Monday, December 9, 2013

# Monday Blues #

Salam Senin.

Lemaunya rasa kan. Haha. Padahal sensorang je yang rasa. Malas gila nak up entry. Tapi ada benda yang nak citer. Dah petang2 ni baru mood dtg.

Ari khamis lepas.. kan aku kelam kabut nak balik, nak bawak Danish makan kat Alamanda. Tengok entry ni Sampai je alhamdulillah mood Danish ok. Cuma bila nampak mainan yg masuk syiling tu mula nak naik. Ok, mama layankan je. Tiap kali nampak nak benti dulu main. Nasib coin betul2 ada RM1. Bole la naik skali. Dah pusing2 bawak gi makan.

Nak dekat kul 7 jugak baru kuar Alamanda. Masa nak masuk tiket parking kt palang nak kuar tu, akak dr kete belakang jerit "kakk...tayar". Aku toleh tengok tayar belakang. 


PANCIT!!

Perghhh..dugaan betul. Time papa xde plak tu. Aku parking kat rooftop. Turun je benti kiri call papa. Papa call FIL. Nasib jadik dalam Putrajaya jgk. Sementara tggu FIL datang security(India) pulak yang datang tanya. Dia bole tolong sebab barang2 n tayar spare ada. Alhamdulillah. Selesai masalah. Dalam ati ni bersyukur sgt. Danish pun xde la nak meragam ke ape. Elok je tgk India tu tukarkan tayar. 

Balik tu memang bawak slow gila. Dekat kul 8  br sampai umah. Takut aku. Takut tayar pancit td dah makan rim. Sebab aku rasa tayar macam dh kurang angin pagi tu. Tapi aku bawak jugak. Tengahari tu papa balik terus bawak gi tampal. Nasib xde pape. Masuk skru tuuu. Besar gila bapak. Tapi aku xamik gambar plak.

Ok la tu je luahan hari di petang ni. Mesti korang bosan kan? Haha.


Okk.. nak naik niii. Layankan aje~

Dah macam angkasawan dah anak mama. Huhu. Amin....

1 comment:

Unknown said...

wahhh...naik roket yer... tapi betullah..kat Alamanda byk betul yg masuk coin cenggitu..adikk nani pantang Nampak...mesti nak naik..2 kali jugaklah... tapi adikk naik Land Cruiser...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah