Thursday, October 8, 2015

Resepi Sagu Gula Melaka

Apakah?
Ni la dia sagu gula melaka. Ada yang panggil puding sagu gula melaka. Apa2 je laa. Asal dua2 tu benda yang sama. Ni bukan la yang aku buat, ni officemate jual. Sedapppp sangat! Peberettt iolss!

Aku penah buat aritu, tapi takde la jadi 2 kaler mcm tu. Masa aku buat tu pewarna takde so kaler original je. Masa buat ni aku tiru resepi kak azie kitchen.

Cara buat sagu :
1 cawan sagu
1 liter air
1 helai daun pandan
Pewarna kegemaran

 Biji sagu direndam lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan.

 Dididihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak hingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biar seketika.

Toskan sagu dan lalukan di bawah air untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau guna garfu. Tuang dalam acuan, masukkan dalam peti utk sejukkan.

Cara buat manisan :
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

 Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.

Cara buat lapisan santan :
1 cawan pati santan (aku guna susu cair)
1/4 sudu teh garam

Keluarkan sagu dari acuan, curah gula melaka dan susu cair.

 Ni yang dari air tangan aku. Kikiki. Walaupun rupa takde tapi rasa ada. Hahaha. Ni aku terus letak dalam mangkuk, takde acuan. Pewarna pun takde.Yang penting, sejukkan dulu br makan!

 Yang ni versi yang officemate aku jual. Baru nampak gula melaka dia. Yummmyyy! ;D

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedap kan

Julia Johari said...

Makan sejuk2...walaaaaaa sedap sungguh, paling senang nak buat ni pun julia tak buat2 hahahhaha nak kena pi rumah dalila ni

♥TheOnlyFarah♥ said...

mmg yummy dila!!! Farah pun selalu buat jugak..hehehe

Jueliza Jamani said...

sedap ni.. salam perkenalan...

Khai♥Rin : anies said...

aritu sy buat utk kwn2 diorg kata: "eh apa ni?" adoiiiii soklan mcm ddk kt london bertahun2 ;-)

emalin mohd said...

Yummi. Nampak sedap.

saly said...

Sagu gula melaka Ermm mmg sedap ni ila.. kak saly biasa buat gak.kalau makan sejuk2 lg best ni yummy

::EIDA:: said...

ida kan kala buat ni mesti guna sagu kalerpull. hahahahha baru lawa sagu kita . selera pun makin bertambah ! dan ida pon makin gemuk HAHHAHHAHA

yaniecomei said...

nak try buat balik ni... nak p cari sagu sat.. tq for the great receipe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah