Tuesday, September 8, 2015

LABU punya hal!

Assalam.

Al kisah, kelmarin (Ahad) aku buatkan puree labu untuk Darwish. Pagi tu Darwish makan bubur nasi+asparagus+brokoli. Stok dah habis terpaksa bagi sayur hijau. Sebelum ni penah bagi bubur nasi+bayam+brokoli, Darwish macam kureng sikit (sebab demam jugak agaknya). May b sebab takde rasa manis kot sebab aku biasa masukkan kentang atau carrot bg ada rasa manis tu. Baby bawah 1 tahun kan tak boleh makan gula/garam lagi. So rasa manis tu biar la turun dari makanan tu sendiri. Jangan nak kata baby pun ada tekak sendiri, tau sedap ke tak. Yess! Memang baby ada tekak tapi baby yang tak pernah makan apa2 tak tau pun benda tu sedap, benda ni tak sedap. Bagi baby rasa sume benda. Tak yah la parents tak suka, so tak nak bg kat baby. Eh! Dah panjang pulak aku bebel.

Ok, nak dijadikan cerita, dah settle buat bubur Darwish, petang tu aku bagi la Darwish makan bubur nasi+labu+brokoli sikit. Darwish suka sangat. Ok sampai malam. Malam nak tido tu mengamuk! Siap berguling2 dalam buai. Huwaaa. Darwish kembung!! Darwish memang jarang kembung. Sebelum ni aku dah bagi keledek, ok pas! Labu kembung la pulak. Lepas sapu minyak n papa d dukung dekatkan perut kat dada, then..."prrootttttt". Hahaha! "Haaa..kembung ni.." Nak tergelak pun ada. Terpaksa la semalam mama gigihkan diri buat puree carrot ngan puree kentang.

Si Labu.
Alahaiii. Kembong pulak! Dah la mama buat banyak puree labu ni. Sape pulak nak habiskan ni. Hukhukhuk!

7 comments:

Mila Hilas said...

hehehe bg abg dia hbskan puree tu ekeke

Nurzakiah Hanum said...

ye betul kasi kat abg

saly said...

Hihi bagi abg danish puree tu.pasti dia suka.ank2 kak saly kalu tengok mama suap adik dia camtu,masing2 tliur.haha kena kasi gak.bkn sorang tp ketiga2 abg n kakak dia.mmg kene buat banyak lh.
Mungkin labu tu sejuk skit utk baby ke tak ya ila..

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

huhuh..aida tak pernah lagi bagi Ammar labu ni sbb tu la takut angin..tak berani..semoga kembung darwisy cepat hilang ye..aida pun main campak je pape yang ada selalunya..baru hari ni try masuk tomato..ada la kot masam2 manis dlm nasi Ammar hr ni..hihi

Diana Rashid said...

Anak saya dulu kalau bagi labu , keledek, carrot , mesti sembelit..tak membuang sampai dekat seminggu..

Diana Rashid said...

Anak saya dulu kalau bagi labu , keledek, carrot , mesti sembelit..tak membuang sampai dekat seminggu..

Nora Karim said...

tak tahan la dia, dengan labu tu.. kesian dia.... kalau dah kentut tu legala perutnya.... heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah