Friday, September 4, 2015

2 Days 1 Nite @ Hotel Royale Bintang

Assalam.

Ok. Bersambung dari cerita semalam.

Tengah Danish seronok mandi, abg ipar call. Dipendekkan cerita, abg ipar suruh ktorang pegi Hotel Royale Bintang (Bukit Bintang) ganti dia sebab dah salah book! Nak book yang Royale Bintang Damansara, terbook Royang Bintang KL. Rezeki ktorg la! Sebab abg ipar kata kalau ktorang tak pegi pun dia kene bayar jugak. Dah rezeki ktorang la. Alhamdulillah. 

Bape ari sebelum tu memang Danish ada bunyi nak mandi kolam. Papa d siap nak check in Tune Hotel kat Cyberjaya konon nak bawak Danish mandi kolam. Untunggggnye lah jadi Adam Danish!! Nak mandi kolam je dapat tdo hotel! Eh?! Tune Hotel Cyber ada kolam ke? Baru lepas google--takde! Hahaha! Nasib tak main terjah je. Kalau nak pegi jauh memang tak la, sebab kurang 5 hari lagi korang akan fly gi somewhere. Hiks!

Kata orang, rezeki terpijak. Lepas mandi kolam kat Dataran Gemilang tu, balik rumah siap2 terus ke Royale Bintang, Bukit Bintang. Masa tu takut2 jugak kalau jem sebab ada BERSIH. Alhamdulillah smooth aje wlupun ada sesat sebab waze tak bg kerjasama. Hahaha!


Muka ada tenyum ;D

 Dua katil super single.

 Sofa utk rehat2, TV n dressing table.

Yang biasa ada. Iron board n safe box.

Toileteries.

Yang seronoknya dapat password wifi FREE. Dua plak tu, beronok-ronok laaa~~

 Adik tido, bole la layan abang Danish.

Kawasan pool.

Sambil tunggu abang Danish ngan papa mandi, mama selfie ngan adik.

 Penyek mama!

 Habit skang ni. Lapar gamaknya. Moh ler kita naik makan kat atas.
 
 Dah kenyang happy!

 Malam kitorang ke Kg Baru. Ada orang mengidam Nasi Bubur Berlauk. Hekhekhek. restoran Kak Mah ni femess ngan Nasi Bubur n Tomyam. Restoran betul2 depan UniKL.

Yummyyy. Siyes sedappppp! Aku bukan la penggemar nasi air n kadang takleh nak masuk pun. Tapi yang ni siyess sedapp. Pagi ni teringat2. Rasa nak pegi lagi. Tapi AWAS! Hahaha. Kawal napsu anda masa amik lauk2 tu. Bubur ni je harga RM20! *Pitam*
Bubur lauk telur masin, ikan bilis, udang kering n sotong kering.

 Tomyam pun kawliawww punyerrr.
 
 View dari bilik. Nampak 2 beranak tu mandi. Pagi takde bfast.

 Lobi hotel. Time to check out.

 Rangkaian hotel2 di bawah Boustead.

TQ to abg ipar! Kalau tak memang ktorg x merasa la dok hotel kat KL. Iye laa. Jauh naww. Hahaha. Wlupun hotel cantik n best tapi xrepeat dah kot. Melainkan klu dapat rezeki terpijak lagi. Mihmihmih. Tapi bubur nasi confirm repeat lagi nanti! Setakat tu je percutian pendek ktorg. Bai!





6 comments:

mila said...

pergh dhsyt ye nasi air pn rm20? hurmm

Anum said...

assalamualaikum
singgah pagi

Fifi Nadhrah said...

untungnye dapat tidur hotel free.. dalila.. terima kasih sebab selalu dengar luahan hatiku..

NrlAidaHml said...

Wowiee seronoknya dapat tidur hotel..orang pun tak ramai..best best..wahh nak fly pg mana tu?nak ikuT!!hhihi

Nora Karim said...

wow, rezeki terpijak! bestnya... dapat dok hotel... dapat mandi kolam...memang best la...

mak aihhh... mahainya bubur dia smpi rm20!!! Pengsan!

D12ney said...

Hi thanks for postinng this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah