun kan...pi tak pekena laksa sekoq tu...alahaiiii asyik hujan je, pi waktu tengahari dah buka tau

Fifi Nadhrah said...

hahaha.. teringat ko watsap aku.. tapi kalau ade rezeki.. aku ke sane bulan 8.. cuaca tak cantik jugak.. tapi doa banyak2 la..

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

Wahh bestnyaa..tapi sayangnya hujan plk kan..memang tak bleh kemana mana sngt..mak n abah aida pg 2hr selepas ila balik tau..Alhamdulillah diorg kat sana tak hujan..

QasehnyaRania said...

a'aa kann kebtulan juga la saya ke sana bulan 10 kot kalau x silap.mmg hujan je memanjng
pastu byk kdai makan ttp sbb raya haji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah