Monday, December 30, 2013

Anda kanak-kanak di era 90-an?Baca sini..

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni "" (LOVE)

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil remaja.

No berapa kena dengan anda?

12 comments:

Anum said...

:)

::EIDA:: said...

no.21! sampai skrg ida buat lagi.. hehehhehe

::EIDA:: said...

no.21! sampai skrg ida buat lagi.. hehehhehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

haha.imbau kenangan sngguh ni.

Unknown said...

hahaha..betullah..nostalgia sungguh..hihihi

Azian Elias said...

salam kenal..


akak rasa akak anak2 70an pun kurang lebih macam sama je..so nice that moment.

FarahFerraDotCom said...

Wah banyak yg sama dgn farah.. lawak bila teringat balik..hehehe

FarahFerraDotCom said...
This comment has been removed by the author.
Julia Johari said...

Mmg mengimbau kembali kenangan lah...suka sgt2 hahahhaha mmg umi Qi kanak2 zaman tahun 90 an hehehhe wpun lahir tahun 80an

ieza ashaari said...

hahaha.. kelakar.. ada yang terkena dan buat za senyum sorang2..

syawalsimpsons said...

aku la salah sowang tu..bantai gelak guling2 ni..siap shared cakap kuat2 ngan opismate aku ni haa

Adriana Arissa Irdina said...

Hehehehe.. Byk gak terkene.. ;-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah