Thursday, February 18, 2016

Berkelah @ Pangsun, Hulu Langat

Assalam.

Ingat lagi tak masa cuti panjang Hari Wilayah aritu? Bosan cuti takde gi memana. Seminggu sebelum (cuti Thaipusam) tu dah balik Perak. Sabtu (30 Jan) bawak la bebudak mandi sungai kat Pangsun. Ajak kawan baik, Farah.

Lama tak sampai sini. Hajat asal nak gi Sg Chongkak. Masa pegi terlajak simpang sampai lepas ke Pangsun. Bila dah perasan, patah la balik. Tengok pulak kat Chongkak takde orang. Pelik. Tak sedap hati. Call Farah, cakap tukar plan gi Pangsun sebab Fara tak sampai lagi masa tu. Sampai ke hujung kitorang survey tempat, memang tak ramai orang sangat. Musykil sebab chongkak tak macam ni.

Sampai Pangsun, jumpa pulak kakak ex officemate kt KL dulu. Borak2. Dia citer, rupanya ade 'kes' kat chongkak sebab tu tak ramai orang. Ok. Nasib baik kitorang tak jadi pegi sana. Kes means kencing tikus! Huiii. Kecut perot i dengar!

Kenal kan, kawan baikku - Farah.
Farah bawak suami n ank buah aritu :')

Kat sini ada pondok2 yang bole sewa, tapi kitorang tak sewa pun. Sewa tapak je. Sewa pondok kat sini RM20. Sewa tapak macam kitorang ni RM10. Ok je mana2 pun. Sebab kitorang tak ramai mana, 7 ketul je, so bentang tikar, bersila la beramai2 :D
Ok lupa! Parking kete pun kena sewa RM2. Tempat ni betul2 depan Kem Jati Diri lubok Manggis.


 Nyaman+tenang! Lama tak mandi sungai. Rugi tak bawak baju lebih. So dapat rendam2 kaki je laaa. Huhh. Nasib~

 Si abang memang jarang mandi sungai. Penah bawak sekali je kot masa kecik2 dulu?

 Si adik memang 1st time sebab tu over excited! Tapi dok kat tepi2 tampar2 air je.

Focus kat pondok belakang tu ye? Seronok! Kalau pegi ramai2 bole sewa pondok n buat bbq.

Danish n Aufa

 Amboiii..baekkk pny landing.

Ok, next time bole pegi lagi. Cni macam best sket. Orang tak ramai sangat masa kitorang pegi ni. Pondok2 utk sewa pun banyak. Tempat redup je. Dalam sungai pulak ada port yang banyak batu ada yang tak.























 

6 comments:

Zee Suhaini said...

selalu pegi sg.congkak jer pangsun tak pernah..
bahaya la kalo ada kencing tikus..

Suriaamanda said...

dah lama tak mandi sungai

eima said...

dah lama tak pi sg ... sbb takut ... hehehe

rindu zaman kecik2 selalu pi mandi air terjun

saly said...

Bestnya ila .. lama kak saly tk gi mndi air terjun.seingt last ritu msa mula2 kawen.hihi.kalu sini teganu air terjun sekayu ,

Diana Rashid said...

wah..best nya..sungai ni cntik la..

Falsya said...

Kite lagi la xpenah bawak anak gie sungai..mcm fobia ngan sungai..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah