Friday, June 19, 2015

Santai BMP 2015

Assalam.

Harini ni time lunch panjang. So dapat la tulis entry panjang berjelar. Hak3. Tiba2 rasa nak citer pasal Family Day Bahagian yang baru je buat minggu lepas. Seminggu sebelum tu aku ngan AJK lain ada pegi melawat kawasan buat kali terakhir. Nak sesuaikan dengan aktiviti. 

Family Day tahun ni bahagian aku buat kat Taman Wetland, Putrajaya. Tahun lepas buat kat Puteri Resort, PD (tapi sampai sekarang takde entry lagi..lain2 time kite update ok?) Family Day kali ni dipanggil 'Santai BMP' sebab big boss (pengarah) memang sukakan majlis yang santai2 macam ni.

Santai BMP berlangsung 3 jam. Aku cakap 3 jam sebab tapak BBQ kat Wetland ni kena sewa. Sejam RM60. Nak ke tapak BBQ ni kena naik tram yer kawan2. Kami amik pakej tram pegi balik 2 trip RM100.

Tram ni yang ktorang naik utk ke tapak BBQ. Kereta urusetia je yang boleh bawak masuk.

 Tengok si abang bukan main lg siap bersila. Seronok dia dapat naik tram. Si adik bagus sangatt mood ok je! Memannnjang tido je.

Nape mama kerut2 tu? Hikhik.

 Apa ntah yang suke suka sangat tu ;D

Warm up sebelum aktiviti sukaneka oleh Cikgu Shida.

 Orang2 kuat di dapur. BBQ kat cni pakai dapur electrik cuma kena masukkan token je.

Mama tak dapat nak tlg banyak sebab ada 2 handbag ni. Nasib si abg dah pandai berdikari kadang2 ikut papa.

 Berkelah disini kita harini ;D

Acara yang ntah ke berapa untuk budak2 aku tak pasti sebab aku kat bawah jaga Darwish tido. Budak2 ada 3 game dewasa ada 3 game. Yang ni bawak bola (stress ball) dengan botol. Lain dr lain sket, biasa kita tengok bawak bola dalam sudu kan?

'Larian Tapisan'-Game dewasa, lari dalam guni tapi pakai guni Pos Malaysia je.

'Lontaran Inovasi'-ni macam boling tapi pakai buah kelapa. Nampak buah kelapa melambung tu?

 'Sampling Shot'-Masukkan bola golf dlm botol. Yang ni agak mencabar walaupun jarak dekat.

Pelik tak nama2 game dewasa ktorg? Sume nama yang aku highlighht biru tu ada kena mengena ngan kerja dalam seksyen2 kat Bahagian ktorg ni.

Aktiviti lain, ada Giant Bubble.

Suka bukan main Danish dapat main.

Danish masuk game ni je. Lari rebut gula2.

Yang ni masuk jugak, tapi kalah. Kena cari 'barang' bawak kat pengadil. Kena cari duit 25sen.

 Lepas game, bole bg ikan makan. Bukan main byk ikan lampam tepi2 tasik tu!

 Last skali acara penyampaian hadiah utk game tadi.

Penyampaian hadiah oleh Puan Pengarah (baju purple)

Tghari tu dalam pukul 1 settle sume. Alhamdulillah selesai dah kerja kami sebagai AJK. Harap lepas ni dah takde pape dah. -Letak jawatan-

Sekian.




8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Zee Suhaini said...

ooo luas lagi tempatnya..boleh masuk kedalam-dalam..patut la kitorang cam pelik aritu ada tempat cari tak jumpa rupenya keter takleh masuk..
sonok jugak opis buat aktiviti camni..

saly said...

Wah best tu ila.. meriah suasana.paling best tengok berlari guna guni.hihii teringat pernah main dulu2

Diana Rashid said...

meriah nampaknya..Danish dapat hadiah tak>??heh

♥TheOnlyFarah♥ said...

Happening jugak yer.. Sesekali dpt berkumpul ramai2 mcmni mmg best..:)

aRz MoHa said...

meriahnya santai BMP, tapi apa maksud bmp

bella said...

meriah banget yah :D

Amanda Suria said...

Teeingat SA 11 tahun yang dulu perut besar pi family day..best sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah