Perjalanan diteruskan. Pagi Ahad ktorg gerak balik KL. Singgah umah nenek. Sian nenek. Kali ni balik tak tido pun umah nenek. Takpe. Nenek rajin datang KL. Nanti kita jumpa ok?
Kalau korang termiss citer aku bole tengok sini balik ye,
7 Mac (Jumaat) - Akad Nikah
8 Mac (Sabtu) - Sanding
Citer nikah n sanding kat sini
Petang kenduri ada sukaneka, entry klik sini
Aku sebenarnya teringin betul nak singgah Cameron. Sebelum balik kg pun dah bgtau papa, tapiiii jawapan papa agak menghampakan. *SAD*. Last pegi masa hanimun, masa baru kawen dolo. Jawapan papa is, "Nak turun tuu.." Aku tau, nk ikut TAPAH tu memang sengsara sket. Ngan jalan sempit, belok2. Aku menanges dalam hati. Huhuhu.
Masa benti isi minyak i dah tengok papa ngan my BIL dah semacam. Time kete nak jalan tu, dorng macam, 'Dia-suruh-dia'. Camtu la! Last2 kete ktorg jalan dulu. Papa drive macam biasa. Dalam kete aku takde pun nak ungkit ke nak desak2 ke, nak ingat2kan balik ke. Sampai persimpangan Simpang Pulai, aku macam toleh lain, tak nak tengok langsung jalan nak kuar tu. I is merajuk. Hakhakhak!
Skali papa terus belok kiri. Huwwaaaa. Nak nanges rasa. Sambil tanya "Betul ke ni?" "Betul ke ni?" Gedik kan i? Haha! Sambil toleh belakang, tengok kete my sis pun ikut skali. Papa dah senyum2. *Hatiku menyanyi* Lalalala. Ceeewwaahh. Ngada sangat!
Budak ni tido menonggeng dh tak sedar. Nak dekat sampai baru terjaga.
Ktorg tak jalan mana pun. Pegi Kea Farm je, beli strawbery, sayur2, strawberry coklat ngan FM je. Time ni kat sana panas terik tp ada la jgk rasa sejuk2 tu. Aku beli strawberry selonggok RM10 je. Banyak jugak. Tapiii hampeh! Baru sehari aku tgk dh itam2. Aku tak tau la, salah pilih ke apa. Tapi memang, kalau musim panas dorg tak leh nak jual sangat. Tu yang dapat jual murah je tu.
Strawberry chocolate. Tapi aku rasa coklat dia tu pahit sket. Dulu cam sedapp.
Gambar aku amik tak banyak pun. Bila cakap kat papa, "Ala..tak amik gambar pun singgah sini" Papa jawab "Ni bukan singgah..ni lalu je" Aku macam, oo..okk. Nak balik tu turun ikut Tapah. Memang betul mencabar la. Nasib tak mabuk. Pastu singgah kat Lata Iskandar. Bagi Danish n Nopal mandi.
Tuan tanah. ;D
Auww.. Sepsi yuu..
Sebelum singgah mandi sini, ktorg ada singgah makan kat satu kedai. Kedai ni wat makan tghari secara buffet RM10 sorang. Aku tak recommend sangat sebab tak la sedap sangat. Kedai ni baru bukak lagi. Banyak lagi yang perlu dibaiki. Aku bagi contoh, AIR. Dah kau dok kat cameron, bg la air teh ke, strawberi ke. Ni tak, kopi! Buah pun bg la yang fresh, ni tidakk. TEMBIKAI. Aduhh. FAILED sgtt!
Kat kedai ni la ktorg lunch.
Ok, terima kasih papa untuk 'perjalanan' kali ni. Balik kg pun dah cukup manis bagi mama. Dapat pulak pegi Cameron, lagi la extra manis. Ngeh2. Ok, next kita pegi belah Selatan pulak ye. Dah ada plan dah ni. Tunggguuu.
12 comments:
syok jalan2
Bestnyr...ntah bile la dpt pegi cameron highlands
seronk wei jalan2 yee
Assalamualaikum .. bestnya pergi Cameron. takpernah jejak lagi. bila ntah nak ke situ. hihiiii~~~
waaa bestnya...sempat lagi tu melencong ke cameron..akak dah tingin nak makan scone ni tau..
kekeke berkat merajuk yek! hihihi.. ida suka g CH.. tapi ida mestii ikut SImpang Pulai, memang takk kan ikut Tapah. HAHA
bestnya p ch! walau lalu je pun
wah bestny..sampai jgk CH ya..best kan... tgk gambar2 tu menggamit kenngan ku...hehee
wah bestny..sampai jgk CH ya..best kan... tgk gambar2 tu menggamit kenngan ku...hehee
Wahh seronoknya jalan-jalan sampai CH..aida pon dah lama gile tak pegi CH..ada dalam 7 tahun kot..rindu nak makan strawberry coklatt..sedapnyaa..mandi air terjun lagi..bets bangattt..hehee
aku mmg tak berani lalu tapah.. tp air terjun tu nampak best..
Ayut xpnh lg smpi ke cameron...lg sedih..hihi
Post a Comment