Tuesday, September 22, 2015

Part 3 - Makan-makan @ Langkawi

Alhamdulillah.

Malam ke 2 ktorang makan kat luar sebab tak hujan. Papa d cadangkan makan kat Wan Thai. Penah makan kat sini sebelum ni. Entry klik sini.

 Wan Thai Langkawi Restaurant

Tak banyak perubahan pun kat sini macam 2 tahun lepas. Cuma pekerja ramai dah melayu. Masa pegi 2 tahun lepas ramai pekerja thai n becakap pun dah macam ayam n itik laa. Harga of coz laa mahal sikit bila dah termasuk GST ni. 

 Tomyam campur. Very the mabelessss!! ;D
 
 Sotong goreng tepung. Mabelesss jugak!
 
 Paprik campur yang so-so je. Dah la harga macam ni RM20. Macam tak berbaloi pulak. Baik amik siakap.
 
 Budak ni gud boy sangat! Senang hati mama makan! ;D

Danish n PIL.

Masa tengah makan, Dato' Seri Mukhriz sampai bersama orang2 kuatnya. Aku? Teruskan makan, orang lain sibuk dok amik2 gambar. Aku rileks je dulu. Nak balik tu, aku lalu tepi meja dia sambil kuar nset nak amik gambar. Lepas dapat sekeping, pegawai dia yang belah kiri tu suruh bagi nset kat orang depan suruh masuk, amik gambar skali. Aku pun?! Wahhhh..teruja kaw! Papa d n FIL pun terus masuk skali. 

Anak Idola sy! Dulu kini dan selamanya! Pemalu orangnya.

 Bertuah dapat jumpa Menteri Besar Kedah ni. Nampak humble.

 Siap dapat bergambar kat kete YB lagi.

Pagi tu ktorg bfast kat bilik, macam biasa. Lepas bfast siap2 terus ke airport hantar mertua. Mertua balik tghari tu. Ktorg pulak flight malam. So kami terus menghala ke Padang Matsirat utk mengenyangkan perut. "Jom Ikan Bakar" laaaa..ape lagi! Hihuuu.

 Makan tengahari yang sedappppp n muraaahhhh @ Jom Ikan Bakar, Padang Matsirat.

 Cer korang teka berapa harga makanan ni? Cencaru bakar, ikan keli bakar, sotong bakar, nasi putih 2, telur mata 1, air oren n sirap.

Aku 'zoom'kan lagi ye. Memang nampak simple tapi percayaaalahhh..Sedap gila! Hadoiiii. teringat2 ngan kesedapan dia. Perghhhh..confirm tak menyesal wa cakap lu! Untuk sume makanan n air kat atas tu cuma RM17 je. YESSSS..RM17. Danish nasi putih ngan sup, FREE je. Agak2 bole dapat tak kat KL harga camni? Gulp *telan ailio*

Ada banyaaaakkk sangat lauk2 lain. Lauk2 kampung, tapi masa tu aku tak rasa nak amik pun. Amik kuah je. Memang recommended lah! Kalau dari Bulatan kt Airport tu amik pukul 9. Lebih kurang 200meter kot, kedai belah kanan. Betul2 depan Medan Selera.

 Eh..ehh? Ada kek untuk kite la. TQ papa utk kek ni. Tapi kan, Danish yang excited tau! Siap nyanyi "Happy birthday to Adam Danish". Hahhhh?? Sume besday pun besday dia. Gegege.

Auwww..cuwid sgtt abg danish ni.

Lepas habis makan, dekat2 kul 1, flight 8.20 malam. Lambat lagi. Ktorang ke Kuah balik. Pusing2 pekan kuah, tunggu depan Rams sementara nak tunggu petang, sebab petang nak gi Pantai Airport pulak makan laksa. Kehkehkeh. Mengenyangkan perut je! Sementara makanan tghari nak turun tu, solat jamak dulu. Petang, kami meneruskan 'Misi Makan" kami ke Laksa Ikan Sekoq.

 Yesszaa..orang tak ramai.
 
 Laksa ikan sekoq. Tapiii time ktorang datang ni takde ikan. Aku rase camtu je. Pantang lagi kan. Cehh!
 
 Rojak ni paling win! Sedap gilos! Ngan ada sotong 2 ekor tu. Sotong bertelo plak tu.
 
 Anak bujang tu fefeling sangat dok tepi pantai sambil rambut terbang2. Lol.

 Makan tak toleh kiri kanan dah. Ahaks!

 Total makan ptg ni RM18. Papa d kata, makan tengahari lagi murah! Kekeke!

Makan sambil tengok kapalterbang landing.

Ok, setakat tu je entry makan untuk kali ni. Nanti korang try ye tempat2 yang aku bgtau tadi. Hihi. Tapiii siyesss sume sedap2 tau! Aku cuma tak dapat pegi Tosei Telur Kari Kambing (kat Ulu Melaka), Nasi Dagang Pak Malau (kat Kg Bukit Temin), EE Burger n Nasi Campur Top BBQ (Pekan Kuah). Kalau ikutkan sume nak tapi cuaca tak mengizinkan.

Till then,






 

 

9 comments:

Unknown said...

amboiii sumer makanan sedap2..kecur plak airliur pepetang nih..

Unknown said...

jalan-jalan makan je ye hehe

Fazidawani said...

sedap je tengok rojak sotong tue..salam perkenalan. jom ke blog saya www.ddiamondvitshop.blogspot.com

Unknown said...

Hoho..sdp rojak..tp kan mskn ala thai tu mmg agk mhal. Klu sdp xpe. Kitorg pnh mkn pn xpuas hati dgn harga dia.

Salam ukhuwah.

Fifi Nadhrah said...

dalila.. kedai ikan bakar tu memang best.. sedap.. lauk banyak dan murah!~

Annabella said...

salam dalila, must try next year -> jom ikan bakar padang mat sirat. Murah giler kot, Incik Husben mesti suka. ^__^ Tenkiu.

NrlAidaHml said...

Ila..kalau nak makan semua tu kena buat trip jjcm only.baru puas kan..time abah aida pg makan laksa tu,ikan tu dah ada so nampakla ikan sekoq atas pinggan..tang ikan bakar tu memang murah amattt..erghh sedapnyaaa..

QasehnyaRania said...

wah bestnya
saya anak kedah pon lom jumpa yb lagi ni. hihi

menu semua best best la
nak nak sotong grg tpg tu
paprik mhal nya ?
salah kira kot ?

bakaq bakaq mmg sedap kan..
msa saya pergi gerai laksa sekoq cuti kot sbb timw tu hri raya haji kan

eima said...

kat sana mmg byk kedai makan best .... fuhhhh rindu kampung halaman ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah