Friday, February 8, 2013

Jangan Goncang Bayi (Awas Syndrome SBS)

Arini aku nk share satu lg artikel ngan korg. Aku amik dr fb. Sebelum ni penah bace di share the love tp ade problem ngan blog ni *maksud aku blog aku ni bkn blog yg aku link tu. ya ampun fie~haha*. So xleh nk copy. Blog tu blog kwn aku. Nnt rerajin singgah la yer. Byk info n catatan kenangan dlm die membesarkan anak perempuannya, Ufairah. Resepi utk baby pun ade. Die rajin xmacam aku ni. Ngee.

Apa itu SBS?
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi..

Bagaimana ianya terjadi
Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.

Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis.

Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi…..


Tanda2 Fizikal Atau Gejala SBS

Kelesuan / lemah otot
cepat marah
Nafsu makan berkurang, muntah tiba-tiba tanpa sebab
Tidak mahu tersenyum atau murung
Sukar menghisap atau menelan
Perubahan sikap
Sukar bernafas
Kejang
Kepala atau dahi nampak lebih besar dari biasa atau titik lemah didahi atau kepala menonjol
tidak mampu mengangkat kepala
Ketidakmampuan mata untuk fokus atau menjejaki perpindahan atau saiz anak mata yang tidak sama

P/S : Jika anak anda tanda2 seperti diatas, bawa terus berjumpa doktor supaya kita dapat menyelamatkan nyawa anak kita. Syndrome SBS boleh menyebabkan kecacatan teruk atau kematian. Pesan kepada pengasuh anak supaya jangan mengoncang, menimang atau melambung anak anda..biar kita beringat jangan kita menyesal kemudian hari nanti...


PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kpd orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, adalah sangat diharapkan agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Baby Shaken Syndrome ini bukanlah kes terpencil jadi sentiasalah berwaspada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah