Monday, November 16, 2015

2D 1N Melaka | Makan Tengahari Sedap di Melaka

Assalam.

Okok. Kali ni takde teaser2 dah. Ktorang pegi Ahad-Isnin minggu lepas. Lajak skali cuti Deepavali. Alhamdulillah. Highway tak jammed pun. Sampai Melaka dalam kul 12 terus carik nak makan mana. Mula ingat nak makan kat MITC tapi carik kedai yang sedap tu tak jumpa. Terus papa d ajak makan kat tempat biasa. Penah review kat sini dulu. Ni kira kali ke 3 aku makan sini.

  On our way to Melaka ;D

Gerai Makanan Perhentian Kuih Kampung, Ujung Pasir.

Kalau gi Melaka mesti nak singgah makan sini. Masak asam pedas dia kawwww gila!! Memang kena la ngan selera ktorang. Masa ktorang sampai, penuh meja sampai kena tunggu orang bangun. Tapi tak lama pun tunggu. Memang tengah lunch hour pun. Bertabahlah!

 Asam pedas telur ikan

Asam pedas ikan pari

 Asam pedas ikan semilang

Yummyyy

 Semua set didatangkan dgn nasi macam ni. Telur masin + ulam timun

 Untuk senarai harga. Kalau tak nak amik set nak amik ikan je pun bole.

 Mama n anak2 ;P

Perut dah kenyang, hati dah senang terus gi check in hotel. Next entry ok.



9 comments:

syawalsimpsons said...

adoi lama tak pekena asam pedas melaka ni

Unknown said...

nyumsssss sedapnya..

Unknown said...

Wuuu.. Sya blajar kt melaka.. Nanti nk g try lahh..hehee.. Klo ada tips utk move on. Share sikit ngn sya eehhh

Julia Johari said...

Kebetulan baru2 ni pun ju ke kedai perhentian Kuih Kampung juga tau tak silap hari sabtu...boleh pulak kedai ni tutup waktu pagi...sebenarnya dibuka jam berapa ek...huwaaaaaaaaa mentabah makan tempat lain huhuhu...sedapnya asam pedas

AtieYusof said...

perghh asam pedas tu sis.. menggoda..lapar.. hihi
Salam kenal ya :)

saly said...

Wah sume best2 itu lauk pauk ..
Asam pedas telor ikan n ikan pari buat akk tliur ni mebeless2 nengok tu

PinKy MoMMa said...

nak pegi bulan 12 ni..tergodanya telur ikan tu hukhuk..kena cariiii niii

::EIDA:: said...

ida pernah makan sini. asal lalu balik kg singgah jap . sedappppp

NrlAidaHml said...

Aida pun kalau datang Melaka mesti singgah sini..biar jalan tak pandai pun, tapi tup tup je sampai..eh orang bwakan mestilah sampai..hihih..suka dengan kuih muih dia..macam macam ada!hahaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah