Hari yang tak berapa nak wordless sangatt. Aku nak share apa yang aku baca pagi2 tadi. Buat yang suka makan megi tu elok la baca. Bukan la aku kata tak bole, elok la kurangkan. Aku tahun ni, tak penah lagi makan megi. Memang jarang makan sebab tau tak elok. Tapi masa peknenkan Danish masa awal2 trimester dulu ada jugak makan sebab tu je yang lalu =p
Benarkah Ini Kesan Buruk Makan Mee
Segera? | Negri! Mee segera atau lebih dikenali sebagai megi merupakan
mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya
di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa
minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun
golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di sebalik
kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu
sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan
secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee
tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan
perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama
terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa
individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna
wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah
mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan
plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam
bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko
serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam
air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara
terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee
segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera
mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan
kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan
mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera
lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap
bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu
proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan
mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih
berkhasiat.
136 bahan penambah kebanyakannya bahan
kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian
makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada
136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping
garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera
mengandungi natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja boleh
mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400
mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang
tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan
mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna
Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi
segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak
bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had
pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian
lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
Buah pinggang yang rosak
9 comments:
takutnya
seremmm tengok gmbr buah pinggang tu.. hukhukhukkk
aku geli tengok gambar kedue.. wek.. tapi aku da banyak kali makan megi tahun ni!~
aaduh.... bila baca semua tu jd takut lak nk ambil maaggi lps ni..tq ya share, amatlh penting sbb maggi ni dh jd makanan rutin kita semua lak bila tiada apa yg nk dimakan..kena elkkn.
ngeri oiii tgk gambar buah pinggang tu..
pin pin.. update la.. aku takut tengok gambar buah pinggang tu!~
Adoii ngerinya tgk gambar..xmau makan maggi la pas nie..huhuhu :(
Memang menakutkan..nasib baik aida bukan ketagih sangat nak makan maggi ni..hehe..sebab takut jadi bodo..kikiki
wah... sy pun gemar makan maggi, terutamanya masa rasa malas nak masak atau time tu tak de selera nak makan...hahaa...
terima kasih untuk perkongsian yang sangat bermanfaat ini. :)
Post a Comment