Wednesday, April 16, 2014

Peramahnye Lahaiii..

Assalam.

Semalam balik dr umah MIL ktorg terus gi Chop n Steak, Seri Kembangan. Ada orang mengidam nak makan Western. Gegege! Tapi kali ni aku tak amik gambar langsung pun. Kalau nak tau ape yang best kat sini, acer kome carik je 'Chop n Steak' kat kotak 'search' blog ni. Ok?

Meja kitorang dekat ngan cashier. Time ktorg melantak Danish tak nak. Mengamuk nak nasik. Mana nak carik nasik kat situ?? Last2 dia dok la berdiri kat tangga kat tepi tempat cashier tu. Makan tak nak, minum tak nak. Merajuk terus! Brader cashier tu dok lalu lalang ctu. Lalu je tegur la Danish.

Cashier : Hai
Danish : Hai

Lalu lagi..

Cashier : Hai
Danish : Hai

Aku ngan papa tengok2 la jgk. Takut dia gi jauh plak. Pastu brader cashier tu datang dekat Danish.

Cashier : Hai
Danish : Hai (lagikk)
Cashier : Nama sapa
Danish : Adam Danish
Cashier : (Blur)...dengar Danish je..Berapa tahun ni?
Danish : Satu taun
Cashier : Satu tahun? Pandainye cakap.
Mama : Dua tahun la..(dalam ati, memandai je anak aku ni..haha)
Cashier : Adik makan apa?
Danish : Nasik
Cashier : Nasik apa?
Danish : Nasi lemak
Cashier : Nasik lemak? (sambil ketawa)..Mana ada nasik lemak kat sini..Adik minum air apa?
Danish : Air...
Cashier : Air apa?
Danish : Air.. (dah malas nak layan bila nampak kucing datang dekat..dah standby nak menjerit.Hahah)

Aku kadang tak tau la nak cakap apa. Segan pun ada. Danish rajin betul menegur orang yang lalu kat dia. Macam semalam masa nak naik umah MIL nampak orang naik motor. Orang tu tgh parking, Danish tegur:

Danish : Pacik..naik moto ke?
Pakcik : Iye..

Pagi tadi pun, masa tggu papa kat bawah opis. Aku bukak tingkap. Danish rajin la kuarkan kepala tgk2 luar. Sorang brader lalu, Danish tegur:

Danish : Hai
Brader : (Tekejut..Dua kali toleh)..sambil senyum..mesti dia pikir, sape la pulak yang panggil aku ni. Hahaha!

Aku bukan apa, takut orang yang dia panggil tu kata mak pak dia pulak yang menggatal suh panggil. Yang menjadi masalah, klu dok ngan mama, rajin la plak dia menegur pakcik2 (lelaki). Kalau dok ngan papa, rajin la plak dia menegur makcik2 (pmpuan). Papa pun naik segan papa kata. 

Kat bawah opis aku ni pulak rajin la pulak dia menegur polis bantuan yang jaga kat bawah ni. "Polis..polis" dia panggil. Hai la anak..mama rasa mama tak de la peramah sangat. Mama PEMALU. Hahaha. Phuiii. Tak kan ikut papa kot? Grrr...Lariiiiiii.






 




12 comments:

Umi Qi said...

Pandai yer danish dah cakap...hebat tau anak auntie nih...kihkihkihkih lawak la siap request nasi lemak hahahha adoilah danish hehe

Zee Suhaini said...

okey la tu peramah..
mudah masuk geng nanti kalo dah sekolah..

Nurzakiah Hanum said...

PERAMAH GITU :)

diana said...

memang gitu kot..kalau mak ayah pemalu anak mesti banyak cakap..benda sama jadi kat saya..saya memang tak banyak cakap tapi anak pot pet2..

Danish bijak la..heheh.
mesti besar nanti ramai kawan nih..heheh..

Ainim Suju said...

hihihi...bagus budak ni..dah besar nnt jadi budak baik ya

nazura arifin said...

Comelnye.. ;-) Dapat bayang cmne anak U mase tu. ;-D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. haha tergelak sheila baca. peramah betul ni. hihiii singgah menabung libresse sini~~~

::EIDA:: said...

waaaahh bagusnyaa anak peramah ni. lelaki pulak tu. salu hok peramah2 ni baby girl je..... mudah dapat kawan niii.... ;))

Eira Aikawa said...

Pandainya..
Jangan bila dah besar nanti jadi pendiam lak..
Hehehe..
Macam anak sedara Eira lak..
Asyik tanya soalan..
Kenapa itu, kenapa ini..
Tak larat nak menjawab..

~MommyAqilMedina~ said...

Alahaii..pandainya danish cakap..keletah..kecik-kecik dah pandai cakap..anak aida umur 3 tahun baru pandai susun ayat..memang jenis lambat cakap..huhuhu

Fifi Nadhrah said...

dah boleh ngorat ni weh.. haha.. hai danish.

Nad MamaZN said...

bijak..tp kena alert lebih sket ek, takut ada yg amik kesempatan buat menda yg xelok.. bukan apa, mcm2 kes skrg ni..just my opinion :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah