Thursday, July 30, 2015

1st Solid Food for Darwish

Assalam.

Dua hari sebelum raya aritu genap la Darwish 6 bulan. Mak dah tak sabau nak bagi makan. Nak tengok respon dia. Google punya google mencari makanan apa yang nak bagi. Siap google kaw! Macam anak 1st tu dah besau sangatt. Padahal dulu makanan macam tu jugak yang bagi. Haha! Antara resepi yang penah aku update utk Danish klik sini

Ahad sebelum tu aku dah prepare siap2 food dia. Senang sebab Darwish genap 6 bulan ari Rabu so tak yah la susah payah balik keje baru nak buat. Aku buat siap2 letak dalam freezer je. Nak makan baru panaskan. Tapi hari Rabu tu aku buatkan puree kurma (fresh) terus bagi makan. Kukus dulu kurma tu, buang kulit, lenyekkan n tapis. 

 Mula2 makan macam pelik, siap keluar meleleh balik dari mulut. Darwish macam tak reti nak telan. Pelik agaknya+manis. Haha! Tapi makan jugak. Abis dalam satu sudu besar. Jadik la untuk permulaan. Esok pagi pun aku repeat lagi puree kurma. Abis lagi dalam satu sudu besar.

 Puree epal.

 Puree brokoli.

Masa balik kg tuari, boleh pulak aku tetinggal makanan Darwish kat kg uwan papa d (sebelah FIL)-singgah utk berbuka kt sana. Bila sampai kg sebelah MIL aku terpaksa la buatkan puree lain untuk Darwish. Ngan blander takde (tak kan nak pakai yg blend cili kan?) Yang ada dalam otak aku cumaaa---pisang! Yes! Aku buatkan puree pisang.

Pisang aku kukus dulu, lenyekkan n tapis.

 Nasib baik boleh jgk jadi halus macam ni walaupun tak blend.

 Nampak muka terpaksa sangat tuu. Hahaha.

 Puree2 ni aku masukkan dalam bekas kiub macam ni. Senang kalau nak bagi makan amik je seketul dua ketul.

Minggu ni aku dah start bagi nasi kat Darwish untuk bekal kat taska. Taska memang tak sediakan makan sebab baby makanan tak sama. Ada yang makan buah je, ada yang makan sayur je. Tu kata penyelia kat situ la. So kita ikutkan aje. Aku pun memang lebih suka buat sendiri. Harap2 lepas ni makin rajin la nak masakkan utk Darwish. 




8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagusnya sgt berkhasiat

♥TheOnlyFarah♥ said...

Better sediakan sediri dila.. Lagi puas hati kan...:)

Diana Rashid said...

haha..comel la muka pelik dia..nanti lama2 dia suka la tu..

Santan Manis said...

Comelnya Darwish! :D jemput singgah ke blog sis kalau sudi :)

http://santanmanis.blogspot.com/2015/08/raya-bersama-yuna-oh-yeah.html

lia ummiirfan said...

dalila dear.. best kan buat solid food untuk baby.. rasa sangat teruja.. hihi.. lagi teruja bila tengok anak makan dengan sungguh berselera. :))

Pudgy Daddy said...

as salam. dah besar pun anak pn dalila... semoga Adam menjadi anak yg soleh..Aaminn. abe kie gak yg menanti anak ke5. harap yg ni baby boy lah....dah 4 girls abe kie dpt..

Julia Johari said...

rajin mama dalila ni tau...cantik bekas solid food tu ye...mudah nak keluarkan

saly said...

dah 6 bln dik danish...trsa kejap je.hihi cute memek muka duk makan. Sama kak saly bg solid food msa mula 6 bln..tp skrg solihin dh 9 bln dah bg bubur nasi yg spra hancur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah