Friday, December 13, 2013

Diet ke?

Ok..diet aku dh hancur semalam!

Aku bole bantai neslo ais lunch semalam. Walaupun cuma makan yong tau foo tp bape plak kalori minuman bersusu tu? Haihh. Dekat seminggu dah aku pantang minum minuman bersusu ni. Kalau x, pagi je mesti nak nescafe mlm plak nak neslo.=.=

Dah seminggu jgk makk berjaya kurangkan portion food makk. Mak cuma kurangkan portion pengambilan je. Sebab Danish sekarang kan still bf lg. So xleh kurang makan sangat! (ALASAN 1). Nasi aku try amik 1x sehari je. Kalau x dulu pg nasi lemak/goreng, tghari nasi, malam nasik lagi n then terus tdo. No exercise! Memang hantu kan aku? Haha!

Pepagi lani aku amik greentea. Poyo kan? Ikut mafa la konon. Papa siap cakap mafa idola aku skang. Cis. Hahaha. Ape yang elok je la aku ikut. Yang aku rasa aku xleh aku xpaksa diri pun. Macam neslo ais tu. Glurp!

Aku nak kurus weh. Serius kali ni aku xmain-main. Lantak la nak cakap aku poyo ke apa. Aku nak kurus utk aku, utk laki aku. Suwiitt. Hak3. Sila muntah kacang ijau! Hahaha. Xla xla xla. Ceh macam Danish plak. Aku cuma nak jaga kesihatan. Aku ada keturunan kencing manis. Abah kencing manis. Masa peknen Danish dulu pun aku GDM on D/C (diet control) sebab tu aku risau.

Petang kang nak balik umah mak. Mesti aku makan byk arini. Mak..mak..makk..peliss..jgn masak sedap2. Tapi kan, apa salahnya sehari kan? Orang panggil 'cheat day'. Tapi dah kalau cheat day kau macam makan utk seminggu apa guna diet ko dalila?! Ehehehe!

 

*Ehh..ehh..lupa plak. Akak aku pun kalau aku balik suka jgk masak sedap2 tau! Kang marah plak xsebut nama dia. Hahaha! *ayatamikati*

Ok la.. bye deariest!






3 comments:

Anum said...

singgah sini

Julia Johari said...

Tapi kan air tgn mak kalu masak always sedap2 kan...pastu mmg fail diet kita x menahan tgk hehhehe...happy diet sayanggg

Fifi Nadhrah said...

kurus dah aku tengok dalam lift pagi tadi!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah