Tuesday, May 6, 2014

Jalan-jalan Zoo Melaka

Assalam.

Hai koranggg..

Arini nak citer pasal aktiviti weekend yang lepas. Sebelum aku lupa itu ini, baik tulis terus ;D

Buat yang dah fren kt fb, ig ada yang dah tau aku pegi Melaka Sabtu Ahad yag lepas. Buat yang taktau meh cni aku bgtau *dalam nada gediks* Hikhik. Nape pilih MELAKA? Ok, 1 sebab dekat. 2 sebab tak banyak guna duett. Hakhakhak. Short n saving vacation gituk. Since papa dah tak leh nak cuti kite gi je la weekend. Dah la vacation gi Langkawi terpaksa di cancel! Huwaaa. Nak nagess rasa. Tapi tak pe la. Ada yang lebih baik menanti. Opss, bukan cancel! Postponed..postponed! Lepas raye baru bole pegi. Haihh..tersalah cakap matik aku kena saman ngan bigbos. Kekeke.

Plan dah lama nak bawak Danish naik bas. Kononnya nak gi Melaka kali ni naik bas la sebab adik papa (my BIL) study kat Melaka, so kalau dah sampai melaka pinjam kete dia je la nak jalan2. Sonangg! Tapi bila skang ni macam2 tragedi bas yang dah jadi, aku jadik fobia nak naik bas. Aku tak mau amik risiko! Risiko yang pertaruhkan nyawa orang2 yang aku sayangg *touching*.

Sabtu lepas, seawal 9.15 pagi (tu pun kira dah lambat) ktorg gerak dr umah dgn perut yang kosong. Hakhak. Sampai kat Hentian Ayer Keroh baru bfast. 

 Bigboss dok belakang sambil tgk bideo.

Destinasi pertama ktorg -- Zoo Melaka!!

Harga Tiket Zoo Melaka :

Dewasa : RM 16.90
Kanak - kanak (4-12 tahun) : RM 6.80
Warga Emas & OKU : RM 6.80

Untuk Night Safari pulak operasi hari Jumaat, Sabtu n malam sebelum cuti umum/cuti sekolah. Masa 8-11 malam.

Sementara tggu papa beli tiket Danish posing dulu!

"Ok, ni bukti saya dah penah sampai Zoo Melaka"


Mama : ok dikk..ni giraffe. Leher dia panjanngggg.
( Ciri haiwan tu penting ok? ;D )

Mama : Tu badak..besar kan?

Depan kandang Badak Putih.

'Bestfriend'

Ok, peluh jantan dah mula menitik. Haha. Papa ajak naik Tram tapi aku tak nak, aku pkir, kalau naik tram xleh nak tunjuk kat Danish 1-1 binatang. Lain la kalau dia berenti kat setiap kandang. Memang takkk la kann?

 Budak penakut. Tengok dari jauh je berani. 

Zirafah

Macam2 binatang yang ada, kalau aku tunjuk 1, 1 korang pulak naik bosan kang. So, random sajow la ok?

Ok ni siyes limited edition. Memang tak de kat zoo-zoo lain. Kiut tak kiut tak? Hakhakhak!

Kat zoo ni elok pulakk dia nak berpimpin tangan bagaii. Slalu jangan harapp lah! Takut punya pasal. Gegege.

Bila mood manja dia datangg..hadoii..tak terlayan. Macam2 style. Haa..nampak tak towel kecik yang aku pegang tu? Aku pegang satu, papa pegang satu untuk lap peluh masing2. Habis basah towel aku, papa punya towel pulak lencun! Hahah. So.. sedikit tips utk korang, kalau nak pegi zoo baik pegi awal2 pagi jgn jadik macam ktorg, matahari terpacak atas kepala baru terhegeh2 nak pegi. Lagi satu pakai flat shoes ok? No wonder kalau uolss dah biasa ber high heels. Nak lagik senang naik je Tram. Duduk sajow! Lagi sonang! Eheh!

Gajah

Ok selesai dah melawat kat zoo melaka. Tapi aku macam frust sket. Banyang sangat kandang2 yang takde binatang. macam sangkar2 burung sume tutup! Sangkar haiwan reptilia pun tutup. Pendek kata, banyak yang 'Close for renovation' 'Work in progress' 'Temporary Out of Stok' opss tu bukan. Hahaha!

Lepas ke zoo ktorg pegi makan pulak. Dah ke Melaka, tak sah la tak kena Asam Pedas Melaka kan? Alamak haii.. Teringat chef zaza punye masak asam pedas! Tengok gambar aku dah kecor ailio. Ok tengahri tu ktorg pegi makan kat Restoran Asam Pedas yang paling best kat Melaka. Ni orang melaka sendiri yang recommend ni. Kalau dah org melaka sendiri yang ckp, korang bole bayangkan la mcm mana kan? Ok, next entry ye.

Bai.













9 comments:

Anum said...

lama dah x pg zoo

Julia Johari said...

pandai yer danish posing sambil tunjuk peaceeeeeeee hehhehehe clever boy....harga tiket x mahal sgt kan...best lah ada night safari mcm kt night safari gambang....nanti nak pi juga la...sonokkkkk tau tgk mama dalila buh gambar weeeeeee

nad said...

terkenang balik kenangan kitorg p zoo melaka bulan lepas :)

p/s: harga tiket tu ada diskaun lg tu sbnrnya..tulis kt situ lain, byr lg murah sbnrnya klu tgk resit :)

NrlAidaHml said...

Alahaii..sayangnya kalau dah masuk tapi tak dapat tengok semua binatang kan..At least nampak Danish happy..oklah tu kan..

::EIDA:: said...

haaa ni ida pernah pergii tapi belah malam..... sbbkan malam, semua binatang dah tido.... hahahahha.. banyak rupenye binatang kkkeke.. suke lewteww danishh

Azhafizah MN said...

seronoklah dia dapat jalan² kat zoo boleh kenal² haiwan kan

Fifi Nadhrah said...

tiap kali balik kg.. tiap kali keluar dari mulut aku.. bile nak bawa ufairah g zoo mlke plk.. hahaha.. tapi da ade baby ni macam payah je..


pssstt.. cantik rumah baru ko..

FarahFerraDotCom said...

Pernah pergi zoo dlm A'famosa resort.. best! Boleh naik bot pergi monkey island lagi.. =D

Unknown said...

Selamat cuti !

Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* villa

www.villafamosaresort.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah