Tuesday, June 23, 2015

Lauk-lauk Simple je untuk Berbuka

Assalam.

Alhamdulillah. Hari ni kita dah berganjak ke Ramadhan yg ke 6. Syukur sangat dapat lagi merasa keindahan ramadhan. Tiap2 hari, pagi je dah mula meng'google' nak masak apa harini. Mencari idea. Itulah aku! Haha. Dari satu blog ke satu blog masakan aku pegi untuk cari idea. Tapi balik rumah, masak benda yang sama je. Kau dah kenapa Dalila? LOL!

Sampai Ramadhan ke 5 semalam, alhamdulillah, masih mengekalkan 'No PARAM'. Tak kesah la menu sesimple mana pun asalkan masak kat rumah. Takde beli2. Aku dah siap pesan kat papa d, klu nak bli pun kuih je. Untuk sahur aku suka lauk yang simple je. Nasi panas2 ngan sambal hitam pahang pun jadik! Tu lagi buat naik selera ada la. Tapi takkan nak tambah pulak kan? Hahaha.

Korang menu apa arini? Jom share sikit.

 Menu iftar pertama, sambal sotong, sayur campur n ikan goreng.

Menu iftar kedua, sambal tumis petai+ikan bilis, sayur campur lagi, ikan gelama masam (macam pekasam) n telur dadar.

 Menu iftar kelima, sambal udang, kobis goreng telur, masak lemak cili api daging salai (lauk bekalan dr rumah mak), sotong goreng tepung n ayam goreng tu tuan besar Danish punya.

Hari minggu korang mesti meriah ngan menu2 berbuka kan? Ye la, dah cuti, bole la masak best2 utk berbuka. Untuk iftar ketiga aku buka rumah mertua n iftar keempat kat umah mak. Ahad tu papa d sempat nyinggah ke Bazar Sg Besi beli tepung bungkus. Tepung bungkus tu memang tak penah tinggal kalau berbuka umah mak. Sedap hoi! Tapi setakat beli kuih tu ok je la kan. Takde lagi beli2 lauk ke apa kat PARAM. Keh3.


5 comments:

Amanda Suria said...

Sama ngan SA...masak sendiri dan ari ni berbuka kat luar...param2 ni mmg dari tahun lepas x pergi..

saly said...

Best gk lauk2 simple pun ila.. sama gk ngn k.saly google2 pun alih2 lauk sama gk.kih3. Tkpe,janji kite msak sndiri kan.lagi terjamin kbersihannya.sama gk k.saly kalu sahur mkn ala yg simple2 je..

syawalsimpsons said...

adoiii semua menu kena dengan tekak aku ni....

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

Bestnyaa dapat masak kat rumah..aida plk kena buka posa kat rumah mil sbb husband niaga kan..buka sengsrang kt rumah mmg tak la kan..kang makan air mata plk..hihih

Azhafizah Md Nor said...

masih sendiri lagi nikmat dari membeli di param :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah