Monday, September 8, 2014

Temasya Sukan Tahunan Si Comel Kali Ke-7

Sori..entry sarat dgn gambar.

SALAM.

Sebelum ingatan ditelan usia, sebelum usia dimakan masa, baik aku update cepat2 aktiviti Danish sabtu lepas. Nak kena rajin2 update skang ni. Mood makin lama makin dah ke Lautan Hindi. Alahaiii~~

Sabtu lepas taska Danish buat temasya sukan tahunan. Kalau ikutkan tahun ni kali yg ke 7 dh tp taska kt tempat Danish tu 1st time la join sebab Si Comel baru amik alih. Tak silap kat Putrajaya ni ada 5 cawangan Taska Si Comel ni kat Wisma Tani, PPj n mana tah lagi. tak ingat.

 Gambar dr ig @dalila_mammadanish. Bersemangat bila kata nak gi sukan.

Sukan ni buat kat padang sekolah SK Presint 11(3). Memang kat umah bersemangat lagi. Tapi bila sampai je kat sekolah tu dia bole tanya pulak, "nak pegi mana ni". Aiseyyy~~. Aku dah blank. Papa gi cari parking, aku bawak gi padang sekolah. Sampai ctu dia nmpk banyak2 kerusi, sibuk nangis2 nak duduk. Cikgu suruh hantar kat padang sebab dorang dah nak mula perbarisan.

 Jadik la satu drama pujuk memujuk kat padang tu. Korang nmpk sape yg masuk perbarisan tu? Kekeke~

 Bermula la drama air mata. Bukan setakat air mata tau. Menangis, menjerit2. "Nak balik" "Nak tido" Hah?? Apa kes? Gegege. 

Tak dinafikan aku adalah mak2 yang keras hati, aku suruh papa bg jugak kt cikgu dia, tinggalkan. Penyelia kata, takpe dia menagis, cikgu2 ada biar dorang pujuk. Memang ramai budak2 yang nangis masa tu. Tapi Danish ni kira kes teruk jugak sebab menagis spi cikgu kene pegang, peluk sebab nak lari kat mamapapa. Haihhh. Last2 cikgu dia datang antar kat ktorg balik. Papa dengan tabahnya memujuk, cakap tu, cakap ni, pastu gi antar balik kat padang, hahhh..ok je.. Aku risau jugak kalau danish tak nak join. Ruji je bayar yuran. Dah la mahal.

Nampak tak gaya pelakon sgtt tu. yang pakai topi tu. Memang saje je tau!

 Haa..tengokk..ok je!

 Sempat lagikk~~



 Bacaan ikrar. Terrer gila adik ni. Sejuk perut mak kau nak. Pandai betul baca. Salute!

Perasmian oleh owner Taska Si Comel

Lepas perbarisan, masuk khemah masing2. Time ni dah rileks dah. Mama ada depan mata pun wat tak tau je!

Maktok n acik pun datang bagi sokongan ;D

 Acara petama, Buluh Perindu-- Lari, amik kain, masukkan kain tu dalam kayu buluh tu. Hurmm. Nampak senang kan? Tengok la gaya budak 2-3 tahun buat. Alahaiii. Comei sgt. 

Selesai. Beratur nak amik hadiah pulak.

Yeahh. Adam Danish dapat no 2!!

Dah dapat hadiah, baru ada semangat nak main lg ;)))

Game 2 -- Masukkan bola dalam sarang (bekas telur). Yang ni group Danish dapat no last skali wlupun ade 3 group lg yg sama mata. Tak pelah. Biar sume dapat hadiah. Yang last pun dapat tupperware jgk tipuware. Hakhak.

Game 3-- Penyedok Ajaib. Bawak tin dalam penyedok. Game ni mama frust sket. Danish jalan je. Tak nak lari langsung! Kwn2 dia pun dh mula nangis2 (sebab panas kot). Tengokkk..papa siap dok kat tepi suruh lari pun tak nak. May b dah penat sgt kot.

 Hasilnya, dapat la bwk balik hadiah2 ni. Ok la. Berbaloi. Pengalaman pun dapat ;))

 Tak sempat amik gambar sefamily. Balik dlm kete baru sempat. Pfffttt.

Ok la. Jumpa lagi utk Temasya Sukan tahun depan.

Bai

 




 


8 comments:

Anum said...

tomeinya dia

NrlAidaHml said...

Alahaii..kesiannya Danish nangis..maybe sebab dia kecik lagi kot, tu yang tak biasa n terkejut kena join sukan..hihihi..tapi lepas tu terus participate!aktif pulak tu..bagus lah Danish ni..hehe..kalau aida pon keras hati jugak!bagi anak belajar berdikari kan..hehee

syawalsimpsons said...

kire taska sekarang ni dah advance dah ada hari sukan kan...dari dolu tu

Unknown said...

Ya Allah..comel nya tengok diaorang ni..heheh..

::EIDA:: said...

kekeke~ nangis kemain mula mula , dah menang suka pulak die yekkk.. hihihi..

saly said...

hihiii lucu tengok danish..dh menang suka dia..
comel je budak2 pakai baju n main sukan..seronok je mereka kan..

Julia Johari said...

Yeyyyyy danish dpt tempat kedua...dpt piala comel...alahaii sonok kan hadiri majlis sukan anak cm ni...mak bapak pun semangat ni kan...weeeeeeeeee best2...tak sabar nak tggu Qi besar jd mcm abg danish...sonokkk

FarahFerraDotCom said...

Alahai.. manjer sgt..boleh pulak tgh nak suka nangis nak balik tido..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Dalila Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah