Tuesday, May 5, 2015

Butter Chicken yang Creamy+Crunchy

Ehem.

Lama dah folder 'resepi' tak diisi. Semalam ter'rajin' sket nak buat sebab rasa nak makan. Bukan mengidam ok!

Butter chicken ni aku ikut 2 resepi. Cara perap ayam aku ikut resepi Azie Kitchen untuk sos aku ikut resepi Dari Dapur Aida sebab takut muak kalau buat sos yang cremy tu. Memang puas hati sangatttt. 'Housemate' pun cakap sedap. Sekali skala nak jugak tukar selera masak lain sket. Time cuti boleh la.  Kalau balik keje baru nak buat, alamatnya kul 10 malam la baru makan. Hak3.

 Potong ayam tak besar tak kecik. Aku guna 2 keping ribs. Kalau guna thigh lagi sedap.

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb gula
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 biji telur

Cara: 
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.

 Ayam bersama bahan perap.

Bahan sos butter ( kering ):
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan butter
2 biji kuning telur (kalau suka banyak, lebihkan) - dipukul manja

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan butter.
Bila butter cair, guna senduk bulat dan kacau membulat (paham x? Hahahah)
Sambil kacau minyak tadi sambil masukkan kuning telur. Teruskan kacau jangan berenti.
Telur tadi akan hasilkan buih2. Teruskan kacau sampai buih2 tadi bertukar jadi kuning.
Tutup api n tapis bahan tadi. 
Letak sikit gula ke atas serbuk telur ni dan gaul bagi rata.

 Kacau kuning telur non stop.

 Lepas buat sos butter (kering), aku goreng ayam dalam minyak yang sama.

Ayam yang dah digoreng.

Bahan sos butter ( creamy ):

1 sb butter - aku xmasukkan sebab guna minyak yang sama (dah ada butter)
1/2 tin susu cair
2 tangkai daun kari - aku pakai 3 sebab suka
4 biji cili api
2 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam - aku tambah sendiri
sedikit bancuhan tepung jagung - tak letak sebab dah habis ;p

Panaskan butter - aku pakai minyak yang sama, dah ada butter so terus tumiskan bawang putih, daun kari n cili padi hingga naik bau.
Masukkan susu cair n biar mendidih.
Bila sos dah mendidih masukkan garam n serbuk lada hitam (kalau letak) dan gaul sebati.
Then tuangkan bancuhan tepung jagung n tutup api. (Aku tak letak tapi rasa sos dah ok, pekat jugak)
Tuangkan sos atas ayam yang dah digoreng tadi n tabur sos yg kering atasnya.
Dah siap!

Taadaaa.

* Korang try la buat. Tak susah mana. Slama ni aku ingat susah sebab tu tak buat2. Kalau xyah buat butter yg kering tu pun ok je. Tapi takut muak sket.


 

10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Zee Suhaini said...

nampak sedap..
kalo jenis creamy yang muak akak susah skit nak masok ngan nasi..

Sanisah eeiyss said...

wow~ nampak sedap dan menarik (^___^) leh try ni (^__^)

Sanisah eeiyss said...

saya folo di 231 (^___^)

syawalsimpsons said...

aku boleh buat ni..tapi kompom aku sorang je makan..tu yg tak best tu..lakik aku ni benda2 gini tak reti nak makan..mmmm...bg aku, semua telan..hahahhah

Falsya said...

huiyooo..nmpk mcm menarik je tuh.

saly said...

Alahaii ilaa... sedapnya.boleh gak try ni.hihi dh jatuh liur akk tengok

::EIDA:: said...

*tgh menyalin* ;p

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam dalila,
iols soka udang butter
memang ingat nak buat ayam butter
tapi kalo tak guna butter kita ganti dengan planta ghasernya jadik tak??? he3

Iola said...

sedapnyaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah