Al kisah sabtu yg lepas, kitorang celebrate besday papa kat Kelab Tasik Putrajaya. Kat jeti dimana terjadinya candle light dinner sempena 1st anniversary kitorang dulu. Bezanya kali ni lebih ramai. Aku panggil sume family aku. PIL je tak dapat join sebab ada urusan kat Melaka.
A BIG thanks to Siti n Ika. Which is, tanpa dorang plan ni mungkin tak menjadi. Ko gila nk celebrate kat atas jeti kelab tasik tu tengah2 hari buta? Dorang staff kelab tasik, jadik senang! A BIG thanks to my 2 sister too. Yang sorang tlg belikan Dominos. Yang sorang lg tak dapat masakkan spagetti@macaroni sebab cerry berry. Kikiki. Tapi gagahkan jugak diri untuk datang :P
Panjang pulak nak citer camana aku n 2 sister with 2 cousin planning utk wat surprise kat papa kali ni. Makan masa 2 minggu jugak. Kakaka. Aku jugak terpaksa wat backup plan. Takut2 hari kejadian tu hujan, memang takkan menjadi la. Terpaksa la wat kat umah aku je.
Tapi alhamdulillah. Ia terjadi dengan jayanya walaupun ada sedikit kesilapan teknikal. Bagi merealisasikan plan A, aku ajak mak (abah ada perjumpaan askar pencen) tido umah aku. Papa yang suh ajak (dalam hati, aku tepuk tangan sebab memudahkan keje aku nak ajak papa gi kelab tasik. Ngeh3) Ok. Mak setuju ajer lepas aku cakap petang tu senang nak gi kelab tasik. Cehh. Mak pun komplot skali. Kikiki.
Kek yang dah cedera parah.
Sementara tggu papa parking, ktorg turun kat jeti dulu. Habis kek tu! Nasib tak terbalik! Hahaha. Ngan dukung Danish..ngan bawak kek. Camni la jadinya. Anak bujang tu siap jalan lambat2! Tensi makk! Ok ya, kek tu aku dah suruh ika beli siap2. Sampai kt kaunter kelab aku bwak turun gi jeti trs.
Ketibaan besday boy. Gegege
Aku tak tau papa terkejut ke tak. Tapi aku rasa dia dapat syak. Dah kau ajak dia pegi Kelab Tasik panas2 terik, tak ke PELIK namanya tu?? Hakhakhak. Plan asal kitorang nak wat petang, tapi Siti terpaksa balik kg petang tu. Ika pulak ada hal. Hadoii. Nasib mak ada kat rumah aku. Ok, pelan2 aku wasap dorang kat group kata lepas Zohor gerak gi sana. Alasan aku, nak bawak mak jalan2 kat kelab tasik. Huihuihui. Aku tak tau papa caye ke tak. Lantaklah. Pastu sebab tghari kan, akak aku yg cerry berry tu tak dapat pulak masakkan utk ptg tu. Jadinya, berangkutlah aku lauk pauk yang masak tghari tu. Dengan alasan, umah mak tak de air, jadinya lauk2 tu nak bg dorang bawak balik trs nanti. Kononnye gi kelab tasik ni saje nk lepak2 (macam aritu. bole klik sini untuk entry riadah di kelab tasik) n hantar mak kat dorang. Cisss. Aku tak tau nak wat alasan apa. Kire jadik je la alasan bodo2 ni. ;P
Kek Tiramisu dari Baker's Cottage. Sodappp. Tak yah 'ResepiRahsia' sgtt. Kakaka.
Iteww pun nak jugakk. Tapi itew nampak demok je (-__-)
Dominos. Tapi sayang, agen dominos lambat sampai. Besday boy dah sampai dulu. Kekeke.
Sesi melantaks.
Angin sepoi2 bahasa. Ececece ayattt. Hahaha.
Pagi tu aku sempat buat Kek Batik Cheese lagik untuk bawak skali. Lauk2 yang ade, kari ikan tenggiri ngan ketam masak lemak cili api. Santai abis la macam berkelah pulak. Abis licin. Sume pakat lapar2 nasib ai bawak nasik. Hihu. ;P
Budak ni skang tengah mood xbape nk selera makan. Nasik goreng tu pun makan 1-2 sudu je.
Dah view cantekk. Rugi la kalau tak bergambo kan? Hehe.
Till then.
Bai
9 comments:
enjoy n hb
nampak best jugak kat sini..
kalo petang skit lagi syiok ni..hehe
pepon gigih tu sang isteri wat seprais..
tak jemput aku.. HB papa danish.. cepat bagi danish adik.. miahahaha..
Wah meriahnya.. tempat pn cantik.. =D
ohh boleh berkelah ye kat situ...
bagus jg kalau buat tanjat2 happy beday mcm ni.. eheheheh
ooo piknik ke...igtkan kat situ ada restoran n korg celebrate makan2 kat sana, hehe... piknik camni lagi syok kan..
birthday laki kita semlm..
wow syokkkkkkk ! hehe
macam best je..boleh dipikirkan untuk buat besday kat sini..:))
Post a Comment