Monday, October 5, 2015

Filem JWANITA | Filem mesti tengok!



Korang dah tengok JWANITA?

Jumaat lepas aku gi tengok ngan kwn2 ofis. Aku bukan la kaki wayang. Last tengok sebelum pregnantkan Danish. Aku suke tengok horror movie tapi slalu download je. Aku penah tengok indian horror movie Alone (kat Malaysia xde), Raaz 3, Jengka (Melayu) tapiiiii jwanita siyes yang paling seram. Jengka mayb seram sebab ia citer real. Macam jwanita ni bila tengok suspend sangattt.

Aku dah la dah lama tak tengok wayang, ni bila tengok terus tengok citer seram! Pfftttt...hebat sangat! *lap peluh* Kawan2 aku yang slalu layan citer seram pun boleh kata ni yang terhebat! Memang tak caya Malaysia bole buat filem macam ni. Iye la..biasa kita tengok filem seram malaysia ala2 manja je! Hantu nak kluar, tak nak kluar, pastu kelakar pulak tu. Tak dapat nak rasa feel seram tu.

Filem ni memang dr awal spi habis suspend aje! Psycho gila! Kita jadi macam, "ok lepas ni ko nak buat apa lagi?". Takleh nak expect langsung. Aku sampai tahap, dah tak tau nak lari mana, aku bukak henset, main Candy Crush. Kah3. Tapi memang satu 'part' tu je la aku tetinggal. Tak leh nak tengok dah! Suspend gilaaa kot! Mau sakit jantung. 

Hebat lakonan Maya Karin n Marsha Milan. Korang pegi la tengok. Support filem Melayu. Kita pun bole buat filem macam matsalleh. Wlupun ada part yang nampak tak logik, tapi biasa la tu kan. Untuk tu aku bagi 4.9/5 bintang. 0.1 tu sebab nak buat aku lemah jantung, takleh dapat full bintang. Hahaha.

SINOPSIS FILEM JWANITA
Mengisahkan Jwanita (lakonan Maya Karin), seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan (lakonan Bront Paralea), doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.

Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza namun dengan azam dan dendam durjana.
 
Siyessss seram! Korang tak caya bole tengok trailer kat youtube ye? Aku tak leh nak tepek sini. Dah dapat nak bukak blog macam biasa pun dah kira bersyukur sangat!

# Yeayyy..blog dah bole bukak balik. Nasib baik MAMPU tak block terus! Mampu ni pun nak wat suspend jugak ke??? Haihhh!

9 comments:

syawalsimpsons said...

aku datang terjah ni....mmg tak la aku tgk citer ni

saly said...

Kak saly suka gak sskali lyn citer2 seram ni,tp takleh nk tengok sgg naik takut gile..hihii smpai t'ingat2.kena sparuh jln je

I am LZ said...

Assalamualaikum Dalila,

Memang betul best citer ni sebab Dalila bagi 4.9 bintang, tapi saya tak boleh tengok citer seram sebab penakut, baca sinopsis jer lah nampak gayanya huhuhu.. :-(

Ana Jingga said...

antara yang teringin sangat nak tonton ni nak2 lagi sebab maya dengan bront tu :)

NrlAidaHml said...

Wahh kalau dapat tgk ni best tu..tapi memang wayang dah lama gila tak pergi..anak 3 susahnya nak dapat me time or hubywifey time!wuwuwuwuuw

Time Traveller said...

Nampak macam seram giler sebab trailer dia pun dah seram jugak la huhuu.. :D

FarahFerraDotCom said...

lately nie ramai komen positif tentang filem melayu kita kan.. bagus la.. baca review dila terus rasa nak pi tengok.. =D

FarahFerraDotCom said...

lately nie ramai komen positif tentang filem melayu kita kan.. bagus la.. baca review dila terus rasa nak pi tengok.. =D

dear anies said...

ramai yg kata seram...tp mmg laa sy x tgk hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah