Friday, March 21, 2014

Cousin's Wedding | Kulaan Fun Day

Assalam.

Entry bersambung dari entry lepas. Klik sini

Sebelum aku pergi lebih jauh (ayat memang nak kena skema ok?) Hahah!  KULAAN means saudara dalam bahasa banjar. Jangan tanya aku lain2 perkataan sebab aku tak power. Bukan setakat tak power, tak reti langsung pun! Haha. Mak abah yang banjar. Tapi ktorg kat kg tak guna sangat bahasa banjar, lebih pada utara.

Lepas kenduri balik kg abah, siap2 prepare barang2, hadiah2 untuk sukaneka. Game start lepas Asar, wat kat umah pengantin. Aku mula risau jugak, sebab takut ramai yang tak nak join n malas nak datang. Tapi alhamdulillah sgt MEMBERANGSANGKAN. Sampai mintak nak wat lagi raya ni. In sha Allah2. Sukaneka ni pun ktorg plan dah lambat. Lebih kurang seminggu sebelum kot. Tu pun dok bincang dalam group wasap KULAAN. Sepupu i punya idea-->Ina, kakak Izzati. 

Antara game yang BERJAYA dengan JAYANYA:

- Isi air dalam botol guna span (7-12 tahun)
- Bawak bola pingpong dalam sudu (3-6 tahun)
- Musical Chair (bawah 12 tahun)
- Lari ikat kaki bersama pasangan (Dewasa)
- Cari barang (TERBUKA)
- Lari rebut gula2 (bawah 12 tahun)
 
 Preparation for Musical Chairs

Calling for registration

Iols memang suka sebok2 dalam aktiviti ni. Suka sangatt..tak kesah pun penat ke hape. Asalkan happy. N yang bestnye, matlamat TERCAPAI!

Acara pertama-isi air dalam botol guna span. Ni game yang dapat lebih permintaan. Terpaksa buat 2 round sebab botol tak cukup. Nasib hadiah ada sediakan lebih.

 Bersemangat gilos dorang ni. Tapi sayang, salah teknik. Haha! Tak pe la, kita dulu pun camtu jugak kan.

Ni yang 2nd round. Hebat2 jugak dorang ni. Yang tengah2 tu makcik aku, tukang bg semangat.

Acara kedua-bawak bola pingpong dalam sudu.

Hahaha. Kelakar gila tengok gelagat dorang ni. Sampai 1st game terpaksa batal sebab ada yang pegang sudu. Kali ke 2, bila suruh tangan letak belakang baru ok. Ada pulak dewasa yang nak join!! Siap main tipu lagii. Cisss! Hahaha.

Tengok la semangatnya aku. Gila mic dah. Wahaha.

Acara ketiga-Musical chair. Ni sampai ada yang nanges tak puas hati. Hahah.


DANISH
Sian budak ni. Tak de game pun untuk dia. -__-

AKHIRnya, dah dapat pemenang!

Acara ke empat-berjalan ikat kaki bersama pasangan. Game yang ditunggu2. Ni pun dapat sambutan hebat. Kena 2 round. Asalnya game ni untuk mak ayah ktorg, tapi tak ramai yang nak join. So, aku ngan spupu2 diWAJIBKAN masuk.

Tuan tanah. Peace yaw!

Macam2 aksi. Nampak yang baju hijau tu? Tu pakcik ngan makcik aku. Pakcik aku bole angkat makcik aku sampai ujung. Memang la menang! Haha

Ini la tragedi nya. Nak sampai garisan penamat aku TEWAS! Hahah. Sakit gila kaki kaw! Baru aku tau game ni paling sensara. Kahkahkah!

Acara ke lima-cari barang.

 Ada yang kena serbu sebab nak dapatkan SUBANG. Aku? Mestila CERMIN MATA! Haha


Game yang last je takde gambar. Aku cuma letakkan gula2, jelly etc kat hujung garisan. Bagi dorang pilih sendiri nak apa. Game ni Danish pun join, dia tengok orang lari, dia pun lari tapi ntah ke mana hala. 

 KAMI

Last but not least,


Ni baru suku kot. Ada ramai lagi yang takde dalam gambar.

Kalah memang adat bertanding. Yang penting kita happy2 je. Hadiah (yes, gambar hadiah pun aku lupa amik) ktorg bagi masa malam tu, ada 2 hadiah istimewa yang last minute ktorg plan "Opah paling ceria" n "Pasangan paling sporting". Gambar opah paling ceria takde pasangan paling sporting tu, makcik n pakcik aku yang angkat bini dia tu. Harap semua family members happy untuk program kali ni. Harap apa yang terlebih terkurang tu nanti kita sama perbetulkan.
 



6 comments:

Anum said...

enjoy2

syawalsimpsons said...

wahh seronok family day ko ni

Julia Johari said...

Dalila....nak nangis Umi Qi baca entry dalila ni...seriussss....betapa seronoknya Kulaan Fun day yang korang arrange...rasa mcm nak jadi sebahagian Kulaan dalila tau...mmg seronok...happening betul rasa....kalaulah family Umi QI leh buat mcm ni...kalaulah...kalaulah....ntahlah x mungkin kot dpt buat cm ni...sebab masing2 ada komitmen masing2...lantaran jauhh...Allah...hiba plak rasa, at least Dalila hargai masa emas itu dengan sebaik mungkin...terharu tau Umi Qi baca... :D well done dalila

::EIDA:: said...

mak aii.. family day ke tu? meriah nye. ramainyeeee.. syoknyee.. orange nyeee.. hehehhehhee

NrlAidaHml said...

seronoknya tengok semua acara..meriah-meriah je semua..memang korang sporting habiss..Tapi yang jatuh tu memang tak tertahan sakitnya tu..sabar jela ye..Yang penting Kulaan ni memang havoc!hehee

nad said...

happening!
alhamdulillah punya famili members yg sporting :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah